Pages

Thursday, June 30, 2016

Aneboda Wardrobe IKEA | Almari mampu milik murah dan berkualiti !

Aneboda Wardrobe IKEA | Almari mampu milik murah dan berkualiti ! Ini yang mampu aku ungkap. Wife aku dah lama dah usha almari ni. Nak beli risau tak muat kereta katanya. Aku takde la berminat sangat pun. Tapi bila dah tengok banyak barang takda tempat nak simpan so aku pun automatik Green Light la. Pakat la kami pergi serbu IKEA Cheras cari Aneboda Wardrobe ni. Orang cari baju raya kami pergi cari almari raya hehe.. Cari punya cari, sekali dah abis ! Ko ghase ? Aduhh ni yang aku geram ni bila tengah nak tu takde la pulak. Grrr.. Customer servis bagi no tepon IKEA Damansara suruh call sana kot ada stok lagi. Aku dandan tu call tanya stok. Alhamdulillah syukur ada stok lagi katanya. Terus shoot pergi sana. 
Prinskrin dari website IKEA
Jenis : Aneboda Wardrobe 
Warna : Putih
Ukuran : 80 x 180 cm
Harga : RM199.00
Rak : 26 (IKEA Damansara) 101.580.28
Berat : Serius memang berat.

Aku tak tau brapa kilo ni. Kena pakai trolly yang memanjang tu. Tak boleh pakai trolly biasa tu. Konfiden je pakai trolly biasa sekali nak terbalik trolly aku. 
Tengok ni panjang pulak tu. Mula-mula aku tengok macam tak muat kereta (jenis vios) Dah beli tu kena cuba sedaya upaya jugak bagi masuk dalam kereta. Takkan nak delivery pulak. Mahal oo kalau satu barang je nak delivery. Tak berbaloi. Akhirnya muat jugak, seat depan kena tumbangkan. Maka berhimpit la wife dengan anak-anak aku kat seat belakang. Nak buat cam mana. Ada teknik nak bagi muat. Kena masuk menyilang dari belakang tempat duduk pemandu.
Sampai rumah dah petang, rehat kejap dan tengah malam tu gak aku bertukang. Gigih haha ! Manual semua dah ada. Allen key dia dah bagi siap. Yang lain korang perlukan pemutar skru (mata +) dan tukul. Tu je. Kerja ni sorang pun boleh buat. 
Mula-mula pasang tapak dulu. Kena pastikan arah yang betul. 
Kemudian pasang dinding pulak. Guna kerusi untuk tahan. Kalau pasang sorang la. Kalau ada partner minta tolong dia pegangkan. 
Pasang bumbung pulak. Bahagian atas. Kalau perati gambar ni dengan gambar atas ada perbezaan. Bahagian depan dengan belakang. Nampak tak bingkai satu putih dan satu coklat. Yang coklat ni bahagian belakang. Jadi hadapkan ke bahagian belakang. Sebab nak pasang penutup belakang. 
Okeh part ni kita pasang plywood. Korang perlukan tukul untuk pakukan keliling plywood tu. Weh bertukang memalam ni dugaan betul. Kuat sangat kang baby jaga pulak. Kuat lagi kang jiran mengamuk pulak. Tengah malam kot. Orang suma dah tido. Pelan-pelan aku tukul haha.. 
Okeh dah nampak macam almari dah. Tinggal nak pasang pintu. Gambar pasang pintu tak ambik da.. Skip la... Tengok jela yang dah pasang bawah ni. 
Selesai pasang pintu, maka terjadilah sebuah almari yang sangat menarik, cantik pulak tu. Bersih suci je lagi buat masa ni. Haha... Besar kot, memang berbaloi la beli dengan harga Rm199.00. Kalau kat kedai biasa tak dapat harga ni. Lepas ni boleh campak-campak je beg-beg dalam ni..
Kalau sapa ada duit lebih sikit beli la 2,3 buah ke pastu sambungkan. Sebiji macam wardbrode tempah kat orang buat tu.. Kalau tempah mau beribu, ni DIY je. Kalau nak lagi hebat beli almari dinding yang 4x4 tu letak atas almari ni buat storage. Perghh.. mantop ! 

Ok la.. cukup la buat iklan free untuk IKEA. Stok kat IKEA Damansara tinggal sikit je lagi. Kalau nak restock lambat lagi katanya. So yang berminat tu boleh la ke IKEA segera.. 

Saturday, June 25, 2016

Cabaran 30 Hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya Part 3

Tinggal 5 hari saja lagi untuk tamat cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya. Fuhh sangat menduga sekali sebab buat time puasa. Tak sempat workout, hanya bergantung kepada rutin pemakanan. Apapun ni adalah salah satu teknik turunkan berat badan tanpa bersenam atau workout. Tips penting ialah kurangkan kuantiti asal pemakanan yang selalu ambil. Contohnya kalau sebelum ni makan 2 pinggan, kurangkan ke 1 pinggan ker, kalau makan 1 pinggan, kurangkan separuh ker.. Ada hasilnya nanti. 

Okeh jom tengok result aku semalam. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 24/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 83kg
Target : 80kg
 (Tangkap gambar sebelum berbuka aci tak) Haha...
Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : 38 3/4 inch
Target : 37 inch
Berat tinggal 3 kg to go, saiz pinggang tinggal 1 3/4 inch lagi to go... Adeh macam tak tercapai je misi turunkan 10kg dalam masa 30 hari. Ok lah itu saja update untuk kali ni. Tunggu next update 30/6/2016 nanti.. Final result untuk cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! 

Boleh baca entri sebelum...
Part 1
Part 2

Monday, June 20, 2016

Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! Part 2

Berkurun dalam draft tak update-update. Bizi bona lately.. Hadoii la.. Lambat pun takpe la janji ada rekod. So ni la rekod Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack setakat 13/6/2016. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 13/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 84kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : tak ukur
Target : 37 inch
Alhamdulillah dua minggu pertama berat aku berjaya susut 6kg. Sekarang berat aku dah 84kg. Boleh kata back to normal size aku. Penurunan mendadak mungkin sebab masuk bulan puasa. Boleh kata diet aku ni bergantung kepada pengawalan pemakanan. Berbuka nasi separuh makan lauk lebih. Kalau nak kata workout ke exercise ke memang terhad. Dalam tempoh 2 minggu ni baru 2 kali je turun gym. Haha 
20 minit berbasikal
Jalan kaki laju-laju 3km

Tinggal 10 hari je lagi nak tamat cabaran 30 hari #RedscarzisBack | Fit before raya nampak sukar sekali nak capai. Tengok result timbang baru-baru ni tak turun-turun lagi. Mungkin dah sampai part lemak tepu kot. Tu yang susah nak turun.. Apapun tunggu result next nanti.. 



#RedscarzIsBack

Thursday, June 16, 2016

LEGO® STAR WARS Wookiee™ Gunship | Microfighters Series 3

75129 LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship

Sesekali merewardkan diri sendiri dengan mainan lego. Maklumla aku minat lego. Terjebak jugak la dengan LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship ni. Bukan apa, aku berkenan kerana terjumpa yang diskaun sehingga 25% + 5% dan harga mampu milik. Kalau ikutkan memang susah dapat diskaun brand LEGO® ni. Kalau ada pun bawah 10% diskaun je.
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship | Front box
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship | Back box
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship

LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
Set Number : 75129
LEGO® : Star Wars

Subtheme : Microfighter
Series : 3Character Name : Wookiee
Pieces : 84
Duration : < 10 minutes


LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship

LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship


LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | Wookiee™ Gunship
Sempoi gak Wookiee™ Gunship. Kecik-kecik pun jadi la, janji dapat masuk delam koleksi LEGO® STAR WARS aku. Yang penting dapat minifigs Wookiee tu. Sebelum ni dah ada First Order Special Force TIE Fighter dengan Poe's X Wing Fighter. Tambah sikit-sikit baru meriah tengok. Ini bapa budak punya koleksi. LOLs...

Mainan Lego ni sebenarnya bagus untuk meransang kecerdasan minda. Meningkatkan daya kreativiti minda. Bagi aku, lego ni boleh kasi aku hilang stress dan boleh buatkan aku stress. Haha macam mana boleh jadi gitu. Yela tengok harga LEGO je terus aku stress. Haha Kbai...

Tuesday, June 14, 2016

Bermula cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya !

Musim diet kembali lagi ? Ntah kali ke berapa dah ni. Aku pun tak pasti. Kejap turun kejap naik ! Nak maintain tu payah tu. Ni aku dah berhenti lama. Paling lama pernah aku berhenti. Selalunya setahun sekali aku diet. Asal kantoi je mesti lepas raya. Huhu.. Ni aku nak start balik ! Last 1 jun 2016 berat aku cecah 90kg yang sebelum ni aku maintain 85/86 kg. Tak lebih tak kurang. Ni dah sampai 90kg teruk sangat dah tu. Sampai aku sendiri sesak nafas dan batuk-batuk ! Sakit weh sengsara rasanya. Nak tidur malam rasa macam sempit je pernafasan. Kena diet dah ni. Baju kemeja kerja saiz L pun dah padat !

Memandangkan dah masuk bulan puasa lagi senang la aku nak timing makan. Sehari makan 2x je dah CUT satu meal. Secara teorinya dah kurang kat situ sebab tolak makan tengahari. Bermulalah misi baru aku REDSCARZISBACK ! 


Tarikh mula : 1/6//2016

Berat Asal : 90kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Target : 37 inch
Cabaran untuk 30 hari. Mampukah aku menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 30 hari. Mampukah aku mencapai target aku ! Tunggu entri-entri susulan update terkini ! 



#RedscarzIsBack

Friday, June 10, 2016

Order Seafood Online di Brolly Malaysia | Delivery Service Available !

Sapa suka makan SEAFOOD atau makanan laut ? Aku !! Aku tanya aku jawab ehh.. Haha, aku memang hantu seafood pun.  Dok kat Kuala Lumpur ni kat mana nak cari seafood dekat-dekat. Macam payah je kan. Haa korang tau tak sekarang ni nak makan seafood tak perlu pergi restoran, tak perlu pergi jauh-jauh dah pasni. Order seafood online siap ada delivery lagi | servis penghantaran . Wow segalanya dihujung jari.. 
Meh nak cerita, baru ni aku order seafood online kat My-Brolly. Aku guna smartphone je janji ada line internet. Senang beb, sambil baring klik-klik je zupppp sampai depan pintu rumah. Haha ada la cara dia. Best oo makan seafood kat rumah. Kalau korang rasa nak order seafood online korang masuk website ni My-BrollyAku guide korang satu-satu. Follow screenshot aku share kat bawah ni. Yang ni semua versi mobile. 

Cara-cara nak order online delivery di My-Brolly
Bila dah masuk kat website tu, ini antara Hompage (paparan depan) yang keluar kat skrin mobile/tab korang. 

Langkah 1

KLIK petak MENU bawah logo Brolly.
Langkah 2
Dah keluar list menu klik ONLINE DELIVERY
Langkah 3
Klik pada ORDER NOW
Lepas tu pelbagai pilihan menu seafood akan dipaparkan. Masa ni korang pilih la nak makan apa. Lepas tu ikut langkah seterusnya. Selain dari seafood ada juga menu lain. Skroll sampai bawah. 

Langkah 5
Buat pilihan dan klik ADD

Langkah 6
Pilih seafood yang korang nak makan. Harga-harga telah diletakkan. Untuk Menu Malaysia's Best Seafood Boil Bag ni korang boleh pilih maksimum 3 seafood. Yang simbol tambah (+) tolak (-) tu kuantiti. Kalau kata nak lebih klik tambah (+). Boleh tengok jumlah harga kat bawah tu. Selesai buat pilihan klik NEXT
Langkah 7
Pilihan sos atau senang cakap korang nak seafood tadi masak apa? Ada pelbagai jenis sos. Korang jugak boleh pilih tahap kepedasan sos. Mild, Medium, Death Valley.. Selesai pilihan klik NEXT kalau nak patah balik klik BACK
Langkah 8
Kat sini korang boleh ADD ON Corn, Mushroom, Potatoes dan lain-lain kat seafood tadi. Dah selesai buat pilihan klik NEXT. Kalau tak nak add on boleh terus klik NEXT
Langkah 9
Add on Nasi. Kalau nak add on klik kat tambah (+) tu. Yang ni langkah terakhir untuk order menu ni. Dah selesai klik ADD. Order korang akan masuk dalam basket. 
Langkah 10
Kalau korang nak tambah order lagi pergi ke Langkah 5 untuk pilihan menu lain. Kalau dah selesai boleh terus klik BASKET/TROLLY
Langkah 11
Paparan Order Summary akan keluar. Sebelum boleh nak proceed Checkout, kena kemaskini Change dates and time (tarikh dan waktu penghantaran)
Langkah 12
Kalau korang dah pernah ada account, boleh terus proceed sign in tukar tarikh dan masa penghantaran. Kalau takde account, sign up New Customer. Sebab nanti kena update maklumat alamat. Dah selesai boleh Continue..
Langkah 13
Kembali ke paparan Order Summary. Delivery & GST charge akan update. Okeh dah boleh klik CHECKOUT
Langkah 14
Sekiranya korang ada Promo Code boleh masukkan dalam ruangan ni. Pastu Apply Code. Kalau tiada Code boleh terus PROCEED TO CHECKOUT


Langkah 15
Lepas proceed to checkout, pengesahan akan dibuat. Dari butiran peribadi, no telefon, alamat dan lain-lain. Korang Next-next je. 


Tick I Accept the terms & Conditions. lepas tu klik SUBMIT ORDER


Cara Pembayaran
Selepas Submit Order. Paparan proses pembayaran akan keluar. Siap sedia dengan Kredit Card korang. Kalau yang dah ada account Paypal tu lagi mudah. 

Masukkan maklumat kad kredit korang dalam ruangan yang disediakan. Lepas tu Agree and Continue. Kalau yang ada account PAYPAL boleh klik pada Log in to your Paypal account....
Selesai log in account terus keluar paparan dibawah yang ada butang PAY. Klik je PAY tu dah selesai.. 
SIAP !! Order number akan tertera kat skrin. Ada email notification pun gak nanti, jadi pastikan email korang tu valid. Okehh, selesai cara-cara Order Online.. Tunggu delivery saja sekarang. 
DING DONGGG !!! Penghantaran dah sampai weh, fuhh tepat pada waktu yang aku nak ! Terbaek la abam runner ni..
Selfie jap dengan runner My-Brolly
1 Bag - Value Seafood Set
Fuhhh tudiaaaa SEAFOOD !! Pilihan menu yang aku order sebelum ni. Jangan compare dengan langkah-langkah di atas ni. Yang ni aku screenshot semula untuk bantu korang macam mana cara nak order online. 
Value Seafood Set (with Signature Southern Bang Mild sauce)
Flower Crab, Large Prawn, New Zealand Mussels, Yabbies, Scallops, Baby Octopus dan Japanese Hamaguri Clams. Add on Corn, Potatoes, French Beans dan Shallot Rice
2 Bag - Malaysia's Best Seafood Boil Bag
Malaysia's Best Seafood Boil Bag (with Jamba-Jamba Mild sauce)
Yang ni aku pilih Japanese Hamaguri Clams 300gm + Meat Crab - Size L. Besar tak ketam tu ? Ini baru L ada lagi saiz XL. Mesti la lagi besar !
Kalau takde tukul dan playar, lesung pun berguna jugak bhahaha... Keras kot kulit ketam ni.. Kalau gigit mau patah gigi. 
Tudiaaa isi ketam ni. Puas makan bak ang.. 
Nahh tengok ni. Jangan marah aku makan begini. Dah memang stylenya kena makan begini. Delivery tadi sekali dengan alas meja dan alas plastik yang gantung kat leher tu. Fuhh puas hati ! Terbaek.. Yang bestnya order makan kat rumah ni, tak segan nak sedut-sedut mana yang patut haha.. Makan kat rumah pun meriah gak kalau ramai-ramai.. Sapa-sapa yang nak try order online delivery sila follow step atas. 


Okeh ada berita baik untuk pembaca blog REDSCARZ kalau korang order online boleh dapat promo code diskaun RM100 untuk pembelian RM300 ke atas. Masa dia minta promo code tu korang taip DAUSR. Wow tunggu apa lagi.. Code promo ni valid sehingga 30 jun 2016. Cepat order My-Brolly sekarang. 


By the way, untuk lokasi penghantaran ni ada limited radius. Kalau untuk yang tinggal di Kuala Lumpur ni takde masalah order dengan My-Brolly. Kalau yang tinggal di sekitar Petaling jaya korang boleh order Crab Factory dan yang tinggal di sekitar Putrajaya atau Cyberjaya boleh order online di Crabhut.asia

Last but not lease, ADA LAGI !!
Dah makan seafood silap-silap menang trip ke ke Korea pulak. Fuhh rezeki la siapa yang dapat..Okeh selamat menyepit !!