Jom tengok bahan-bahannya...
Bahan-bahan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special
- Sirap Teh C Special (Leaves)
- Serbuk Teh / Teh uncang
- Krimer sejat susu cair
- Ketulan Ais
- Air panas
Itu saja bahan-bahannya. Tapi ada satu masalah kat sini. Sirap Teh C Special daripada produk Leaves ada jual kat Sarawak je. Setakat ni aku belum jumpa lagi kat mana-mana hypermarket, minimart kat KL dan Selangor ni. Kalau takde syrup ni korang DIY jela. Pakai gula merah ke, pandai-pandailah haha..
LEAVES Teh C Special Syrup
Cara-cara nak sediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special
Mula-mula buat pati teh dulu. Bancuh teh dulu dengan air panas. Kalau boleh bancuh pekat kaw-kaw. Kalau takat nak minum segelas tu, bancuh sikit cukup ler. Janji dapat pati teh yang pekat tu.
Bila teh dah ready ! Letak tepi dulu. Ambil gelas lain dan kita start experiment. Tuang Sirap Teh C dalam gelas. Kalau boleh guna la gelas tinggi sikit. Brapa sukatan nak letak ni? Tuang je ikut suka, kalau banyak manis, kalau kurang tawar. Jadi letak la sedang-sedang.
Kemudian letak ketul ais. Ais jangan la besar-besar. Tapi isi sampai penuh yer.
Pastu masukkan krimer sejat atau susu cair. Korang tuang pelan-pelan yer, kena ingat jangan tuang sampai penuh gelas tu. Tinggal ruang untuk letak bancuhan pati teh tadi.
Dah selesai tuang susu cair. Baru masukkan bancuhan teh tadi. Tuang pelan-pelan.. Pastikan ada magic di situ. Jeng jeng jeng... Maka jadi lah Teh C Special atau 3 Layer Tea..
Lor gini je cara nak buat air teh C special ni. Tak la susah mana pun..
Gambar takde pasal aku ambik video. Takde sapa tolong ambik gambar hehe. Nak faham meh layan video cara aku menyediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special.. Zasss
Nak bukti Teh C Special ni terkenal di kalangan orang Sarawak ke tak ? Meh baca kat sini. Mee kolok dan Teh C special.
Aku pernah buat entri pasal cara nak sediakan Ice Milk Green Tea Ice. Free-free baca lah.
balik sarawak nanti nak kirim sebotol..agaknya lepas tak bawak naik flight?
ReplyDeleteBoleh kalau masuk dalam cargo.. handluggage tak lepas kot.
Deletelepas saya rasa. Sbb alcohol pun boleh hand carry 1 liter, rasanya ini tak ada masalah kot.
DeleteNk kirim gk. Hii. Nmpk biskut tuuu..
ReplyDelete