Tuesday, January 31, 2017

Luangkan masa cuti sekolah di Kemensah Waterfall, Ulu Kelang

Cuti sekolah tahun baru cina kali ni tak balik kampung jadi elok dimanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik dan berfaedah. Kang terperuk je kat rumah boring pulak. Cuti sekolah seminggu kat tu. Destinasi ? Aku cadang berkelah je la sambil BBQ. Lokasi ?Berkelah di Sungai Kemensah Ulu Kelang | Kemensah Waterfall Ulu Kelang. Kat mana tu ? Yang pasti jalan masuk ikut jalan belakang Zoo Negara. Tak tau pulak aku kat belakang zoo negara ni ada sungai tempat beriadah atau tempat berkelah. Memandangkan tempat ni tak jauh sangat dari rumah, boleh sangat la nak pergi. Maka berkonvoi la kami 3 keluarga ke sana. Pertama kali aku pergi sini. Macam mana la agaknya. Biasa pergi sungai langat je, sg. congkak, d lepoh..

Okeh, perjalanan masuk ikut belakang zoo negara, jalan menuju sungai kemensah ni agak sempit dan curam sikit. Nampak macam seram je tapi nak masuk hutan kan, memang macam tu la kan. Mula-mula macam sunyi tapi bila sampai di lokasi. Tudiaa... meriah !! 

Kemensah Waterfall Chalet
Pondok bayaran atau tempat nak sewa chalet kamensah. Memandangkan aku gigih cari tempat tempat parking tak sempat aku menemubual info pasal chalet tu.Tengok-tengok dorang dah dapat chalet. Korang sampai sini jangan terus masuk je.. Check in kaunter dulu ya. 

Antara chalet-chalet kat kamensah waterfall.  
Kami dapat RM110 untuk sebuah chalet. (bukan chalet gambar diatas). Tong-tong 3 keluarga ok la siap ada elektrik. Boleh charge telefon ke, kalau bawa kipas meja boleh pasang. Ada tempat BBQ lagi. Mudah kerja nak BBQ, bawa jaring besi dan arang je. Eh bahan nak BBQ pun jangan lupa bawa. Haha.. Sebenarnya ada kisah yang agak sadis di sini. Kami tak bawa arang masa ni. Ingat nak guna kayu dan ranting je. Sekali kayu api basah da.. kesian beb... Gigih nyalakan api tak hidup-hidup. Terpaksa buat muka tak malu pergi tanya sapa-sapa ada arang lebih. Bukan minta tapi nak beli. Jumpa gak satu family ni nak balik dah, belen arang banyak lagi, aku minta nak beli tapi dia sedekah kan je. Aku dengan rela hati menerima. Haha..TQ bro.. sebab arang bro, siap jugak BBQ kami. 

Okeh layan dulu gambar bawah ni..


Menarik gak tempat ni, dah macam mini waterpark pulak. Siap ada tempat terjun tempat gelongsor bagai. Kat bawah jambatan nun tu ada buaian. Best-best ! Tapi aku tak sempat mandi daa.. sibuk BBQ.. takpe la biar anak-anak je mandi. 
Sekitar chalet-chalet kemensah waterfall. Kehijauan hutan alam semulajadi. Sungguh mendamaikan hati. Dengar deruan air sungai sangat mengasyikkan. 

Selesai BBQ dan makan, selesai budak-budak ni mandi-manda maka beransur la kami. Puas hati gak la pergi sini. 
Kawasan parking kereta agak terhad. First come first serve basis. Charge ? Aku tak pasti sebab macam tak kena bayar je. Tak pun dah charge skali dengan chalet. Tapi kalau dah datang tempat ni mesti dah ready bajetkan. Bajet chalet dan bajet parking. 

Aku rasa nak repeat lagi next time. Kena pergi pagi-pagi baru best. Lepak sampai petang. Jangan lupa bawa sejadah dan telekung (untuk pompuan), dalam chalet muat je tempat nak solat. Ok selesai misi menghabiskan cuti sekolah tahun baru cina. Percutian bajet namanya. Next ! 

Friday, January 27, 2017

Dapat Langanan PERCUMA HyppTV Jumbo Pack selama SETAHUN ! TM Malaysia

Alhamdulillah, rezeki hari ni. Dapat langanan PERCUMA HyppTV Jumbo Pack selama SETAHUN ! TQ Telekom Malaysia @ TM, bagi Giveaway 'Thank You Surprise'.. Aku rasa banyak lagi hadiah-hadiah yang menarik. Sapa guna perkhidmatan Telekom Malaysia boleh check suprise korang sekarang. Tak kisah kalau korang pakai UNIFI ke, STREAMYX atau TM HOMELINE boleh isi form. Sila check email memasing. 
Email dari Telekom Malaysia

Kalau dapat email, korang boleh terus ke website TM. Klik TM Thank you suprise sama je, dari email pun akan link ke sini. 

Simple je borang yang nak kena lengkapkan. Masukkan Nama, IC, TM Mobileline No, Mobile No dan Email. Jangan lupa masukkan Captcha ! Kalau tak masuk nanti dia detect korang ni robot. Pastu klik  Check My Suprise!  Settel .. Tunggu jela hadiah yang muncul ! Aku dapat 2 pilihan. So aku pilih yang ni. 

FREE HyppTV Jumbo Pack for 12 months!




Free setahun tu, bermula dari Februari 2017. Ini macam boleh terminate rangkaian lagi satu tu. Tuttttttt..... jimat setahun. Aummm..

Thursday, January 26, 2017

POMADE MOVIDA Tutorial dan review !

Sejak berambut ala-ala hipster ni, aku terjebak dengan pomade. Kalau pomade abis aku dah gelabah dah haha.. Tau pomade tak ? Haa baik aku tanya dulu, kang ada yang tak tau. Okeh pomade ni macam minyak rambut gak. Ada 2 jenis pomade yang aku tau, water base dan ada oil base. Brand ? Usah kira lah. Warna ? Bau ? Semua ada, macam-macam ada. Setakat ni belum ada lagi brand pomade yang betul-betul tetap untuk aku. Aku jenis suka merasa brand lain-lain. Bukan apa dalam banyak-banyak aku guna, ada pomade yang kasar, kurang wangi, melekit dan lain-lain. Apapun ni aku nak review sikit yang terbaru latest aku jumpa, pomade MOVIDA ! Skali hidu aku dah berkenan. Bau je aku dah suka, belum pakai lagi. 
Movida Pomade Water Base ! Strong Hold 150g
Lembut dan senang nak guna walaupun rambut kering, tak perlu basahkan rambut. Ini memang aku suka sebab memudahkan aku. Tak perlu pergi bilik air nak basahkan rambut. Dan.. memandang pomade ni water base jadi senang la tanggal masa mandi atau basuh rambut. Tak berminyak dan tak melekit. I like....

Movida Pomade ada pelbagai pilihan perasa, ada True Love, Ocean View, Juicy Peach, Green Latin, Blueberry dan Grape. Pilihan aku True Love dan Ocean View. Bau memang mengasyikan.

Korang boleh nampak perbezaan penggayaan rambut aku sebelum dan selepas....
Sebelum...
Ni pagi-pagi baru sampai ofis, rambut pun belum pakai apa-apa lagi ni. Jangan cakap tak mandi pulak. Pakai helmet memang jadi macam ni. Haha neutral. Okeh, tak perlu basahkan rambut, terus sapu pomade ni. 
Selepas...
Fuhhhh tudiaaa... Terus flawless muka, bukan tengok muka la, tengok rambut la, ada stail tak.. Tak caya tengok video bawah ni.. Ni aku tunjuk demo aku guna Movida Pomade. Layan...
Haaa apa macam ? Ada percaya tak ? Memang berbaloi pakai Movida pomade ni kan. Tunggu apa lagi, jom mengomade !! Haha.. 

Harga berapa ni ?  
Harga RM30 satu bekas 150g. Memang standard harga pomade-pomade lain yang berada di pasaran. Kat mana pulak nak dapatkan pomade ni ? Movida Pomade, korang boleh contact terus bro Hezlee di talian 011-17254742. Dengar kata boleh jadi agen pulak tu? Haa korang deal la dengan bro Hezlee ni.. Mana tau boleh buat side income !

Tak rugi beli, sehari pakai sekali je, pakai pergi kerja balik kerja rambut masih steady lagi... Insha Allah boleh repeat order ni.

Pelancaran GT DOLLAR Malaysia

Apabila teknologi semakin maju seiring dengan peredaran waktu, maka semua benda pun makin canggih. Semuanya hanya di kawal dihujung jari saja. Pernah dengan tak pasal GT Dollar ? Mesti tak pernah kan. Atau baru-baru ni macam pernah dengar je kan tapi tak pasti apa benda GT Dollar ni. Meh nak cerita sikit apa itu GT Dollar ni. 

Pada 16 Januari 2017 baru-baru ni, telah berlangsung majlis pelancaran GT Dollar di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur sempena Malaysia Fin Tech Ecosystem Conference dan GT Dollar Grand Launch. Pelancaran ni telah disempurnakan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, yang merupakan Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia. 
YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin menyempurnakan pelancaran GT Dollar
GT Dollar
GT Dollar merupakan produk GT Group | Sebuah syarikat dari Singapura yang mempunyai kepakaran dalam penyelsaian inovatif dan juga kepakaran dalam bidang E-dagang. GT Dollar merupakan satu platform e-dagang atau aplikasi e-wallet di mana melibatkan perkhidmatan jual beli secara dalam talian | online dengan hanya guna smartphone. 
GT Dollar App
Dengan hanya Install saja GT Dollar App dalam smartphone korang, dengan mudah korang boleh menikmati pelbagai tawaran, diskaun serta promosi barangan atau perkhidmatan secara global tanpa menggunakan tunai. Bagaimana itu berlaku ? Itulah peranan E-Wallet. 
Dengan menggunakan aplikasi GT Dollar, korang boleh dapatkan tawaran perlancongan, hadiah, makanan, barangan kesihatan dan banyak lagi. Dan yang paling best bila korang install GT Dollar app ni, secara automatiknya korang akan dapat kredit Rm300 dalam akaun GT Dollar tu. Tak percaya ? Cuba install dulu. 
GT Dollar GT Credit
Untuk pengetahuan semua, GT Group bukan hanya mempekenalkan GT Dollar saja, malah GT Group juga mempunyai pelbagai produk lain, antaranya GT Mobile, GT Smart Watch dan GT Wonder Boy. Macam menarik je ni. Semua produk berteknologi tinggi ni. 

GT Mobile
GT Mobile
Salah satu smartphone yang dikeluarkan oleh GT Group. Antara model yang diperkenalkan ialah Model GT-888. Nampak besar dan cun. Nak tau kelebihan dan keistimewaan GT Mobile ? Tunggu next entri aku, biar aku explore dulu GT Mobile ni.

GT Smart Watch
GT Smart Watch
Jam pintar ! Fuhh menarik gak function smart watch ni. Antaranya ibu bapa boleh monitor anak-anak setiap hari. Boleh tau kat mana dorang berada. Boleh remote alarm, panggilan kecemasan dan lain-lain lagi. Tak sabar tunggu kemunculannya kat Malaysia nanti. 


GT Wonder Boy
GT Wonder Boy
Sebuah robot pintar yang telah dicipta untuk pelbagai kegunaan. Cute sangat robot ni.. Boleh berkomunikasi dua hala. Boleh menyembang la kalau boring-boring tu. Dengar kata boleh menghiburkan kerana kemampuannya untuk menyanyi dan menari. Siap boleh jadi personal assistant lagi, menguruskan jadual dan menjadi translator. Okeh hebat-hebat.. Nak satu !!! 
Haa tak lama lagi, sebuah kilang akan dibina di sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka bagi pembuatan dan pemasangan robot-robot ni. Anggaran jumlah pelaburan hampir RM300 juta. Bukan saja kilang akan dibuka malah pelaburan ni bakal menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam masa 5 tahun. Dah boleh riki-riki kerja kosong ni.

Apapun untuk maklumat lanjut dan terperinci korang boleh refer di link-link kat bawah ni. 

www.gtdollar.com
www.gtrobots.com
www.gtmobile.sg
www.instagram.com/gtgroupmalaysia

Wednesday, January 18, 2017

Rabbit Fun Land Broga berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan

Sesekali cuti hujung minggu bawa anak-anak beriadah menikmati alam flora dan fauna pun menarik gak. Memandangkan ada anak kecik jadi aku bercadang nak bawa pergi taman arnab, main-main dengan arnab je la. Lagipun nak pergi jalan santai-santai je. Nak pergi zoo negara belum sesuai lagi, kang berpeluh-peluh nanti. Niat asal nak pergi taman arnab Rabbit Fun Land Broga, Semenyih rupa-rupanya Rabbit Fun Land kat situ dah berpindah ke tempat baru. Sebenarnya aku dah kecewa mula-mula sebab kali pertama pergi yang kat Broga tu, tengok-tengok tutup. Aku pun satu, tak check dulu. 
Huhu kat mana la nak cari taman arnab kat KL ni. Lepas tu baru tau rupa-rupanya Rabbit Fun Land ni dah berpindah ke Lenggeng Negeri Sembilan. Aku usha la map, takde la jauh sangat dari Cheras. Kira-kira 50 minit kalau ikut Lebuhraya LEKAS.

Maka pergi la kami ke sana, laluan sama menuju ke Broga, ingatkan map salah jalan tapi memang betul jalan tu. Atas lagi dari Broga. Siap jumpa pekan Broga lagi.. 



RABBIT FUN LAND LENGGENG, NEGERI SEMBILAN
Harga Tiket Rabbit Fun Land Lenggeng, Negeri Sembilan.
Okey harga tiket masuk untuk seorang ke taman arnab Rabbit Fun Land Lenggeng ni RM8.00. Harga dewasa dan kanak-kanak sama je. Bayi dan anak-anak bawah 2 tahun percuma. Makanan untuk animal feeds pun ada di jual. Nak tunggang Kuda @ Pony RM8.00 bayar di kaunter untuk dapatkan token.

Rabbit Garage

Sebenarnya pergi sini nak bagi surprise kat Faheem. Nak bagi main dengan arnab. Nak tengok dia brani tak usik-usik arnab ni. Ok tempat first skali masuk, pergi ke garage arnab. Eh panggil garage ke ni ? Macam pondok pun ada. Dalam ni ada lebih kurang 30 ekor arnab. Memang arnab yang comel-comel, ada yang manja ada gak lasak.
Haa tu diaaa kemain Faheem ni, brani sungguh dia. Siap bagi makan arnab. Arnab yang tak nak makan dipaksa-paksa arnab tu haha.. Pastu bila arnab tu lari, dikejarnyaaa..Sian arnab tu.... dah puas main arnab, aku bawa jenjalan tengok haiwan lain pulak yang ada kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni. 


Selain arnab ada haiwan lain gak kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni. Macam mini zoo dah kat sini. Ada kuda, lembu, monyet, kambing, kambing biri-biri, rusa dan lain-lain.. Takde la boring nak tengok arnab je. 

Angsa
Burung-burung
Monyet
Landak
Kambing dan biri-biri
Kuda @ Pony

Kandang Kuda dan tempat menunggang kuda. 
Haa, sebelum menunggang kuda, kena beli token dulu kat kaunter ya.. Kang kena patah balik dua tiga kali.. Tapi takde la jauh dari sangat sini ke kaunter. Cuma kalau kena masa berbaris rugi la nanti, terlupa token dah kena berbaris semula kan...
Meh tengok rusa pulak. Kalau tak silap aku ada lebih dari 10 ekor rusa kat sini. Ada dua jenis rusa. Satu yang atas ni, satu lagi yang bertompok-tompok.. Aku tak sure jenis apa. Ada beza tak raindeer dengan deer
Di kandang lembu dengan anak lembu. Ada satu lembu tu warna pink. Wow terkejut aku, nasib baik ada tanduk, kalau takde tanduk musykil gak aku hehe..

Jambatan gantung @ titi gantung..

Okeh selain dari arnab dan haiwan lain sebagai tarikan, kat Rabbit Fun Land ada tarikan tersendiri iaitu jambatan gantung @ titi gantung. Suka beno bebudak benda ni. Kalau ada banyak mesti lagi best. Lepas tu letak playground sekali. Perfecto... 👍👍👍
Tempat letak kereta | Parking kereta masa aku datang ni lengang je. Tak tau pulak kalau time ramai orang macam mana.. 

Okeh overall rumusan pasal Rabbit Fun Land Lenggeng ni. 

  • Tempat bermain arnab menarik gak sebab arnab pun banyak. 
  • Harga tiket masuk murah. RM8.00 (dewasa dan kanak-kanak)
  • Ada haiwan lain selain arnab. Memandangkan masih baru berpindah ke sini. Masih ada ada lagi kandang yang belum siap. Kalau siap nanti mungkin akan ada lagi haiwan lain nanti. 
  • Boleh katakan kalau nak ke sini santai-santai je. Kalau nak banyak haiwan atau expectation tinggi, korang pergi zoo la. Kalau kat sini santai-santai, boleh main arnab dengan buat animal feed. Bagi kambing makan, bagi kuda makan dan lain-lain. More kepada learning proses budak-budak. 
  • Lokasi : Agak terpencil tapi tak sesat la kalau cari. Waze ada. Kalau yang shopping kat Nilai balik boleh singgah sini
  • Sesuai untuk lawatan budak-budak sekolah..
Last but not least, kat sini ada jual daging arnab. Aku tengok ada kat dalam list menu ni mean ada la tu. Aku tak tanya pulak. Harga daging arnab whole rabbit RM60.00 dan kalau 1 packet Rabbit shoulder harga RM75.00 

Nak santai-santai hujung minggu takde aktiviti boleh datang sini bawa anak-anak. Harga pun RM8 takat ni. Berbaloi dengan harga. Bagi anak-anak kenal haiwan secara dekat. Apa salahnya kan.. Okeh details kat bawah ni. 


Rabbit Fun Land Broga berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan

Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, N.Sembilan 
Waze : rabbit fun land , Setul Lenggeng
Waktu operasi setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang