Friday, January 6, 2017

Pekena kopi di Coffee Shop Kuala Kangsar

The Shop Hotel Kuala Kangsar | Nak kata baru tak jugak nak kata dah lama tak jugak. Since 2013 rasanya. Dalam kategori baru gak la. Sebelum ni aku balik Kuala Kangsar tak prasan pun hotel ni. Hotel Hipster tu, nampak sempoi je hotel ni. Kalau nak tau The Shop Hotel ni antara hotel yang menarik kat Kuala Kangsar ni. Apapun aku datang lepak kat sini je, tak stay pun. Nak cuba coffee kat sini. Katanya ada Coffee Shop. 
The Shop Hotel Kuala Kangsar (kredit photo facebok the shop hotel)
Coffee Shop | The Shop Kuala Kangsar
Wow.. Coffee Shop so hipster. Belum minum lagi aku dah tertarik dengan Coffee Shop ni. Susunan dan dekorasi Coffee Shop ni memang menarik. Macam ni tiap-tiap kali balik Kuala Kangsar boleh pekena kopi kat sini. Best giler, tenang je. Amboii jauhnya pekena kopi kan... 
Pekena secawan coffee. Aku pun lupa coffee apa aku order. Lama sangat dah peram gambar ni. Kikiki maafkan daku. Tapi macam biasa menu Cappucino atau Mocha.. Harga standard harga Cafe-cafe Hipster yang lain. 

Bahagian luar Coffee Shop | The Shop Hotel Kuala Kangsar


Tudiaa selfie masa ni, misai wak doyok lagi. Sekarang takde dah misai ni. 
Next time kalau balik Kuala Kangsar, aku nak repeat lagi kat Coffee Shop ni. Aku rasa ramai lagi tak tau ada hotel area ni. Sebab lokasi agak terkeluar sikit dari Bandar Kuala Kangsar. Tapi tak jauh mana pun dalam 2,3 km je. Nak cari The Shop Hotel, ni ada alamat kat bawah. Sila waze..

The Shop Hotel, 

Jalan Seri Delima 2, 
Taman Seri Delima Ii, 
33000 Kuala Kangsar, 
Perak, Malaysia.

***Aku tak pasti dekorasi Coffee Shop sekarang, gambar aku upload ni pun dah lama. Kemungkinan ada perubahan susunan meja kerusi aku tak pasti. Yang pasti, best !!

Memandangkan aku tak bermalam kat hotel ni so aku tak dapat la ambik gambar dalam bilik. So aku google jela. Serius memang nampak menarik bilik-bilik The Shop Hotel. Ada peluang nanti boleh try check in kat sini. 
Kredit Photo Facebook The Shop Hotel

1 comment: