Thursday, March 31, 2016

Dr. Zakir Naik di Terengganu Tour Malaysia 9-15 April 2016

Dr. Zakir Naik, siapa tidak kenal Dr. Zakir Naik ? Bukan calang-calang orangnya. Beliau seorang Pendakwah dan Ilmuan Antarabangsa yang cukup hebat, sangat power berasal dari India. Aku sangat mengagumi beliau. Hampir puluhan klip video kat youtube pasal dakwah dan syarahan umum, sesi soal jawab, debat beliau yang aku dah tengok. Terbaeklah !!

Dan... 

Dr. Zakir Naik bakal membuat jelajahan beliau ke Terengganu pada 9-15 April 2016. Ini merupakan kali pertama beliau ke Terengganu, Malaysia, dan kali ke 3 datang ke Malaysia. Sebelum ni beliau pernah datang pada tahun 2012. Menyampaikan syarahan beliau di Johor Bahru, Shah Alam, PWTC dan Kuantan. Pada November 2013 ke Putrajaya menerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 2013 dari Malaysia.
Dr. Zakir Naik di Terengganu Tour Malaysia 9-15 April 2016
Di atas antara venue-venue yang bakal dikunjungi oleh beliau masa kat Terengganu nanti. Teringin nak pergi tapi jauh sangat. Nun jauh di Pantai Timur. Alasan sangat ! Nak seribu daya taknak seribu dalih. Aku yakin, pasti ramai orang datang nanti. Buat kat stadium kot. Fuhhh.... rugi tak join.. 
“Zakir akan menyampaikan empat syarahan umum di empat lokasi iaitu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud di Universiti Malaysia Terengganu, Padang Astaka Jertih di Besut dan Padang Astaka Kemaman.

“Orang ramai dijemput untuk hadir ke program syarahan ini dan mereka boleh melayari akaun Facebook rasmi Dr Zakir Naik Terengganu Tour di www.facebook.com/ZakirNaikTerengganu,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Sumber dari Teganukite.my



Sumber Google Images

Sedikit sebanyak tentang Dr. Zakir Naik, sori bahasa omputih sikit. Sumber dari PeaceTv.Tv

"A medical doctor by professional training, Dr Zakir Naik is renowned as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. He is the President of Islamic Research Foundation, Mumbai, India. He is 49 years old. Dr Zakir clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur’an, authentic Hadith and other religious Scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts. He is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks.

In the last 20 years (by the year 2015) Dr Zakir Naik has Alhamdulillah delivered over 2000 public talks in the USA, Canada, UK, Italy, France, Saudi Arabia, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Egypt, Australia, New Zealand, South Africa, Botswana, Nigeria, Ghana, The Gambia, Morocco, Algeria, Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Guyana (South America), Trinidad, Mauritius, Sri Lanka, Maldives and many other countries, in addition to numerous public talks in India. In March 2012, his public talk in Kishanganj, Bihar, in India was MashaAllah attended by over one million people, being one of the largest gathering in the world for any religious lecture by a lone orator.

Amongst the billion plus population of India Dr Zakir Naik was ranked No. 82 in ‘The 100 Most Powerful Indians’ list published by Indian Express in the year 2009 and ranked No. 89 in 2010. He was ranked No.3 in the ‘Top 10 Spiritual Gurus of India in 2009’ and topped this list in 2010. He was ranked in the top 70 list of the ‘500 Most Influential Muslims in the World’ issued annually by Georgetown University, USA, in the years 2011, 2012, 2013/14 and 2014/15." 

baca sambungan di PeaceTV 

Okeh, jangan lupa LIKE Facebook Dr. Zakir Naik Terengganu untuk maklumat terkini. Mana tau tukar venue ke, stadium penuh ke.. Datang jangan tak datang..



"If you want to learn about ISLAM, go to study islam, don's study the MUSLIMS. ISLAM is perfect. MUSLIMS are not" - Dr Zakir Naik

Monday, March 28, 2016

Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar

Kalau dah sedap sampai ceruk kampung pun orang cari. Itulah dia kehebatan Laksa Lubuk Merbau, Kuala KangsarMemang sampai ke lubuk lah cari laksa haha.. First time aku sampai ke sini walaupun aku selalu balik kualer. Dari highway kuala kangsar tadi aku nampak hutan je, masuk satu lorong (muat-muat je satu kereta), rasanya perjalanan masuk lebih kurang 1km, rupanya ada kawasan perkampungan dan kawasan perusahaan laksa dalam ni. Sampai-sampai je jumpa banner ni. Wow ! 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Projek Laksa Normah, Kampung Paya Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Kedai biasa-biasa je macam kedai makan kampung-kampung. Tak sangka walaupun di ceruk mana pun kita berniaga orang tetap datang cari. Rezeki namanya. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Inilah antara kelainan yang aku nampak kat laksa lubuk ni. Kuah laksa dimasak atas dapur kayu api. Aku yakin tu la yang membuatkan laksa lubuk ni special. Memang sedap dan kaw kuah dia. Lain beb rasa dia, aku suka ! Terbaeklah...
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Aku sebenarnya terlupa nak ambik gambar laksa orang dewasa, yang ni order untuk budak-budak punya. Cis.. potong betul la. Budak-budak punya semua taknak sayur dan saiz saparuh. Harga semangkuk biasa - RM2.50 Erm murahnya !!!  
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Macam biasa ada aksessori tambahan. Ada otak udang, telur rebus, limau dan cili. Ikut suka nak letak banyak mana. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Selfie memang takleh dipisahkan dengan aku. Bukti sampai ke lubuk gitu. Haa tengok budak sebelah tu, dah la tak boh sayur, apa pulak dikutip tu. Macam asam keping je. Haha. Nampak benda halus-halus pun dia kutip buang. Takpe la janji dia suka makan. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Tak banyak nak di cerita, kami pergi makan laksa je. Waktu urusniaga dari pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam. Tutup hari SELASA. Kami datang betul-betul hari selasa. Nasib baik la buka, rezeki kami la hari tu, cuti sekolah kedai buka katanya. Yelah time cuti-cuti ni la ramai orang datang. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Suasana begitu indah, nama pun kawasan kampung kan. Tempat parking kereta luas jangan risau. Kalau konvoi 4,5 kereta tu muat. Kami datang hari tu waktu lepas tengahari memang agak panas tapi ada banyak pokok keliling, redup la sikit. 

Pasti ramai kat luar sana yang suka makan laksa, apa kata try laksa lubuk. Lokasi ? Alamak aku nak cerita lokasi ni pun aku tak sure masuk simpang mana. Maafkan aku. First time datang sini, takde signboard la kat highway tu. Aku pergi konvoi hari tu. Follow adik ipar aku. Waze je la senang, aku try on waze, ada map ke sana. Jangan datang hari Selasa sudah. K la selamat menjamu selera... 

Thursday, March 24, 2016

Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson

Dah lama tak update pasal makan-makan. Ada je bahan cuma belum sempat nak buat entri. Lately agak sibuk sikit dan badan macam lemah sikit. Faktor usia agaknya haha.. Mungkin faktor cuaca sekarang ni. Apapun ia bukan alasan sebenarnya. So abaikan lah, ni aku nak cerita lah ni. 

Okeh masa aku pergi tournament badminton kat Port Dickson baru-baru ni, aku dipelawa oleh Uzu (Emas Putih) untuk join dia lunch ramai-ramai. Café Hipster katanya. Haa aku apa lagi, laju je. Boleh la update nanti dalam Projek Hipster nanti. 
Inns.J.Cafe  | Inns J Cafe 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Antara Café Hipster di Lukut, Port Dickson. Menarik ! Café ni terletak tak jauh dari Dewan MBA Badminton Port Dickson. Dekat je dengan tempat tournament kami hari tu. Tu yang pergi tu. Rezeki jangan ditolak. Hehehe...Bukan selalu nak datang sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Menarik design dan deco Inns J Cafe ni. Ni baru kat luar lagi, belum masuk kat dalam lagi. Jom masuk dalam !!
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Apa kata korang ? Menarik ? Of kos la menarik.. Kat Lukut ni, ada cafe Hipster. Baru semangat nak makan. Bersih dan kemas. Suasana pun romantik.. 

Ok bereh pasal cafe. Nak makan pulak. Apa menu yang ada kat Inns J Cafe ? Western ada, pasta ada, ala kampung  ada, burger & sanwiches pun ada, ice cream, desserts dan fresh brewed. Hmm banyaknya.. Ni antara yang kami order.. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Grilled Chicken Chop Black Pepper Sauce - RM14.50
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Lamb Cutlet Black Pepper Sauce - RM18.90
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Seafood Pasta - RM17.50
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Nasi Goreng Special 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Maryland Chicken with Rice
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Menu-menu..
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Blue Lagoon
Macam-macam kaler air minuman. Apa-apapun sedap-sedap semuannya. Dan yang paling aku prefer Grilled Chicken Chop Black Pepper Sauce. Sedap ! Aku suka grill. Rasa macam nak repeat lagi la. Next time la kalau pergi Port Dickson boleh singgah sini lagi. Banyak lagi menu-menu lain yang ada kat sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Antara pelanggan-pelangan yang datang ke sini. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Welfie ramai-ramai, muka ada kenyang semua. Haha, aku je kurang kenyang. Bukan tak sedap, aku cuma takleh makan banyak sangat masa ni sebab ada game petang tu. Kang berat pulak nak main badminton nanti. 
Inns J Cafe | Cafe Hipster di Lukut Port Dickson
Deco kat dinding cafe ada 3D art. Jom terbang ! Terima kasih Inn J Cafe bagi peluang merasai makanan-makanan dan minuman di sini. Some day we meet again. Kalau datang ke Lukut atau Port Dickson jangan lupa singgah di Inns J Cafe. Waze je nama cafe pasti jumpa. Untuk maklumat lanjut boleh refer kat info bawah ni. 
Inns J Café
No 1, Taman Lukut Indah, Lukut, 
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook : Inns J Cafe
Instagram : InnsJCafe

Tel : 6066510522
Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam
Selasa Tutup

***#ProjekHipster sentiasa menanti invitation dari Cafe-cafe Hipster. Sebarang pertanyaan boleh Direct Message Instagram Projek Hipster atau email ke projekhipster@gmail.com

Tuesday, March 22, 2016

Penyalahgunaan Parkir OKU semakin meningkat

Banyak mana pun petak parkir OKU (Orang Kurang Upaya) yang disediakan tetap takkan cukup. Kenapa ? Ramai sangat ke OKU ni ! HaH, bukan masalah sebab 'berapa ramai OKU' tapi 'berapa ramai yang parking kat tempat tu bukan OKU' pun. Sihat tubuh badan, fizikal sempurna pula tu. Huh ! Kesian kat warga OKU ni, dah la susah cari parking, kadang-kadang kena parking jauh pulak tu.
Sekadar gambar hiasan
Kat shopping mall, shopping complex, RNR, kat mana-mana kawasan awam pasti ada disediakan petak parkir untuk OKU. Orang awam kita ni takkan tak kenal logo OKU tu. Parking ikut suka hati dorang je. Mana yang sempat. Tu yang dinamakan pentingkan diri sendiri. Geram je aku tengok. 

"Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buloh, Selangor, terdapat tiga petak letak kereta untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain."


- petikan dari Kosmo

Sekarang ni macam mana nak bagitau atau nak sampaikan pada orang awam tentang "Kesedaran terhadap parkir untuk OKU". Petak parkir dah dilabel untuk OKU, signboard pun dah letak. Itu pun tak faham lagi ? 
Terus terang kalau aku yang nampak logo atau signboard kat petak parkir ni, memang aku takkan park kat situ. Tak sanggup rasanya. Kesian la kat OKU ni. 

Sekarang ni ada pulak pemandu yang bukan OKU guna sticker OKU palsu. Slamber betul dorang ni tampal sticker palsu! Manusia oh manusia. Sapa la yang sanggup jual sticker ni. Tiada pihak berwajib ke yang pantau benda ni? Seharusnya sticker ni dikeluarkan oleh pihak berwajib saja. Kalau dah jual kat kedai-kedai runcit tu salah tu. Perghh sampai hati dorang ni. Hurm ! Tengok gambar bawah ni. Antara sticker OKU palsu dengan yang sticker OKU yang sah. 
REAL VS FAKE OKU Sticker
"A shopkeeper at a do-it-yourself store in Bangsar said it had a variety of OKU parking stickers available for sale. “We sell them for about RM10 to RM20,” said the shopkeeper, adding that people could just walk in to buy the stickers."

- petikan dari The Star
Licik tindakan mereka ni. Apakah motif sampai sanggup jual Stiker Palsu ni? Dapat untung banyak ke? 

Gejala ni semakin meningkat dan sebenarnya, Akta Orang Kurang Upaya telah mula dikuatkuasa pada 7 Julai 2008. Apakah golongan OKU masih ditindas ? Apa tindakan kita? Ada tak dikenakan tindakan atau denda kepada si pesalah? Aku tak pernah dengar lagi parking kat petak parkir OKU kena denda. Hurm !
Ada beberapa survey yang aku dapat mengenai parkir OKU ni. Ada yang bagi cadangan dan tidak kurang juga yang mengadu. 



Untuk pengetahuan umum, di luar negara dah implement pelbagai kaedah untuk mengurangkan penyalahgunaan petak parkir OKU. 

Contohnya di United Kingdom (UK) menggunakan Blue Badge Parking Scheme. Sekiranya pemandu yang ditahan gagal mempamerkan kad ni maka dia akan dikenakan denda sehingga maksimum £1,000. Fuhh banyak tu. Baru ada akal kalau kena denda sebanyak tu. 
Blue Badge Parking Scheme
Di Australia ada Australian Disability Parking Scheme (ADPS) ibarat permit. Sekiranya pemandu gagal menayangkan permit ditahan meletakkan kenderaan di Parkir OKU, boleh didenda sehingga AUD519 dan kena demerit pulak tu. Terbeak ! Lihat video dibawah.
Australian Disability Parking Scheme (ADPS)

Sama-sama lah kita mengubah sikap pentingkan diri sendiri kita. Kalau kita rasa susah apatah lagi mereka yang OKU ni. Kadang-kadang wujud undang-undang ni tapi kita tak pasti apa tindakan kita. Last-last kita cuma brani viral je. Tapi tidak mengubah apa-apa pun. Apa kata usulkan permasalahan ni pada AskLegal. Tempat-tempat kita bertanya apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan. 

Layari website AskLegal sekiranya korang ada persoalan-persoalan lain..  

Friday, March 18, 2016

8th MBA International Badminton Championship 2016 | Michael's Badminton Academy Port Dickson

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya.." Itulah yang sesuai untuk aku gambarkan pengalaman menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA 2016 Kali ke-8 di Port Dickson baru-baru ni. Terlalu jauh jurang antara kami dengan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ni. Macam tak percaya je aku dan Aliah boleh join pertandingan badminton ni. Kejohanan badminton peringkat antarabangsa kot. Wakil Malaysia ! Haha.. 3 hari 2 malam berkampung di Port Dickson | Waterfront Boutique Hotel. 
8th MBA International Badminton Championship 2016 berlangsung pada 11-13 Mac 2016 di Michael's Badminton Academy, Port Dickson telah menarik lebih dari 450 pemain tempatan dan luar negara menyertai kejohanan ini. Selain Malaysia, negara yang turut menyertai kejohanan badminton ini ialah dari Indonesia, China, Vietnam, Taiwan, Singapore, Chinese Taipei dan USA. 
Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson
Merupakan cawangan ke 3 MBA yang telah dibuka. Dewan Badminton MBA Port Dickson ni terletak di Lot 4034, Jalan Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. 2 lagi di MBA Taman Megah dan MBA Bandar Puteri Puchong. Dan fakta menarik tentang MBA ni, MBA Bandar Puteri Puchong merupakan Pusat Badminton Akademi terbesar di Malaysia dan telah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records 2004. Sementara itu, MBA Taman Megah mencatat nama sebagai Pusat Akademi Badminton milik swasta yang terbesar pada tahun 2002. 
Sempat berphoto dengan anak kepada pemilik MBA, KS Lee (baju putih)


Belum start game aku dah nerves dah. Apapun sebelum cabaran dimulakan, pertama sekali, hadir majlis perasmian dulu. Sama-sama kita dengar sepatah dua kata-kata semangat dari Founder MBA, Michael Lee. Kasi aura dulu.
Founder MBA, Michael Lee
Ini lah founder MBA, yang telah menerajui MBA hampir 15 tahun.
Ucapan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Majlis pembukaan dan pelancaran ni telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat. Kejohanan badminton kali-8 berlangsung serentak dengan hari pelancaran pembukaan Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson. Tahniah-tahniah ! Majlis begitu meriah diiringi dengan persembahan tarian singa. 
Tandatangan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Turut hadir dalam majlis perasmian MBA Port Dickson ialah Encik Ng Chin Chai, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Encik Wu Jun Yan, Presiden Persekutuan Badminton Cina Dunia.
Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan buat pemain-pemain veteran yang mengambil bahagian pada kejohanan badminton ni. Ini adalah satu contoh yang buat aku teruja. Datang jauh dari Taiwan semata-mata untuk menyertai kejohanan badminton ni. Nak tau umur mereka berapa? Semua dah lebih 80 tahun. Wow ! Tabik springglah.... Tak kira brapa usia, yang penting masih supportive. 

Sebanyak 25 kategori berbeza dipertandingkan pada kejohanan ini. Kejohanan ini merangkumi semua kategori dalam kejohanan rasmi dan juga menawarkan kategori tambahan yang popular di kalangan keluarga seperti 3v3 (tiga kali ganda daripada hanya beregu) dan beregu keluarga (salah seorang ibu bapa dan seorang kanak-kanak). 

Dan aku salah satu yang masuk kategori Ibu bapa dan seorang kanak-kanak U12. Serius, aku suka pertandingan sebegini. Bukan apa, salah satu matlamat utama MBA ialah memupuk nilai kekeluargaan. 


Terus terang aku cakap first time aku tengok pertandingan beregu family sebegini. Meriah sangat. Pengalaman, kemahiran dan pendedahan awal untuk kanak-kanak. Pasti satu hari nanti ramai yang mampu menjadi pemain profesional. 


12/3/2016 2.30 pm 

Category Parent & Child U12
Sudah tiba giliran kami masuk gelanggang. Mula-mula nerves tu so-so je, tapi bila dah nampak opponent tu terus lagi kecut. Yelah, lawan kami cina, orang Malaysia gak. Bapa dengan anak lelaki. Anak dia tu pun nampak tinggi dan pandai main. Aah sudah, masa umpire kasi stroke moral terus down sikit tengok budak tu pandai main. Apapun, aku tak letak harapan tinggi pun. Aliah jangan buat mistake sudah, serv kasi masuk cukup. 
Gambar masa warming up !
Keputusan Kategori Parent & Child U12
Not bad lah, peserta no 8. Final score 40-15. Dapat gak kami kumpul 15 mata. Bertungkus lumus aku, terbang sana, terbang sini, serius peluh jantan semua abis keluar. Tapi apakan daya, pihak lawan terlalu kebal untuk ditawan. Kena praktis lagi ni. Aliah kena perbaiki lagi Serv supaya tak bagi bola tanggung. Praktis sambut bulu tangkis. Apapun tahniah untuk aliah, confiden level tinggi. Brani ikut aku join tournament. Dan aku yakin ini pengalaman yang tidak akan dilupakan. :)

CONGRATULATION to WINNERS 
of
8th MBA International Badminton Championship 2016
Sekalung tahniah buat pemain-pemain yang berjaya menjuarai kategori masing-masing. Korang memang hebatlah. Secara keseluruhan Malaysia mengungguli kejohanan dengan 11 pingat emas, diikuti Indonesia 5 pingat emas manakala Singapura, Taiwan dan China masing-masing dapat 3 pingat emas. Kalau berpeluang lagi mungkin tahun depan nak join lagi lah... 

Gambar sekitar kejohanan berlangsung....

Akhir kata dari aku, Michael's Badminton Academy (MBA) bukan saja menganjurkan kejohanan-kejohanan besar malah menyediakan fasiliti yang lengkap dan terbaik untuk membentuk bakat-bakat cilik ( kanak-kanak ) untuk menjadi pemain profesional. Kepada mereka yang punyai anak-anak yang berbakat tu, hantar join akademi. Khabarnya MBA telah melahirkan ramai jaguh badminton. Dan yang paling aku kagum, MBA memberi latihan percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan (program kebajikan). Semoga usaha murni MBA terus memberi kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut boleh terjah info-info dibawah ni. 


Email : info@mba101badminton.com
Tel  : (+603) 7803 4166
Fax : (+603) 7803 4186