Pages

Wednesday, January 18, 2017

Rabbit Fun Land Broga berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan

Sesekali cuti hujung minggu bawa anak-anak beriadah menikmati alam flora dan fauna pun menarik gak. Memandangkan ada anak kecik jadi aku bercadang nak bawa pergi taman arnab, main-main dengan arnab je la. Lagipun nak pergi jalan santai-santai je. Nak pergi zoo negara belum sesuai lagi, kang berpeluh-peluh nanti. Niat asal nak pergi taman arnab Rabbit Fun Land Broga, Semenyih rupa-rupanya Rabbit Fun Land kat situ dah berpindah ke tempat baru. Sebenarnya aku dah kecewa mula-mula sebab kali pertama pergi yang kat Broga tu, tengok-tengok tutup. Aku pun satu, tak check dulu. 
Huhu kat mana la nak cari taman arnab kat KL ni. Lepas tu baru tau rupa-rupanya Rabbit Fun Land ni dah berpindah ke Lenggeng Negeri Sembilan. Aku usha la map, takde la jauh sangat dari Cheras. Kira-kira 50 minit kalau ikut Lebuhraya LEKAS.

Maka pergi la kami ke sana, laluan sama menuju ke Broga, ingatkan map salah jalan tapi memang betul jalan tu. Atas lagi dari Broga. Siap jumpa pekan Broga lagi.. 



RABBIT FUN LAND LENGGENG, NEGERI SEMBILAN
Harga Tiket Rabbit Fun Land Lenggeng, Negeri Sembilan.
Okey harga tiket masuk untuk seorang ke taman arnab Rabbit Fun Land Lenggeng ni RM8.00. Harga dewasa dan kanak-kanak sama je. Bayi dan anak-anak bawah 2 tahun percuma. Makanan untuk animal feeds pun ada di jual. Nak tunggang Kuda @ Pony RM8.00 bayar di kaunter untuk dapatkan token.

Rabbit Garage

Sebenarnya pergi sini nak bagi surprise kat Faheem. Nak bagi main dengan arnab. Nak tengok dia brani tak usik-usik arnab ni. Ok tempat first skali masuk, pergi ke garage arnab. Eh panggil garage ke ni ? Macam pondok pun ada. Dalam ni ada lebih kurang 30 ekor arnab. Memang arnab yang comel-comel, ada yang manja ada gak lasak.
Haa tu diaaa kemain Faheem ni, brani sungguh dia. Siap bagi makan arnab. Arnab yang tak nak makan dipaksa-paksa arnab tu haha.. Pastu bila arnab tu lari, dikejarnyaaa..Sian arnab tu.... dah puas main arnab, aku bawa jenjalan tengok haiwan lain pulak yang ada kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni. 


Selain arnab ada haiwan lain gak kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni. Macam mini zoo dah kat sini. Ada kuda, lembu, monyet, kambing, kambing biri-biri, rusa dan lain-lain.. Takde la boring nak tengok arnab je. 

Angsa
Burung-burung
Monyet
Landak
Kambing dan biri-biri
Kuda @ Pony

Kandang Kuda dan tempat menunggang kuda. 
Haa, sebelum menunggang kuda, kena beli token dulu kat kaunter ya.. Kang kena patah balik dua tiga kali.. Tapi takde la jauh dari sangat sini ke kaunter. Cuma kalau kena masa berbaris rugi la nanti, terlupa token dah kena berbaris semula kan...
Meh tengok rusa pulak. Kalau tak silap aku ada lebih dari 10 ekor rusa kat sini. Ada dua jenis rusa. Satu yang atas ni, satu lagi yang bertompok-tompok.. Aku tak sure jenis apa. Ada beza tak raindeer dengan deer
Di kandang lembu dengan anak lembu. Ada satu lembu tu warna pink. Wow terkejut aku, nasib baik ada tanduk, kalau takde tanduk musykil gak aku hehe..

Jambatan gantung @ titi gantung..

Okeh selain dari arnab dan haiwan lain sebagai tarikan, kat Rabbit Fun Land ada tarikan tersendiri iaitu jambatan gantung @ titi gantung. Suka beno bebudak benda ni. Kalau ada banyak mesti lagi best. Lepas tu letak playground sekali. Perfecto... 👍👍👍
Tempat letak kereta | Parking kereta masa aku datang ni lengang je. Tak tau pulak kalau time ramai orang macam mana.. 

Okeh overall rumusan pasal Rabbit Fun Land Lenggeng ni. 

  • Tempat bermain arnab menarik gak sebab arnab pun banyak. 
  • Harga tiket masuk murah. RM8.00 (dewasa dan kanak-kanak)
  • Ada haiwan lain selain arnab. Memandangkan masih baru berpindah ke sini. Masih ada ada lagi kandang yang belum siap. Kalau siap nanti mungkin akan ada lagi haiwan lain nanti. 
  • Boleh katakan kalau nak ke sini santai-santai je. Kalau nak banyak haiwan atau expectation tinggi, korang pergi zoo la. Kalau kat sini santai-santai, boleh main arnab dengan buat animal feed. Bagi kambing makan, bagi kuda makan dan lain-lain. More kepada learning proses budak-budak. 
  • Lokasi : Agak terpencil tapi tak sesat la kalau cari. Waze ada. Kalau yang shopping kat Nilai balik boleh singgah sini
  • Sesuai untuk lawatan budak-budak sekolah..
Last but not least, kat sini ada jual daging arnab. Aku tengok ada kat dalam list menu ni mean ada la tu. Aku tak tanya pulak. Harga daging arnab whole rabbit RM60.00 dan kalau 1 packet Rabbit shoulder harga RM75.00 

Nak santai-santai hujung minggu takde aktiviti boleh datang sini bawa anak-anak. Harga pun RM8 takat ni. Berbaloi dengan harga. Bagi anak-anak kenal haiwan secara dekat. Apa salahnya kan.. Okeh details kat bawah ni. 


Rabbit Fun Land Broga berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan

Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, N.Sembilan 
Waze : rabbit fun land , Setul Lenggeng
Waktu operasi setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang

11 comments:

  1. oh dah pindah yer.. hahah duduk area semenyih pun tak tau pindah.. kena pergi ni nampak lagi menarik tempat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha hari tu pergi first time, terkejut tengok dah tutup yang kat broga tu.

      Delete
  2. boleh nk ke sana nanti masa cuti sekolah nanti...makanan luar boleh bawa masuk tak Daus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xleh bawa masuk. Tp parking x jauh boleh tgl mknan kt dlm kereta.

      Delete
  3. Salam tuan,
    Mohon share info ini dalam NS BEST yer. Tq Tuan

    ReplyDelete
  4. Sila tanya, u guna berapa lama jalan dalam fun land

    ReplyDelete
  5. Arnab yg hidup boleh beli tak...?

    ReplyDelete