Pages

Thursday, March 9, 2017

Cara menyediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special

Teh C Special atau 3 Layer Tea ! Sedapnya.. .... selalu minum kat kedai je. Kali ni nak buat sendiri la. Kalau buat sendiri, anytime nak minum bancuh saja. Lagipun minum kat kedai kena bayar. Hehe.. Kalau buat sendiri pun kuar duit gak, tapi kuar duit sekali je boleh minum banyak kali kann.. Kalau nak tau, minuman Teh C special ni sangat terkenal di kalangan orang Sarawak. Lapisan bawah sekali dalam 3 layer tu aku panggil "gula apong"..  Tapi entri ni tak pakai gula apong, aku pakai sirap je. Ready made ! Lebih mudah dan rasa tetap sama.
Jom tengok bahan-bahannya...

Bahan-bahan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special 
  • Sirap Teh C Special (Leaves)
  • Serbuk Teh / Teh uncang
  • Krimer sejat susu cair
  • Ketulan Ais
  • Air panas

Itu saja bahan-bahannya. Tapi ada satu masalah kat sini. Sirap Teh C Special daripada produk Leaves ada jual kat Sarawak je. Setakat ni aku belum jumpa lagi kat mana-mana hypermarket, minimart kat KL dan Selangor ni. Kalau takde syrup ni korang DIY jela. Pakai gula merah ke, pandai-pandailah haha.. 
LEAVES Teh C Special Syrup

Cara-cara nak sediakan 
Teh C Special @ 3 Layer Tea Special 


Mula-mula buat pati teh dulu. Bancuh teh dulu dengan air panas. Kalau boleh bancuh pekat kaw-kaw. Kalau takat nak minum segelas tu, bancuh sikit cukup ler. Janji dapat pati teh yang pekat tu. 

Bila teh dah ready ! Letak tepi dulu. Ambil gelas lain dan kita start experiment. Tuang Sirap Teh C dalam gelas. Kalau boleh guna la gelas tinggi sikit. Brapa sukatan nak letak ni? Tuang je ikut suka, kalau banyak manis, kalau kurang tawar. Jadi letak la sedang-sedang. 
Kemudian letak ketul ais. Ais jangan la besar-besar. Tapi isi sampai penuh yer. 

Pastu masukkan krimer sejat atau susu cair. Korang tuang pelan-pelan yer, kena ingat jangan tuang sampai penuh gelas tu. Tinggal ruang untuk letak bancuhan pati teh tadi. 

Dah selesai tuang susu cair. Baru masukkan bancuhan teh tadi. Tuang pelan-pelan.. Pastikan ada magic di situ. Jeng jeng jeng... Maka jadi lah Teh C Special atau 3 Layer Tea.. 
Lor gini je cara nak buat air teh C special ni. Tak la susah mana pun.. 
Gambar takde pasal aku ambik video. Takde sapa tolong ambik gambar hehe. Nak faham meh layan video cara aku menyediakan Teh C Special @ 3 Layer Tea Special.. Zasss 
Apacam video ? First time buat ni. Aku sendiri teruja bila tengok menjadi haha.. Korang cuba lah. Tunggu apa lagi.. Sedap beb.. Jangan lupa subscribe youtube dausredscarz. Mana tau ada lagi tutorial lagi menarik nanti.


Nak bukti Teh C Special ni terkenal di kalangan orang Sarawak ke tak ? Meh baca kat sini. Mee kolok dan Teh C special. 


Aku pernah buat entri pasal cara nak sediakan Ice Milk Green Tea Ice. Free-free baca lah. 

4 comments:

  1. balik sarawak nanti nak kirim sebotol..agaknya lepas tak bawak naik flight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau masuk dalam cargo.. handluggage tak lepas kot.

      Delete
    2. lepas saya rasa. Sbb alcohol pun boleh hand carry 1 liter, rasanya ini tak ada masalah kot.

      Delete