Bertahun rasanya tak makan pucuk MIDIN ni. Sebelum nak cerita resepi aku bagi info dan bebel sikit pasal Midin ni? Boleh kan..
Info Midin
Tumbuhan ni hidup meliar di sekitar hutan-hutan Sarawak. Kasawan yang paling famous, area tanah gambut dan lembap. Spesis pucuk midin ni sama dengan spesis paku pakis. Warna perang kehijauan dan sangat terkenal di Sarawak. Ni aku tak refer google, pengalaman aku sendiri masuk hutan dan petik.
Midin ni sangat terkenal di Sarawak dan aku yakin ia telah menjadi satu makanan atau sajian yang harus cuba kalau singgah ke Sarawak. Orang kata kalau datang ke Sarawak tak sah kalau tak merasa makanan ni. Tapi bagi orang yang tinggal di Sarawak, midin ni biasa je.
Midin - RM2.50 seikat
Balik Kuching tempoh hari, aku singgah sekejap di Kubah Ria Satok, Kuching (Medan Pasar Satok yang baru menggantikan pasar Satok yang lama) Mula-mula nak jalan-jalan je tengok pasar yang baru ni. Lepas tu aku jumpa macam-macam kat bahagian sayur-sayur ni. Ada midin, terung dayak, tepus @ tipuk, rebung, kulat dan lain-lain. Rabun mata kejap bukan apa, Midin, Tepus & terung dayak ni takde kat KL. Only in Sarawak ! Darah Sarawak yang mengalir dalam tubuh ni pasti teringin bila tengok makanan-makanan ni. So aku pun beli la..
"Kamek mau 2 ikat"....
Niat aku nak beli dan bawa ke KL. So tibalah masa nak masak midin aku ni. Dah 4 hari dok dalam peti sejuk nasib baik elok lagi. Resepi Midin goreng belacan @ midin belacan.
Masakan 2 ikat Midin untuk 3,4 orang makan.
Bahan-bahan yang diperlukan
2 biji bawang merah sederhana
3 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis atau udang kering
Cili ikut rasa
1 cili merah besar (kalau tak letak pun takpe)
1 sudu kecil (saiz) belacan
Bahan-bahan di atas ditumbuk semua sekali atau diblend ikut suka. Beza kalau blend ni, hancur la bahan-bahannya. Kalau tumbuk masih nampak lagi teksturnya.
Cara nak sisihkan midin.
Sebelum
Selepas
Relaikan daun-daun midin tu, dan ambil pucuknya. Batang tu selagi lembut boleh ambil. Kalau dah keras tu buang je. Biasanya 3 inci ke pucuk tu patahkan je. Ambik terus. Tengok atas gambar selepas tu. Jangan lupa basuh !
Cara memasaknya,
1. Panaskan minyak, tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tumis bahan-bahan tadi,
2. Masukkan bahan-bahan tadi yang telah ditumbuk atau diblend,
3. Tumis sampai masak dan naik bau,
4. Masukkan midin dan kacau-kacau. Jangan lama sangat nanti lembik. Kalau boleh tu kejap je. Sebab nak kekalkan keranggupannya. Kalau kering sangat masukkan air suku cawan. Perlu garam ? Masukkan sedikit. Sebab ikan bilis @ udang kering @ belacan tu dah masin dah.
SIAP !! Senang je.
Haa ni lah dia hasilnya, Midin Belacan Sarawak versi KL. Yang ni bahan-bahan blend dan takde cili merah. Pastu kuah lebih. Makan dengan nasi panas-panas perghhh terbaek ! Selamat mencuba !Meh cerita sikit pasal Daun Buan.
Nasi bungkus dalam daun "buan" famous kat Sarawak daun ni. Kalau google daun buan memang akan keluar daun ni. Tak tau la daun ni dipanggil ape. Daun ni digunakan untuk membalut nasi, untuk lapik makanan, juga boleh guna untuk bakar-bakar ikan.
Kenapa guna daun ni ?
Orang kampung dulu-dulu selalu gunakan daun ni sebagai alas makanan bila pergi ke kebun. Dorang akan bawa bekal, jadi daun ni la untuk bungkus nasi dan bungkus lauk-lauk kering. Selamat digunakan dan daun ni ada aroma tersendiri. Wangi ! Senang dijumpai dan pakai buang. Lepas makan boleh buang. Lagipun daun je kan. Mesra alam ! Orang dulu-dulu dah go green dah.
Ni satu contoh aku ! Bawa bekal nasi ke ofis. Balut nasi panas-panas dengan daun buan sampai daun tu kecut. Masa buka tu, fuh terasa bauan aroma daun tu. Penambah selera makan. Ehhh, melalut plak aku bercerita. Hahaha daripada cerita resepi masuk cerita daun buan. Takpe la info untuk korang. Banyak nostalgia...
No comments:
Post a Comment