Aku bukan seorang perfect, aku cuma insan biasa-biasa saja. Banyak sangat kekurangan dalam diri ni. Apapun ada beberapa cerita aku nak share.. Easier SAID than DONE ! Bahasa omputihnya gitu la. Kadang kadang kita tengok benda tu senang dan remeh je, skali bila kita yang duduk dalam situasi itu. Rupanya bukan mudah !
Situasi 1
Lori Sampah
sekadar gambar hiasan (sumber internet)
Baru-baru ni aku on the way ke ofis naik moto melalui jalan Bukit Tungku, di depan aku sebuah lori sampah. Sedang menjalankan tugas. Lori ni bawa perlahan je, laluan bukit tungku ni dah la kecik, nak potong tak leh. Aku ! Follow je la. Bau ? Perghhh menusuk kalbu. Korang mesti pernah lalui situasi ni kan.
Kalau 4 kilometer, maka 4 kilometer la aku mengadap bau lori sampah ni. Mula-mula aku memang la tak tahan bau dia, busuk giler kot, kejap tahan nafas kejap lepas. Lama-lama boleh sesak nafas aku nanti. Tapi aku cuba buat reverse psychology, aku bernafas je macam biasa. Keep cool beb ! Dalam kepala aku tiba-tiba terfikir, "Baru brapa minit je dok belakang lori ni pun aku tak boleh hadap benda ni, macam mana mereka yang bekerja hari-hari hadap benda ni ?Demi sesuap nasi ! Terus aku rasa macam rendah diri. Aku insaf kejap. Kalau bukan mereka ni, sapa lagi nak tolong kutip-kutip sampah yang korang tadah kat luar rumah tu. So aku beralah, hadap je la perjalanan aku dengan bauan-bauan sementara itu. Akhirnya sampai satu simpang, kami ke haluan masing-masing.
**Peringatan buat diri sendiri.
Tak perlu la kita nak bunyikan hon-hon kat mereka ni sebab bawa perlahan, atau sebab bau busuk lori sampah ni. Kalau tak busuk bukan lori sampah namanya.
Polis Trafik
Bukan gambar hiasan
Aku teman member aku, motosikal dia rosak, rosaknya pulak kat Jalan Kuching, dah la jalan utama, kenderaan banyak pulak tu. Moto kami parking betul-betul sipi tepi jalan, sempit kot ! Cuak gak, tengok kereta laju-laju. Kami dalam 3,4 orang gak, sorang mamat tolong baiki dan aku jaga lalulintas. Fuhh terasa macam polis trafik plak. Hahah, semua yang lalu situ pakat usha kat tempat kejadian. Macam biasa la orang Malaysia kan prihatin. Nampak je benda kerumun tepi jalan, terus perlahankan kenderaan untuk tengok kejadian. Moto rosak je pun. Hehe..
So nak dijadikan cerita, tengahari tu memang bahang giler, aku ni dok jaga lalu lintas, lambai-lambai macam polis trafik tu, baru sekejap je aku dah lenguh tangan, bahang pulak tu.. Fuhh.. Macam mana kalau polis trafik yang jaga trafik hari-hari. Berpanasan, berhujan bagai.. Polis trafik yang jaga kat lampu trafik tu brapa ramai yang kena maki. Tak bagi jalan, tak buka jalan la, macam-macam la. Adoii bila fikir balik, dorang hanya menjalankan tugas. Ingat suka-suka ke block jalan tu. Dorang dapat arahan dari semasa ke semasa kot. Dah la tengah panas-panas, terdedah pada bahaya lalulintas, selamba je nak marah-marah polis tu.
Moral of the story
Kita ni sebagai pengguna jalan raya ni, tolong la bagi kerjasama pada mereka tengah bertugas tu. Bawa-bawa la bertenang. Cuba kalau kita kat tempat dorang tu. Fuhh larik dah kot. Hargailah mereka-mereka ni. #respect
Salah satu pendatang STRESS dalam diri kita ialah LAMBAT.
Selamat beramal...
Kita ni sebagai pengguna jalan raya ni, tolong la bagi kerjasama pada mereka tengah bertugas tu. Bawa-bawa la bertenang. Cuba kalau kita kat tempat dorang tu. Fuhh larik dah kot. Hargailah mereka-mereka ni. #respect
Salah satu pendatang STRESS dalam diri kita ialah LAMBAT.
Selamat beramal...
No comments:
Post a Comment