Monday, May 29, 2017

Tak puas bermanja dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Hari ketiga di Perth, Australia bersama dengan Ayden Averroes Travel. Jadual hari ni padat weh.. Hari ni kami akan ke beberapa tempat menarik dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Perth. Seawal 8.30 pagi dah terpacak depan aparment, destinasi pertama kami hari ni menuju ke Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Tempat apa ni ? Senang cakap Caversham macam zoo la. Caversham ni antara tempat menarik yang wajib pergi kalau ke Perth. Kat sini la korang akan jumpa kanggaroo, koala, wombats dan lain-lain.. 

Terletak kira-kira 20km dari apartment tempat kami tinggal. Setengah jam perjalanan naik bas. Tak jauh pun. Tapi kena ingat, nak masuk ke dalam ni kena bayar sendiri tau.. Takde dalam pakej Ayden.. Harga tiket masuk ke Caversham Wildlife Park ni 28Aud bersamaan dengan $$ Ringgit Malaysia, convert sendiri haha.. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Kalau ikut trip ni, biasanya akan ada zoo guide yang follow. Jadi lokasi pertama, kami di bawa tengok koala dulu...Jom.. 
Meet the Koalas !
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Haa sebelum jumpa koala wajib cuci tangan dulu dengan hand sanitizer . Amboi Koala ni, sensitifnya.. Nanti kalau ramai-ramai pegang takut kena jangkitan eh ? Apa motif eh, lupa nak tanya. Kalau ikut logik, ramai orang akan pegang koala ni nanti, jadi tak nak la ada kuman-kuman tersebar. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Lagi satu nak pesan, kena datang awal-awal ke sini. Orang ramai, kena berbaris panjang la jawabnya nak jumpa koala. Kalah retiss bhaahahaha... Sebahagian dari pelancong atau pelawat yang berbaris kat belakang-belakang kami. Rezeki kami sampai awal ! Maka berjumpa la dengan koala ni. Say 'Hii'... 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ala jumpa sekejap je, lepas possing ambik gambar, dah. Kejap beno, tak sempat nak manja-manja...
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ini la dia gerangan spesis Koala. Salah satu hidupan liar atau haiwan yang terkenal di Australia. Sedikit fakta tentang Koala ni. Hobi dia mentido je. 20 jam untuk tido saja, 4 jam bangun untuk makan. Huh.. 

Okeh lepas jumpa koala kami pergi tengok wombats dan kawan-kawan. Pebenda la wombats. Mula-mula aku ingat kelawar, pasal ada bat-bat kat selakang tu..
Wombats and the gangs !
Caversham Wildlife Park, Perth Australia




Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ini la dia Wombats ! Sejenis marsupial Australia. Berkaki pendek, dengar kata saudara kepada koala.. Yeker.. Google cakap, bukan aku cakap. 

Okeh sekitar dalam hall ni. Ada bettongs ?
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ular pun ada
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Burung Helang
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Burung Hantu
Macam-macam lagi spesis burung, dan haiwan yang terkenal di Australia. Tak sempat nak ambik gambar pasal abis masa berbaris nak photoshoot dengan wombats.. 

Okeh yang dinanti-nanti baru berkunjung tiba... 
Meet the Kanggarooooo !!
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Sekitar kawasan riadah bersama kanggaroo.. Jinak-jinak kanggaroo kat sini. Boleh food feeding lagi...
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Datang ke Australia, kalau tak jumpa kanggaroo macam tak sah. Jadi aku tak sia-siakan peluang, ni la sweet moment aku feeding kanggaroo. Jinak wehhhh. rileks je dok sebelah aku. Baru nak ajak tinju, tak jadi. 

Ni gambar kenang-kenangan bersama dengan pelancong dari Malaysia.. hehehe 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Elok plak kanggaroo dok tengah-tengah. Aku syak kanggaroo ni dah diajar untuk possing. Haha.. Kalau takut-takut nanti tak dapat makanan..

Last but not least.. 
The FARM SHOW !! 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Kat Caversham Wildlife Park pun ada show atau pertunjukan untuk tatapan pelancong. Kat sini panggil "The Farm Show" jadi korang jangan termiss pertunjukkan ni. Waktu pertunjukkan The Farm Show ialah jam 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 1.00 petang dan 3.00 petang.
Kami tengok show yang pukul 10.00 pagi. Dan apa yang menarik perhatian aku di The Farm Show ni, ada pertunjukan bagaimana anjing mengawal biri-biri, cara-cara nak shave biri-biri untuk dapatkan bulu dan lain-lain.. Selalu kita tengok burung-burung buat show, kali ni totally lain dari yang lain. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Aku share sikit video aku rakam masa kat The Farm Show. Aku dah upload dalam youtube.. Zaassss layann...
[Youtube] How Sheep Shearing for Wool Demonstration | Caversham Wildlife Park, Australia
"Time's up mike, need to go other place".. 
Fuhhh masa sangat mencemburui betul la. Aku syorkan trip ke Caversham ni dipanjangkan sikit. Tak puas la main-main dengan Kanggaroo... Haha.. Apapun, begitulah kisahnya di Caversham Wildlife Park. Seterusnya kami ke tempat-tempat menarik dan bersejarah sekitar Fremantle Australia

Friday, May 26, 2017

The Pinnacles View, Perth Australia | Terjadi akibat 'hidup' atau hakisan ?

Fuhhh sampai jugak ke aktiviti last hari kedua ni. Nak citer lumsum satu entri macam tak best je. Jadi aku buat entri satu-satu je la.. Okeh, selepas bermandian pasir di Lancelin Sand Dunes, kami ke satu tempat yang agak luar biasa jugak. The Pinnacles, Nambung National Park Perth, Western Australia. The Pinnacles ? Tempat apa ni ? Lor pergi tengok batu-batu je ? Jadi apa yang menariknya ? Terletak 125km dari Lancelin Sand Dunes, sejam setengah dari sana. 

Sebenarnya tempat ni menjadi menarik dan luar biasa sebab keadaan batu-batunya seolah-olah hidup. Dengar kata ada dua mitos berkaitan dengan kewujudan batu-batu ni. Pertama batu-batu ni dianggap hidup dan tumbuh. Keduanya mengatakan batu ni wujud sebab hakisan. Apapun kesahihannya masih belum terjawab lagi. Dorang masih mengkaji lagi sampai sekarang. Meh usha tengok batu-batu ni !
The pinnacles nambung national park
Nampak view belakang aku tu... Pelancong dan pelawat yang singgah ke sini. 
The pinnacles nambung national park
The pinnacles nambung national park
The pinnacles nambung national park
Haaaa, nampak tak batu-batu ni semua macam tumbuh menaik. Nak kata tumbuh pun ya, nak kata kena hakisan pun ya. Mana satu betul ni. Haha.. Tunggu je la kajian dorang nanti. Apapun ini semua antara ciptaanNya yang luar biasa. SubhanAllah..
The pinnacles nambung national park
Ehh, awak buat apa ni ? Tengah buat kajian eh !! Haha, sebenarnya aku tengah check wifi aku. Ada line ke tak?.. 
The pinnacles nambung national park
Caution ! Please do not climb on the Pinnacles
Dilarang sama sekali memanjat atas batu-batu ni. Risau batu ni rapuh dan patah yang mungkin akan menyebabkan keceredaraan. dan juga merosakkan batu-batu ni. 
The pinnacles nambung national park
This is no climbing. Just possing from the side. So you can see how big and tall this rock or Pinnacles is. Plese dont climb on top ! 
The pinnacles nambung national park
Apapun kisahnya, jawapannya yang pasti aku dah menjejak kaki di sini. Satu pengalaman yang luar biasa. 

Fuhh boleh tahan penat seharian berjalan ni. Tapi nama pun melancong, Baru la trill ! Puas hati kalau gini. Jauh perjalanan luas pengalaman. Selesai perjalanan hari ni dengan total lebih 200 km. Lepas ni balik apartment !. Mentido la dalam bas. Nanti aku cerita la hari ketiga dan seterusnya... 

Kalau rajin boleh baca entri-entri sebelum ni kat sini. Redscarz jejak kaki di Perth, Australia. 

Thursday, May 25, 2017

Watsons Malaysia bakal mengadakan Zumba terbesar di Malaysia !

Watsons Malaysia telah melancarkan Move Your Body Zumba 2017. Aktiviti Zumba ni merupakan acara tahunan Watsons Malaysia. Tahun 2017 Watsons Malaysia tampil dengan mensasarkan 10,000 penyertaan ! Perghh 10,000 !! Malaysia's Biggest Night Zumba, Fitness Party di Sunway Lagoon yang akan berlangsung pada 21 Oktober 2017 nanti. Tahun lepas Watsons telah mencatatkan lebih 5360 penyertaan zumba dengan tema Glow in the Dark.. Mampukah Watsons Malaysia memecah rekod kali ni. 

Bagi memeriahkan aktiviti zumba pada Oktober nanti, Watsons Malaysia telah menjemput beberapa presenter zumba dari luar negara @ international presenter. Wow.. aku yakin peminat-peminat zumba mesti -presenter-presenter zumba ni. Richard Gormley dari Canada, Nana dari Korea Selatan dan Henry Cendeno dari USA. Kenal tak ? Kalau kenal jom la turun zumba nanti.. Import dari luar negara tu.. 
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Presenter Zumba terkenal Malaysia dan Top Malaysia DJs
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Dari kiri : Alex Phang & Deno, Kit Mah, Dennis Yin and Chukies & Whakboii
Presenter-presenter zumba tempatan juga tidak kurang hebatnya ! Dennis Yin (Host Watsons Move Your Body Zumba 2017), Kit Mah (Watsons #GETACTIVE Ambassador), Deno Au & Alex Phang (Zumba Fitness) dan Chukies & Whakboii (Top Malaysia DJs) Fuhh aku pulak yang tak sabar.. 

Semalam masa kat launching pun dah meriah dah. Inikan kalau 10,000 orang !! Macam mana agaknya. Phewww... Apapun nak aku kasi pembakar semangat untuk korang. Layan ! Video Watsons Move Your  Body Zumba 2017. Persembahan dari Deno Au dan Alex Phang dari Zumba Fitness. 
Fuhh kaki dengan kepala dah gerak-gerak dah tengok video tu. Haha.. Memang best zumba ni. Baru 1,2 lagu dah berpeluh-peluh aku. 
"Watsons is known to champion innovative campaigns and empower the community around us. Watsons brands promise to Look Good, Feel Great is a continuous effort calling all Malaysian to be fit and healthy. This annual Zumba is one of our main drive to support the recently launch Watson #GETACTIVE campaign, aim to further promote the healthy living and positioning Watsons as the ideal health and beauty shopping place," said Caryn Loh, General Manager and Country Head of Watsons Malaysia.
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Watsons Malaysia Management
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Semasa pelancaran Pavillion Kuala Lumpur

Macam mana nak dapatkan tiket ZUMBA ni ?
Harga tiket Move Your Body Zumba 2017 
Haa, korang boleh dapatkan tiket Move Your Body Zumba 2017 berharga RM98.00 di semua Watsons Store sekitar Klang Valley dan Seremban, atau korang boleh purchase online di www.watsons.com.my Dengan pembelian tiket tu nanti korang akan dapat Micro Dry Tee, MedalWatsons Cash VoucherParty PackDrawstring Bag dan Sponsor's Voucher. Kalau nak murah lagi, korang purchase apa-apa brands terpilih di Watsons dan korang akan dapat diskaun 20%. Korang boleh tengok senarai sponsor dan participating brands kat bawah ni. 

Pelancaran Watsons Move Your Body Zumba 2017 di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ni. Turut dihadiri oleh semua sponsorship dan participating brands. Antaranya..


OFFICIAL SPONSOR
Official Venue : SUNWAY LAGOON
Official Apparel : ULTRON SPORT
Official Holiday Partner : PACKIST.COM
Official Mobile Games Partner : CHEQQME
Official Media: THE SUN, HARIAN METRO & ORIENTAL DAILY NEWS
Official Online Media: CARI.COM.MY
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Sponsor & Media 
Watsons Participating Brands
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Watsons Move Your Body Zumba 2017
Antara brand-brand yang terlibat dalam menjayakan Watsons Move Your Body Zumba 2017
AMMELTZ YOKO YOKO, BLACKMORES, BYE BYE FEVER, CHAMPS, FLAVETTES, KINOHIMITSU, NATURALLE, OPTIFREE, REDOXON, SCHOLL, BAUSCH & LOMB, BLINK, CEBION, EBENE, GAVISCON, KORDEL'S, NH DETOXLIM, PHARMATON, SALONPAS, SCOTT'S, WATSONS BRAND VITAMIN C, BEROCCA, BRANDS, CETAPHIL,
ESSANTIALE, HORLEYS, MCDAVID, NH NUTRI GRAINS, PROVITON, SANCTBAND &TOTAL IMAGE.


Jadi dapatkan diskaun 20% dari harga tiket, sekiranya korang purchase apa-apa barangan dari brand-brand kat atas ni. 

Geng-geng zumba !! Are you ready ??? Jomm sama-sama meriahkan Watsons Move Your Body Zumba 2017 oktober nanti.. Show your talent, your support ! See you there... 

#WatsonsMoveYourBody
#GetActive
#WatsonsMalaysia

Tuesday, May 23, 2017

Meluncur di Lancelin Sand Dunes, Perth Australia

Dari Moore River, dari sungai dan laut kami ke padang pasir pulak. Antara tempat meluncur pasir atau sandboarding kat Perth Australia. Tempat ni dipanggil Lancelin Sand Dunes ! Terletak lebih kurang 50km dari Moore River. Perjalanan dari Moore River ke sini ambik masa lebih kurang 40-50 minit. Actually sebelum sampai sini, kami singgah lunch dan solat dulu kat kawasan riadah. Makan bekal dari rumah(tips jimat)

Okeh kami tiba di Lancelin dalam pukul 1 tengahari. Aku pelik kenapa la tengahari buta datang tempat macam ni. Jam 1 tengahari kot, dikala matahari memancar terik. Huh.. Takpe la, dah alang-alang ikut trip, layankan je la. 

Turun je dari bas, perghhh sejukkk rupanya haha.. Walaupun cuaca terik tapi sejuk dingin dan berangin. So jom kita meluncurrrr....
Lancelin Sand Dunes
Haa nak meluncur kena ada papan luncur atau board. Jadi kena sewa la, harga $10AUD / 2 jam. Kongsi-kongsi la, 1 board 2 orang ke, 3 orang ker.. Terpulang pada masing-masing. Tapi aku syorkan korang kongsi ramai-ramai. Ramai yang give up nanti. Haha.. sampai ada board terlebih. 

Bermulalah pendakian.. 
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand DunesLancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Sand Dunes
Nampak tak ? Tinggi gak benteng pasir ni.. Tu yang aku cakap ramai give up tu. Nak meluncur pasir ni kena kental, nak naik atas tu yang penat. Nak turun tak sampai seminit pun... Jom layan video aku sandboarding ! Meluncur pasir.
Fuhhh dua kali tergolek der.. Tak penah luncur pasir kan.. Orang meluncur kat salji, kami meluncur kat pasir. Merasa gak meluncur. Memang best giler main ni. Layan abisss sampai berpasir-pasir satu badan. Haha...Ada banyak lagi video lain tapi nanti la kompile. 

Dah cukup dulu.. Ini baru cerita satu hari je ni wehh.. Belum habis lagi aktiviti sehari ni.. Next la aku sambung.. The Pinnacles Park View.. Apa-apapun korang layan je ok. Mana tau nak pergi Perth. Rajin-rajin nanti baca Pakej Percutian Ke Perth, Australia