Pages

Thursday, March 23, 2017

Pelancaran Kempen Doodle Your Moment di Shell Select

Shell Malaysia telah melancarkan kempen terbaru "Doodle Your Moment" yang merupakan kolaborasi bersama dengan Doodle Malaysia. Abadikan kenangan terindah di Shell Select. Wow, satu inisiatif yang sangat menarik ni.. Kali ni Shell Malaysia bukan saja prihatin terhadap destinasi yang dituju malah inginkan sesuatu yang lebih menyeronokan sepanjang perjalanan menuju destinasi. Aku turut hadir di majlis pelancaran ni. Aku dapat rasakan kelainan dan keunikan kempen Doodle Your Moment ni. 

Tahun lepas, Shell Malaysia berkolaborasi bersama artis-artis tempatan menghasilkan botol water2go edisi terhad. Kempen tersebut berjaya mendapat sambutan dari seluruh rakyat Malaysia. Jadi tahun ni, kempen "Doodle Your Moment" pula menyusul. Pasti lebih menarik.

Semalam (22 Mac 2017) berlangsung majlis pelancaran "Doodle Your Moment" di Shell Kota Damansara. Di sempurnakan oleh Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager Shell MalaysiaTrading Sdn. Bhd
“We believe that everyday journeys can be made better when it is spent at Shell Select, which are one-stop havens designed to refresh our customers and alleviate their worries. By collaborating with Doodle Malaysia, we aim to give customers a once-in-a-lifetime opportunity to turn their happy moments into hand-drawn doodles, which they can take away, cherish, and keep,” said Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

Di Shell Select, bukan setakat nak pam minyak je malah ia menjadi tempat rehat "Journey Refreshment" setelah penat memandu. Kita sebagai pemandu kita tau la kan, mengantuk la, stress dengan jem la, tak pun perut tiba-tiba lapar ! Kalau aku time-time macam ni, jumpa pam station kompom aku berhenti. Yang best kat Shell Select ada deli2go boleh singgah minum kopi dulu, rilek-rileks, kembalikan kesegaran sebelum meneruskan perjalanan. Kann.. Ditambah pulak dengan kempen "Doodle Your Moment" yang berlangsung sekarang ni pasti feel lebih lagi. Kita nak rakamkan kenangan terindah di Shell Select. Bagaimana ? Aku explain kat bawah nanti. 

Sempena majlis pelancaran..
Ms. Joey Liew, Retail Operations Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd, Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd and Mr. Joari Mohd Jaafar, Shell Malaysia District Manager for central areas, bersama Doodle Malaysia team di majlis pelancaran kempen terbaru Shell Select  – Doodle Your Moment
Ms. Joey Liew, Retail Operations Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd, Juan Villanueva, Concept Artist dan Mr. Au Tong Sing, National Sales Manager, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd meraikan kerjasama antara Shell Malaysia dan Doodle Malaysia dalam kempen terkini Shell Select - Doodle Your Moment.

Antara media-media dan jemputan yang turut menghadiri majlis pelancaran. 

Bersama dengan team Doodle Malaysia, Hebat-hebat mereka ni.. Hasil lukisan dan kreativiti mereka memang luar biasa. 
Fuhhh hebatnya... nampak tak hasil tangan Lyndon Loo | Comic Artist | illustrator. 
Lukis muka aku tak sampai 5 minit. Calit-calit Siap ! 
Ini Doodle aku lukis sendiri masa pelancaran. Comel tak ? Jangan main-main, menang contest ni.. 


Apa yang menarik tentang kempen Doodle Your Moment ni ? 

Okeh bermula 22 Mac 2017 hingga 26 April 2017 ni, pelanggan yang singgah berehat atau membeli barangan di mana-mana Shell Select boleh mengambil peluang sertai peraduan Instagram. Syarat mudah sangat, korang cuma :
  • Tangkap gambar selfie ke wefie di Shell Select tunjukkan keriangan dan kegembiraan korang. Sambil minum kopi ker, makan-makan ke, beli barang-barang ke..
  • Upload kat Instagram korang, 
  • Letak caption menarik,
  • & Hastag #Shellkita
Itu saja, mudah kan.. Haa, jangan lupa Publickan IG korang ya. (nanti tak jumpa) 


100 gambar pilihan terbaik nanti, gambar korang upload akan dilukis dan dicoret semula oleh Doodle Malaysia, kemudian dicetak pada barangan ekslusif dan diberikan kepada peserta sebagai token atau hadiah. Wow menarik tu.. Jangan lepaskan peluang korang. Aku pun nak join gak. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat www.shell.com.my/doodle

14 comments: