Pages

Tuesday, January 3, 2017

Tak puas menginap di G Hotel Kelawai, Penang !

Dah lama tak lepak kat Penang. Sesekali datang dah macam-macam perubahan dah. Dari Jambatan Pulau Pinang kedua sampai ke Balik pulau terus ke Gurney. Fuhh memang lain la Pulau Pinang yang sekarang dengan yang aku duduk 11 tahun yang lalu. Jalan-jalan hutan menuju Balik Pulau dah cantik dah. Hotel-hotel pun banyak dah sepanjang jalan tu. Kemeriahan bazaar di Batu Feringhi. Escape Taman Extreme di Teluk Bahang.. 
Wow ternyata Penang makin memukau..

Kali ni datang short trip, masa dan peluang kena gunakan dengan sebaik-baiknya. Tu yang aku nak cerita ni. Sebenarnya tak puas tido semalam kat G Hotel Kelawai haha..

G Hotel Kelawai
Lokasi terletak bersebelahan dengan Gurney Plaza, Penang. Bertaraf 4.5 bintang, antara hotel mewah di Penang. Pot tidur malam tu. Fuhhh merasa hotel mewah. Check in pun dah malam. So kita layan saja apa yang menarik hati di G Hotel Kelawai ?


Ruang bilik besar, TV besar... 

Siap ada working desk lagi. Ini macam untuk orang korporat je. Bawa laptop sambil buat kerja. 

Yang paling best, semua channel SPORT ada !! Perghh terbaek. Yang minat bola macam aku ni, kalau check in hotel mesti check channel dulu. Ada sport ke tak ! Kebetulan hari tu weekend @ EPL Matchday ! Boleh layan bola. Manchesta Manchesta United.. 


Yang aku frust pasal GYM kat G Hotel Kelawai, buka 24jam kot ! Malam tu punya aku tak boleh tdo, kalau aku tau gym buka boleh pergi kuar peluh. Huh memang aku sendiri gak yang salah sebab tak tanya. Padan muka aku.. 



Pepagi subuh tu aku roger guest service. Tanya gym dah buka ke belum. Masa tu la dia cakap gym 24 jam. Geram je dengar... Apapun pulun jugak pagi tu. Sempat la berpeluh di treadmill 2km.

Okeh, next swimming pool. Macam biasa sekarang ni aku tengok trend hotel-hotel baru, swimming pool di tingkat agak tinggi dan boleh nampak pemandangan. Pemandangan kat sini cantik ! Boleh nampak gunung dan bukit. Walaupun masa agak terhad, aku tetap terjun gak aku walau 10 minit. Tak elok tolak rezeki. Orang dah bayarkan gunakan seelok-eloknya. 



Jam 8.30 pagi dah kena check out sebab ada aktiviti on schedules. Huhu sebab tu la aku cakap aku mandi pool 10 minit je. Nak merasa je. Tak puasnya lepak hotel ni. Takpe next time datang lagi. Kalau ada yang nak sponser. Dialu-alukan..kikiki..

Lepas checkout, terus pergi ke Escape Adventure Extreme Park, Teluk Bahang. Tempat tu memang terbaek untuk aktiviti lasak. Kalau aku ada masa nanti aku buat entri. 

2 comments:

  1. buatlah story aktiviti lasak tu. sempat nanti kita mai baca sini

    ReplyDelete