Dah lama tak cuti-cuti Malaysia ni, ada tak yang tengah bercadang nak pergi bercuti awal tahun ni? Kalau ada, apa kata kalau aku cadangkan percutian ke Langkawi. Korang dah pernah pergi Langkawi? Hmm, aku rasa mesti ramai yang dah pernah pergi ke sana kan? Kenapa Langkawi ? Banyak sebab kenapa aku pilih Langkawi sebagai destinasi percutian. Bagi aku secara personally, memang tak pernah jemu untuk bercuti ke sana walaupun berkali-kali sebabnya ia merupakan sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya dan yang paling menarik ia merupakan tempat bebas cukai. Yeah! Siapa saja yang tak suka kan dengan tempat bebas cukai ni? Lebih-lebih lagi kalau korang yang memang suka bershopping. Banyak barang murah-murah. Kalau nak tau Langkawi ni sebuah pulau yang terbesar dan bukan saja hanya ada pantai yang cantik malah korang juga dapat menikmati keindahan panorama alam semulajadi yang masih terpelihara di sana. Pulau Lagenda yang sarat dengan sejarah ni terdapat banyak Langkawi hotels near beach dan sangat sesuai untuk korang jadikan sebagai destinasi percutian honeymoon atau percutian bersama keluarga. Banyak hotel-hotel tepi pantai. Rindu nak dengar bunyi ombak.
MALIBEST RESORT LANGKAWI
Kalau bercuti ke tempat yang tiada pantai atau laut memang tidak sah! Seperti di Langkawi, terdapat banyak pantai yang menarik dan yang paling popular ialah Pantai Cenang. Boleh dikatakan pantai ini menjadi tumpuan pelancong kerana terdapat banyak pilihan penginapan. Kalau korang memang mencari hotel murah di Langkawi yang terletak di tepi pantai, korang boleh stay di sekitar kawasan ni seperti di Malibest Resort, Cenang Plaza, Best Star Resort dan banyak lagi. Aktiviti sukan air di sini pun banyak yang boleh korang cuba seperti bermain jetski, parasailing, banana ride dan sebagainya. Korang juga boleh bersantai menyaksikan suasana matahari terbenam (sunset) yang sungguh indah sambil menikmati juadah makanan yang dijual di sepanjang persisiran pantai ni. Fuhh best ooo...
Pemandangan Sunset yang begitu mengasyikkan..
Selain itu, bagi menjadikan percutian korang lebih menakjubkan, korang patut cuba aktiviti yang menarik seperti island hopping di Pulau Dayang Bunting yang terletak berhampiran dengan Pulau Tuba. Korang nanti akan dibawa ke beberapa pulau lain seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Walaupun pulau ni merupakan pulau kedua yang terbesar selepas Pulau Langkawi, namun ia tidak didiami oleh penduduk kerana tiada pembinaan bangunan yang menarik di sini. Dan kerana itu juga pulau ni masih terpelihara dengan keindahan alam semulajadinya yang tersendiri seperti batu-batu menarik dan unik yang terhasil akibat dari fenomena alam sejak beribu tahun lalu. Serius rugi kalau tak pergi island hopping ni. Luas pemandangan, boleh rakam photo dan video untuk kenang-kenangan dengan khazanah alam semulajadi. Selain tu, korang juga boleh melakukan beberapa aktiviti lain seperti berkayak, merentas hutan dan sebagainya.Salah satu tempat penginapan yang best ialah The Datai Langkawi yang terletak di tengah-tengah kedamaian hutan hujan yang subur di Pantai Datai dan ia merupakan gabungan baik antara resort moden dengan suasana alam semulajadi di sekitarnya. Sangat nyaman dan sesuai untuk korang berehat dengan suasana yang privasi. Pasti hilang stress ! Resort yang dibina menghadap ke Laut Andaman ni juga terkenal dengan permandangan pantai yang sangat mengasyikkan. Selain layanan yang sangat memuaskan, tempat ini juga mengutamakan keselesaan pengunjungnya dengan menyediakan pilihan bilik dan kemudahan yang sangat sempurna. Terdapat juga dewan dan bilik mesyuarat untuk korang yang berhajat nak buat any function dekat sini. Wah boleh suggest kat ofis kalau gini. Ratenya pun masih affordable lagi. Sangat awesome dan pasti ia akan menjadikan kenangan yang bermakna untuk korang. Kalau stay sini silap-silap tak nak balik dah hehe...
THE DATAI LANGKAWI
Tudiaa geram je tengok resort ni. Kena masuk dalam wishlist ni.
Oriental Village, Langkawi
Seterusnya, korang juga boleh kunjungi ke Oriental Village Langkawi yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Serius rugi kalau tak singgah ke sini kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain menaiki kereta kabel seperti roller orb, orb ball dan water bike di tasik Oriental Village ni. Yang penggemar kopi macam aku, korang patut singgah ke kedai Chochohouz untuk menikmati aroma kopi yang lazat seperti Signature Mocha, Iced Latte, Cappuccino dan lain-lain. Tempat menarik lain yang boleh dikunjungi di sini juga adalah seperti 3D Art Museum, 6D Cinemotion, Sky Adventure Park dan banyak lagi. Apa yang lebih menarik, kalau korang peminat lumba kereta F1 korang boleh mencuba ke F1 Simulator. Ia adalah permainan menarik dengan teknologi terkini yang membolehkan korang merasa sendiri seolah-olah membawa kereta F1 yang betul di litar. Sangat awesome! Jika korang ingin bermalam pula, the best Langkawi hotels di sini ialah Geopark Hotel.
Sempat berphoto dengan pelancong dari Canada yang datang ke Langkawi
Pelancong-pelancong pun suka datang ke sini. Korang yang tak pernah sampai, tunggu apa lagi, aku yang kerap pergi pun nak repeat lagi... Apapun, semoga percutian korang lebih menyeronokkan.. Jom Langkawi... Yehaaa.
tak pernah pergi pun lagi.. in shaa allah, maybe tahun ini kot
ReplyDeletenext week holiday kat sini dengan family...kali kedua jejak kaki ke langkawi..dulu datang ke sini masa honeymoon...
ReplyDeleteRasa nak pergiii hehehe bestnye kan
ReplyDeletedah 3x ke langkawi, rasa tak puas jer.. nak repeat lagi satu hari nanti.
ReplyDeleteBestnyaa langkawi!, fiza dh lama sangat tak pegi langkawi.
ReplyDeleteDaus, whyyyy may 2017?
Banyak kali juga dah pergi bercuti di Langkawi...rasa macam nak pergi lagi pula tahun 2017 ni...hehe
ReplyDeleteBr jer lps blk dr Langkawi... Mmg tak pernah jemu ke sana...
ReplyDelete