Thursday, November 17, 2016

Saat yang mencemaskan, aku diserang sesak nafas !

Niat nak beriadah sempena Family day tak kesampaian. Aku tiba-tiba kena serang sesak nafas. Memang tak pernah-pernah lagi aku kena sesak nafas ni. Nafas tersekat-sekat rasa sumbat. Al kisahnya bermula di A Famosa Resort, Melaka baru ni. Aku dengan family ke A Famosa Resort atas lawatan dan family day. Malam tu aku tak rasa apa-apa pun. Tak de hint langsung pun cuma 2,3 hari tu aku selsema je. Malam tu aku tidur macam biasa takde la lewat sangat sebab esoknya ada aktiviti. Jam 4 pagi aku terjaga. Mula-mula takde rasa apa-apa, tiba-tiba aku rasa macam susah bernafas. Tersekat-sekat pernafasan aku, hidung aku sumbat. Nafas tak puas dan tak dalam. Nafas guna mulut pun rasa tak puas. 


Aku cuba tak panik, aku cuba batuk kuat-kuat dan cuba nak muntah sebab rasa macam ada benda tersekat kat tekak. Tapi tetap rasa sama. Aku jalan-jalan keliling dalam bilik tapi masih sukar nak bernafas. Masa tu aku mula panik. Macam-macam aku fikir. Aku kejutkan wife aku, aku cakap nak pergi hospital. Anak-anak sedang nyenyak tdo, aku tak nak ganggu. Lagipun kalau angkut dorang, aku tak tau kat mana hospital terdekat dengan A Famosa Resort ni. Aku cakap kat wife aku, aku suruh staff hotel bawa aku pergi hospital. Aku terus turun ke lobi jumpa staff bertugas. Rasanya dah dekat kul 5 pagi dah. Dia terus dapatkan bantuan dari Polis Bantuan A Famosa Resort. Tak sampai 5 minit, 2 pegawai polis bantuan sampai. Aku dibawa ke hospital terdekat. Hospital Alor Gajah. Nasib baik tak jauh dari Resort. Tak sampai 15 minit sampai hospital terus ke bahagian kecemasan. Sempat pulak register dulu. 
Buat checkup then doktor bagi buat neb. First time aku buat neb. Nak nafas guna hidung ke mulut pun aku konfius. Hehe.. Apapun neb kali pertama masih lagi TAK ok, doktor buat neb kali ke dua. Lepas neb kedua tu doktor check kata ok. Aku pun macam lega sikit. Doktor tu bagi ubat dan discharge. Sampai kat luar pintu aku duduk kejap rasa masih tak selesa dan aku masuk balik minta neb lagi sekali. 3 kali aku buat neb pagi tu. Alhamdulillah rasa lega sikit. Mungkin sebab aku panik sebab tu rasa tak selesa. Yela tak pernah-pernah kena macam ni. Sapa tak panik kan.. Macam macam aku fikir.

Selesai rawatan, polis bantuan hantar aku balik ke A Famosa Resort. Dah dekat pukul 8 pagi dah masa sampai bilik. Terang benderang dah. Aku cakap kat wife aku, tak dapat nak join aktiviti. Aku makan ubat dan rehat. Begitu kisah debar yang aku rasa paling menakutkan dalam hidup aku. Datangnya dugaan itu takda baunya. Hanya kita sendiri je dah bersedia atau belum.

Terima kasih pada Polis Bantuan A Famosa Resort, Melaka yang bertungkus lumus bawa aku ke Hospital Alor Gajah. Semoga Allah membalas jasa korang. Kalau bukan korang hantar aku, tak tau la apa yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku semua ada hikmahnya.. Alhamdulillah syukur...

No comments:

Post a Comment