Bila dah register takkan nak berdiam diri. Aku dah la takde pengalaman masuk aktiviti-aktiviti lasak gini. Risau la stamina tak kuat. Jadi aku start buat countdown konon untuk plan workout aku. Countdown bermula 10 Ogos 2016 kira-kira (67 hari) bersamaan dengan 2 bulan 1 minggu. Entah cukup ke tak ? Tolak dengan masa kerja, family time dan lain-lain.
Tengok la yang aku tanda ada km-km tu ada workout la. Kalau tak workout aku continue dengan diet.
Berat aku sebelum start workout ni 86kg. Lepas raya berat naik mendadak. Memandangkan Madwarrior ni aku syak akan guna banyak upper body so aku kena cuba kurangkan berat badan aku. Kalau tak macam mana nak bergayut. Berat sangat.
Aku akan kongsi rutin-rutin workout dan diet aku nanti..
#themakingofmadwarrior
No comments:
Post a Comment