Tiba je cuti hujung minggu...................
"Teringin nak makan kat luar ? "
"Jemu la makan masakan sendiri ? "
" Nak makan kat luar tapi tak nak makan fastfood ? "
Nak cari tempat bergather-gather dengan keluarga atau kawan-kawan, tempat yang selesa dan berbaloi ?
Haha, inilah masalah yang sering berulang bila tiba cuti hujung minggu kan. Macam-macam pe'el haha. Ok kalau macam tu, aku nak syorkan kelainan untuk korang.
Sebenarnya aku tertarik dengan promosi "Weekend Hi-Tea" di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur. Macam-macam ada ! dan serius tempat ni sangat sesuai kalau nak gather-gather atau lepak pada hujung minggu. Makan kat hotel gitu. Bermula jam 12.30 petang - 4.00 petang setiap sabtu dan ahad.
Kenapa aku pilih kat sini ?
Retro Cafe | Vivatel Kuala Lumpur
Tempat sangat selesa, kemas dan cantik. In Shaa Allah mood tenang aja..
Kalau citer bab makan-makan ni pasti ramai yang tertanya-tanya bab halal ke tak. Okey, kat sini Halal. Ini bukti Retro Cafe Vivatel ni ada sijil pengesahan Halal bersama Chef Ashar. Spoting orangnya.. Dan semua menu-menu ni disediakan oleh Chef Ashar. Wow hebat-hebat !
Jom kita usha menu apa yang ada untuk Hi-Tea di Retro Cafe, Vivatel.
Nak nasi lemak pandan ada, nasi ulam ada, nasi goreng pun ada !
Kuah-kuah sambal, kari ayam, kuah dalca..
Ulam-ulaman
Sudut Fried Quail / Chicken
Antara keistimewaan dan yang menarik kat sini ada burung puyuh, ikan siakap, ikan keli, ayam dan sosej yang telah diperap dengan rempah-rempa. Korang pilih la nak makan apa then bagi je kat pembantu chef tu tolong gorengkan. Fuhh, marbeless.. Meriah sangat makanan kat sini.
Sudut Gerai-gerai | Booth section
Special Mee kari Urat Keting
Vietnamese Noodle Soup
Pasembor
Pizza and Bread
Pizza
Breads
Pizza dengan roti ni korang pilih sendiri nak letak ape. Perghh bake your own pizza la kiranya. Best konsep ni, korang nak makan apa, letak la, takde la membazir nanti. Kalau buat siap-siap ada yang tak makan ni la, ada yang tak makan sayur la.. Pastu korang boleh letak sos pilihan sendiri..
Banyak lagi....
Steaming Dim Sum
Fried Wantan
Nyum3x.. Perghh sangat menggugat jiwa dan raga..
Crab cake, Karipap Ayam..
ABC Ice Kacang
Fried Fruits
Buah-buahan
Layan smooties.. Fuhh terbaek !!
Serius cakap makanan dan minuman yang disediakan sedap-sedap, banyak pulak tu. Aku puas hati ! Biasanya Hi-tea ni tak banyak sangat pilihan tapi kat Retro Cafe ni, aku sampai tak tau nak pilih apa. Haha.. Enjoying the moment.
Harga 1 pax RM48.00, sekarang tengah ada promosi menarik, kalau datang ramai-ramai. Datang 6 pax, bayar untuk 5 pax je. Kira macam beli 5 pax percuma 1 pax. Untung la, jadi lagi murah.
Untuk maklumat lanjut boleh check bawah ni..
Untuk tempahan boleh hubungi : 03 9205 8888
Selamat berhujung minggu. Makan puas-puas ! Tiada lagi konflik hujung minggu korang. Haha..