Hari Raya dah lepas, kali ni Hari Deepavali menjelang tiba. Selamat Hari Deepavali buat adik dan keluarga serta rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Deepavali atau Dewali ni satu perayaan cahaya yang bertujuan sebagai peringatan kepada kita untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.
Iklan Petronas Deepavali 2016 ada ceritanya. Jalan cerita mudah tetapi mesej yang disampaikan sangat padat. Aku sangat tersentuh bila menonton iklan ini. Jom saksikan...
"Aku Muniandy"
Aku ingatkan mereka ni nak merompak ! Sekali aku tersilap.. Mula-mula perati macam gangster. Agaknya aku tengok DVD banyak sangat ni. Haa, sebab tu ada pepatah mengatakan "Dont judge the book by its cover".. Jangan la kita menilai seseorang tu dari luaran sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun pelbagai bangsa dan agama, janganlah juga kita sifat berpuak-puak. Omputih kata racist. No no no...Ramai lagi kot masyarakat di Malaysia yang masih berfikiran kurang matang. Apa yang kita lihat terus kita nilai tanpa selidik apa yang sebenarnya. Banyak contoh-contoh dah berlaku, terutama benda yang disebar tanpa kita selidik benda tu betul atau salah. Pastu suka hati je viralkan. Tak elok tu..
Tidak dinafikan banyak dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian berlainan bangsa ni. Namum kita masih boleh mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan jika kita sentiasa peka dan saling hormat-menghormati perbezaan antara kaum. Mudah je kan. Jangan ada perasaan benci antara satu dengan yang lain. Kalau ada tersilap ke apa, cepat-cepat perbetulkan dan saling maaf-memaafan antara satu dengan yang lain.
Semoga cahaya Dewali ni dapat menyinari sanubari dan terus membuat kita sentiasa bertimbang rasa dan tertolak ansur sesama keluarga, jiran tetangga serta rakan-rakan pejabat. Kalau ini dapat dikekal, nescaya keharmonian dan kesejahteraan akan terus berkekalan.
Iktibar dari Iklan Petronas Deepavali ni, aku yakin video ni telah membuka mata kita supaya kita dapat mengubah diri kita agar dapat menjadi lebih baik.
SELAMAT HARI DEEPAVALI @ DEWALI buat rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.. #deepavali2016 #petronasdeepavali
No comments:
Post a Comment