Saturday, November 26, 2016

Taurus Energy Drink | Kekalkan tenaga tahap maksima !

Rabu lepas aku ke Berjaya Times Square ada Laser Tag Gathering. Apa Laser Tag tu?? Wahh partama kali nak main ni, pernah dengar pasal game Laser Tag ni tapi tak pernah cuba lagi. Dengar kata game macam dalam Counter Strike. Cuma pakai Laser je, tembak-tembak tak sakit pun. Best-best.. Bila aku dapat invitation ni, apa lagi aku terus ON la... Serius aku teruja nak main, kena plak timing game lepas waktu kerja. Boleh la pergi.

Habis kerja aku balik rumah dulu hantar wife aku, ambik anak-anak settlekan hal rumah dulu sebelum ke Times Square. Letih sikit la tapi teringin punya pasal aku redahkan je. Settle je semua hal rumah, aku terus kuar. Aku singgah beli air dulu sebelum pergi main. Kang sampai sana tiba-tiba letih rugi je. Biasanya kalau aku ada aktiviti luar macam futsal ke pergi gym, aku akan sambar setin 2 minuman tenaga (energy drinks). Kasi booster sikit. 

Aku singgah di 7 Eleven (7E) berdekatan dengan rumah. Masa nak pilih tu aku terbelek Taurus Energy Drinks. Macam tak pernah cuba lagi sebelum ni. Nampak gambar TAURUS tu macam gempak je. RM4 setin. Sambar 2 tin. Nak cuba dulu. Yang penting ada logo HALAL.
Sampai-sampai Times Square, semua dah tak sabar nak perang !! Pergghh aku pun. Baru pakai Vest Laser Tag aku dah rasa aura SWAT dah. Hek Eleh berangan pulak. Biasa la tu beb. Aku memang minat SWAT ke NAVY ni. Tak mampu jadi macam dorang tu, imagine je mampu la. Okeh ada 3 game semuanya. Apa apa briefing dulu.. Sambil briefing aku teguk dulu Taurus Energy Drinks. Wow ! Sedap pulak air ni. Aku rasa tak manis sangat !! Memang minuman tenaga jenis ni la yang aku dok cari. Aku tak suka manis-manis sangat ni. Kalau manis sangat tekak aku akan rasa kering. Kena minum air masak skali. Baru rasa sekali aku terus tangkap cintan. Seteguk demi seteguk abis setin sebelum perang. 

Lepas 3 game !


Puas hati ko ! Serius tak puas, aku nak main lagi. Berpeluh-peluh harungi 3 game tapi tenaga masih tetap di tahap maksima. Bayangkan balik kerja petang pastu bla bla bla, lepas Maghrib je terus mula game pertama sampai game ketiga. Jam dah dekat pukul 10 malam tapi masih menten bertenaga. Ko ghasa ? Sambil teguk tin kedua. Aku dah tak risau sangat minum lebih pasal aku rasa tak manis sangat. Aku kan tengah diet, kena cari Energy Drinks yang kurang manis. 


Pasni turun gym ke futsal ke atau long distance driving pasti aku bekal Taurus ni. Lagipun senang je nak dapatkan minuman Taurus Energy Drink ni. Singgah je 7 Eleven. 7 Eleven kan ada di merata-rata tempat sekarang ni. Apa susah. 



Balik dari Times Square tu aku terus usha page facebook Taurus. Rupa-rupanya Taurus ada buat promosi kat 7E. RM1 je setin !! Perghh boleh borong kalau gini. Kalau korang nak tau korang lanjut boleh like Facebook Taurus. Kalau ada info pasal promosi pasti dorang akan UP kat page lagi. Okeh yang penting kekalkan tenaga di tahap maksima. Terbaek !! 

Credit photo to Taurus Facebook Page.

Thursday, November 17, 2016

Saat yang mencemaskan, aku diserang sesak nafas !

Niat nak beriadah sempena Family day tak kesampaian. Aku tiba-tiba kena serang sesak nafas. Memang tak pernah-pernah lagi aku kena sesak nafas ni. Nafas tersekat-sekat rasa sumbat. Al kisahnya bermula di A Famosa Resort, Melaka baru ni. Aku dengan family ke A Famosa Resort atas lawatan dan family day. Malam tu aku tak rasa apa-apa pun. Tak de hint langsung pun cuma 2,3 hari tu aku selsema je. Malam tu aku tidur macam biasa takde la lewat sangat sebab esoknya ada aktiviti. Jam 4 pagi aku terjaga. Mula-mula takde rasa apa-apa, tiba-tiba aku rasa macam susah bernafas. Tersekat-sekat pernafasan aku, hidung aku sumbat. Nafas tak puas dan tak dalam. Nafas guna mulut pun rasa tak puas. 


Aku cuba tak panik, aku cuba batuk kuat-kuat dan cuba nak muntah sebab rasa macam ada benda tersekat kat tekak. Tapi tetap rasa sama. Aku jalan-jalan keliling dalam bilik tapi masih sukar nak bernafas. Masa tu aku mula panik. Macam-macam aku fikir. Aku kejutkan wife aku, aku cakap nak pergi hospital. Anak-anak sedang nyenyak tdo, aku tak nak ganggu. Lagipun kalau angkut dorang, aku tak tau kat mana hospital terdekat dengan A Famosa Resort ni. Aku cakap kat wife aku, aku suruh staff hotel bawa aku pergi hospital. Aku terus turun ke lobi jumpa staff bertugas. Rasanya dah dekat kul 5 pagi dah. Dia terus dapatkan bantuan dari Polis Bantuan A Famosa Resort. Tak sampai 5 minit, 2 pegawai polis bantuan sampai. Aku dibawa ke hospital terdekat. Hospital Alor Gajah. Nasib baik tak jauh dari Resort. Tak sampai 15 minit sampai hospital terus ke bahagian kecemasan. Sempat pulak register dulu. 
Buat checkup then doktor bagi buat neb. First time aku buat neb. Nak nafas guna hidung ke mulut pun aku konfius. Hehe.. Apapun neb kali pertama masih lagi TAK ok, doktor buat neb kali ke dua. Lepas neb kedua tu doktor check kata ok. Aku pun macam lega sikit. Doktor tu bagi ubat dan discharge. Sampai kat luar pintu aku duduk kejap rasa masih tak selesa dan aku masuk balik minta neb lagi sekali. 3 kali aku buat neb pagi tu. Alhamdulillah rasa lega sikit. Mungkin sebab aku panik sebab tu rasa tak selesa. Yela tak pernah-pernah kena macam ni. Sapa tak panik kan.. Macam macam aku fikir.

Selesai rawatan, polis bantuan hantar aku balik ke A Famosa Resort. Dah dekat pukul 8 pagi dah masa sampai bilik. Terang benderang dah. Aku cakap kat wife aku, tak dapat nak join aktiviti. Aku makan ubat dan rehat. Begitu kisah debar yang aku rasa paling menakutkan dalam hidup aku. Datangnya dugaan itu takda baunya. Hanya kita sendiri je dah bersedia atau belum.

Terima kasih pada Polis Bantuan A Famosa Resort, Melaka yang bertungkus lumus bawa aku ke Hospital Alor Gajah. Semoga Allah membalas jasa korang. Kalau bukan korang hantar aku, tak tau la apa yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku semua ada hikmahnya.. Alhamdulillah syukur...

Akif ambil bahagian dalam MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016

Cuti sekolah dah nak mula, ramai yang dah plan nak pergi bercuti la, balik kampung la dan sebagainya. Aku ? Belum plan lagi nak pergi bercuti. Al maklum la cuti pun tinggal ciput je. Berkira-kira la nak ambik cuti risau ada emergency. Tak ambik cuti pun boleh plan aktiviti lain untuk anak. Daripada anak-anak dok mengadap telefon ke, mengadap tab ke komputer, baik aku ajak buat aktiviti luar biasa sikit. Aku dah plan satu ! 

MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016 | KIDS Obstacles ! 
Wow budak-budak pun ada obstacles challenge ? Haaa tudia calling seawal 5 tahun hingga 13 tahun tu.. So ni la bakal menjadi aktiviti pertama Akif nanti. Aku dah register untuk Akif kategori 5-7 tahun (easy kids) bak kat pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya".. pepatah yang tak pernah patah bagi aku. Nak mendidik ke membentuk seseorang tu biar dari kecilnya. Kalau dah besar bukan tak boleh bentuk tapi liat la sikit. Haha.. Mana tau besar-besar nanti Akif mampu masuk Ironman Triathlon ke.. 

Jadi begitu la kisahnya.. sapa nak join, masih lagi Open ! [Register] Kita jumpa di sana nanti. 

MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016
4 Disember 2016
7 pagi - 12 tengahari
Trek MTB Bukit Indah Ampang (TEKAS)

Tuesday, November 8, 2016

Overnight Rolled Oats dengan Susu | Recepi mudah untuk sarapan pagi.

Overnight Rolled Oats dengan Susu
Ni antara menu sihat untuk sarapan pagi. Mudah, ringkas dan mengenyangkan. Bahan-bahan yang diperlukan pun senang nak cari dan tak remeh. Cuma perlukan... 

Whole Rolled Oat
Full Cream Milk
Bekas Air 

Itu saja. Cukup memadai. Tapi kalau nak bagi extra sedap, korang boleh letak kismis ker, berries or kekacang macam badam dan sebagainya. 
Quaker Whole Rolled Oat
Mudah didapati di pasaraya-pasaraya terdekat. Pastikan Rolled Oats.. Brand tu tak kisah la Quaker ke apa lagi lain ke.. 
Whole Rolled Oats...
Macam mana nak buat ? Senang je, masukkan rolled oats ke dalam bekas lebih kurang 3 sudu besar. Ikut la nak makan banyak mana. Lepas tu tuang susu ke dalam bekas tu. Kacau-kacau. Siap ! Masuk dalam peti ais tinggal je semalaman dalam peti ais. Kita rendam lama-lama. Esok pagi boleh makan. 
Haa begini la rupanya. Pagi tadi ambik dari peti ais terus bawa pergi ofis. Sampai ofis terus ngappp ! Nyum-nyum sedap walaupun dengan susu je. 

Okeh, selamat mencuba. 

**aku suggest kat korang yang ada peti ais kat opis tu, sebelum balik kerja, rendam satu gelas oats dengan susu. Besok sampai ofis terus makan je. 
#eathealthy #eatclean  #dietary #diet #nutrition

Monday, November 7, 2016

The WALID Barbershop baru buka di Cheras !

Wow bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Satu demi satu Barbershop buka di sekitar Cheras ni. Barbershop atau kedai gunting rambut lelaki semakin mendapat tempat dikalangan anak-anak muda untuk mendapatkan servis haircut dan shave. Terbaru The WALID Barbershop antara yang baru buka di Cheras. Terletak betul-betul di hadapan Sekolah Agama Menengah Batu 10 (SAM 10 Hulu Langat) dan bersebelahan dengan Sekolah Agama Batu 10. Apa yang menarik bagi aku, WALID Barbershop ni lokasinya tak jauh dengan rumah aku. Itu yang aku suka. Aku antara salah seorang pelanggan yang gemar menggunakan khidmat haircut di barbershop. 

Semalam berkesempatan jugak aku mendapatkan khidmat haircut di Walid Barbershop. Walaupun baru beroperasi, tapi menunggu gak la aku semalam. Ramai anak-anak muda.. 
Berapa harga haircut kat WALID Barbershop ?
Buat masa ni WALID Barbershop buat PROMOSI haircut RM12.00 untuk Adult, RM10 untuk Kids dan RM5.00 Shave. 
Owner & Stylist WALID Barbershop
The WALID Barbershop Cheras
Waktu Operasi ?
Buat masa ni waktu operasi setiap hari dari jam 12 tengahari sehingga jam 11.00 malam. Rehat jam 6-8 malam. Kemungkinan nanti akan ada satu hari time off. Akan update lagi nanti. 
Haa ni la dia pemilik The WALID Barbershop, stylo dan peramah orangnya.. Sempat selfie dan berbual-bual kejap dengan dia, katanya promo ni mungkin sampai hujung bulan ni. Tapi harga baru nanti taklah terlalu tinggi. Aku sebagai pelanggan pun aku harap begitu. Kalau murah, mesti lagi ramai yang datang. 
Apapun aku berpuas hati dengan haircut semalam. Baru la nampak rambut hipster skit. Dah rumah dekat macam ni boleh la repeat lagi next time. 

Korang boleh follow Instagram The Walid Barbershop dan ikuti perkembangan mereka di sana. Kalau yang nak cari lokasi barbershop ni ada alamat kat bawah ni.


The WALID Barbershop
Lot 828, Batu 9 1/4 Jalan Cheras 
43200 Selangor Darul Ehsan

Sunday, November 6, 2016

Set Deeja Cosmetik untuk lelaki sejati

Aku sekarang makin cerewet bab-bab penampilan ni, bukan apa aku tengah mencuba untuk menarik aura-aura positif dalam diri aku. Bila aku rasa ketrampilan diri serba kekurangan terus aku rasa macam kurang keyakinan diri. Dalam beberapa bulan ni dari aku start pergi gym, workout dan aku sekarang tengah diet. Nak slim kononnya, haha tapi memang ada perubahan pun. Cuma satu je aku prasan yang susah nak buang. Muka berminyak dan kusam. Lepas workout lagi la, dah macam baru kena wap. Haha..

Deeja Cosmetik | Keayuan Semula Jadi dalam masa 5 hari
Akhirnya aku jumpa Deeja Cosmetik.Pakai kosmetik pulak dah.  Keayuan semula jadi dalam masa 5 hari katannya. Haha lelaki pun nak ayu jugak ker? Haaa bukan tu je maksudnya. Maksudnya kulit jadi elok la, bersih. Sesuai untuk lelaki dan wanita. Tu yang cuba tu. 

Tudia, selfie terus masa baru-baru dapat Deeja Cosmetik. Nampak tak muka tu berminyak. Tu yang tak best tu. Kalau tengah meeting ker, tengah buat talk ker memang tak selesa. Tunduk je la. 

Antara kelebihan-kelebihan Deeja Cosmetik ni.
Memutih dan menggebukan wajah. Sesuai dengan kulit muka berjeragat, jerawat, berminyak, kusam dan berparut. 
Deeja Cosmetik ni ada  5 dalam 1. Krim Malam, Krim Nano (Malam), Krim Siang, Toner dan Sabun Pencuci Muka. Aku paling suka sabun pencuci muka. Siap bawa pergi ofis tu. Yela aku kan pergi kerja naik moto, jadi sampai ofis perkara yang aku kisah, muka aku. Berminyak kot. Asap la, jerebu la, habuk debu, hentam satu kali. Sampai ofis macam apa je. Tak syok la nak mula kerja. Sekarang ni dah ada pencuci muka lega aku. 
Bukan takat waktu kerja je, masa workout pun aku bawa. Abis workout lepas mandi aku cuci muka skali. Perghh lega.. Freshh rasanya.
Sabun Pembersih Muka
Boleh guna pada bila-bila masa saja. 
Toner Nano
Digunakan sebelum pakai krim malam dan krim siang. 

Krim Malam
Yang ni kena alert sikit. Krim ni untuk malam saja, tak boleh guna waktu siang sebab tindakbalas semasa waktu tido. Kalau terlepas tu maka miss la malam tu. Haha
Krim Nano (Malam)
Lepas sapu krim malam sapu pulak krim nano ni. Sapu nipis-nipis je..
Krim Siang
Biasanya disapu pagi-pagi. Bangun pagi, bersihkan muka dengan sabun dan urut perlahan-lahan kemudian bilas dan lap sehingga kering. Baru la sapu krim siang. 
Di belakang kotak ada tertera maklumat cara-cara penggunaan. Pastikan korang baca arahan betul-betul. Takde la susah sangat pun. Cuma khas untuk kulit sensitif tu kena alert sikit okeh.

Antara testimonial pengguna-pengguna Deeja Cosmetik. 
Ada lagi banyak testimoni, nanti korang usha kat detail bawah. 
Testimoni aku sendiri. Amacam ?? Putih ? Gebu ? Baru la lelaki sejati. Puji diri sendiri pulak. Haha jangan tergoda.. Anak 3 dah.. kikiki.. 

Brapa harga Deeja Cosmetik ?
Okeh, harga pasaran Deeja Cosmetik set 5 dalam 1 ni RM85.00 (WM) dan RM90.00 (EM) tak sampai RM100 pun. Orang kata kalau nak jaga keterampilan tu, apa salahnya labur sikit kan. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke :

Facebook : Deeja Cosmetic HQ
Instagram : @Deeja_cosmetic_hq
Whatapps : 019 - 694 5950
Kalau betul cara penggunaannya, In Shaa Allah ada hasil dalam seminggu dua. Selamat mencuba.. 
#deejacosmetik #deejacosmetikhq #produkkecantikkan

Thursday, November 3, 2016

LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ | Microfighters Series 3

75128 LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | TIE Advanced Prototype™

Siri Microfighters Siri 3 yang ke-3 dalam koleksi lego aku, TIE Advanced Prototype™. Yang ni aku jumpa orang jual kat pasar karat. Rezeki aku hari tu, dia jual 50% dari harga market. Apalagi aku sambar la. Nasib baik la takde series 3 yang lain. Kalau ada mau tergugat gak aku. Tauke tu memang tau harga market cuma dia saja jual harga murah. Dia cakap lagipun kotak Lego tu nampak macam lama sikit. 
LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™

LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ TIE Pilot
LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ | Microfighters Series 3
Set Number : 75128
LEGO® : Star Wars

Subtheme : Microfighter
Series : 3 
Minifigures : TIE Pilot
Pieces : 93
Duration : < 10 minutes
LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ | Microfighters Series 3
LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ | Microfighters Series 3
LEGO® STAR WARS TIE Advanced Prototype™ | TIE Pilot
TIE Advanced Prototype™ sesuai digabungkan dengan The Ghost Hera Syndulla’s 75127 The Ghost microfighter.

Ok la cukup la info untuk Tie Advanced Prototype ni. Lagi satu koleksi microfighter aku, LEGO® STAR WARS Wookiee™ Gunship. Klik untuk baca. Okeh hunt for next koleksi 75126, 75126, 75130. Kalau ada sapa nak letgo PM aku. Murah-murah la.. Okeh chaw...