Wednesday, May 3, 2017

Pakej Percutian 5H4M ke Perth Australia dengan Ayden Averroes Travel

Hampir 5 jam lebih debaran dalam penerbangan Airbus AirasiaX, akhirnya sampai juga di bumi Perth. Fuhh festime dok dalam flight lama-lama gini. Kebas rasanya haha.. Catatan sejarah tercipta dalam nota kehidupan. Tak leh nak bayangkan perasaan aku masa landing tu, gembira ada, cuak ada, excited pun ada. 
Perth International Airport | Western Australia

Memang aku masih teruja dengan Pakej Percutian murah ditawarkan oleh Ayden Averroes Travel. Dengan harga serendah RM1999 korang boleh melancong ke Perth Australia selama 5 hari 4 malam. Harga termasuk tiket flight, tempat penginapan dan bas pelancong. Mana nak cari travel agensi boleh bagi harga murah gini. 
Pakej 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia

RM 1999  (dewasa) 12 tahun ke atas
RM 1799 (kanak-kanak) 2-12 tahun
RM 500 (bayi) 

Boleh bayar ansuran pulak tu !! Deposit serendah RM400 dan korang bayar la sampai selesai. Itu belum aku cerita lagi tempat-tempat menarik yang akan korang pergi kat Perth nanti. 
Haa, untuk urusan percutian kami, segalanya diuruskan oleh Pakej Murah-Murah Kak Joyah juga merupakan travel agent under Ayden Averroes Travel. Memang terbaek ! Senang dan mudah sangat nak berurusan. Korang boleh usha-usha facebook Kak Joyah ni. Dari tiket flight dan visa semua dorang setelkan. 

Meh aku perincikan lagi apa yang termasuk dan tak termasuk dalam pakej ni. Dengan harga yang korang bayar ni, mesti tak percaya ! Haha.. So first skali yang Termasuk dalam Pakej :-


TIKET PENERBANGAN 
PERGI BALIK KL-PERTH-KL (AIR ASIA)

Tiket wajib ada la kan. Kalau tak de tiket takleh terbang. Hahaha... Visa Travel Agensi akan uruskan. Datang bawa beg je. 

PENGINAPAN 
THE ALDERNEY ON HAY APARTMENTS
Dah sampai Perth, terus ke tempat penginapan. The Arderney On Hay Apartments. Yang teletak di 193 Hay ST East Perth. Puas hati bak ang tengok apartment ni. Semua kelengkapan dia ada. 2 Bilik tidur 1 bilik air. Korang tengok kelengkapan rumah bawah ni. Full furnished !
Ruang Tamu (TV, Sofa)
Bilik Tidur (Tilam / Selimut / Aircond / Alarm / Safety Box )
Dapur (Peti sejuk / Periuk / Sudu / Garfu / Pisau / Cawan / Gelas / Jug Kettle / Microwave Oven, Electric Stove)
Bilik Air (Tuala mandi / Tangan/ Lap kaki/ Hair dryer )
Dobi (Washer / Dryer/ Iron / Vacuum Cleaner)
Fuhh memang lengkap apartment ni. Kalau nak masak-masak semua perkakasan dah ada. Bawa barang untuk dimasak je. 

PENGANGKUTAN
VALENTINO HOLIDAY 
Sepanjang 5 hari kat sana, pengangkutan utama kami menaiki bas. Bas pun tip top, selesa dan puas hati. 

Dalam Pakej Percutian Murah ke Perth ni, cover banyak tempat-tempat menarik. Antaranya tempat-tempat menarik kat Perth :-
  • Caversham Widlife Park
  • Blue House Swan River
  • Kings Park & Botanic Garden
  • The Pinnacles, Nambung National Park
  • Lancelin Sand Dunes
  • Watertown Brand Outlet Centre
  • Moore River
  • Fremantle :-
* Fremantle Market
* Fremantle Prison

* Fremantle Esplanade
* Maritime Museum
* E-Shed Market
* Kailis' Fish & Chip Cafe



Banyakkan.. Apa lagi nak ?? 
Haa lagi satu, travel agensi disediakan seorang TOUR GUIDE. Orang Malaysia gak jangan risau, kang bagi omputih kang tak faham cakap omputih plak kannn.. Ni nak habaq, atas ni tour guide kami hari tu.. Sempoii dan sporting abis. ON TIME !! Rindu lak suara dia.. Haha..  Dari airport KLIA ke Perth sampai balik KLIA dia uruskan. Thorbaekk !!

Okeh yang Tak Termasuk dalam Pakej pulak ! 

MAKANAN & MINUMAN
Makan sendiri - Travel agensi tidak menyediakan makan dan minum

LUGGAGE
Juga tidak disediakan, jika mahu beli baggage boleh berurusan terus dengan travel agensi. Harga standard luggage RM110 untuk 20kg. Nak beli pergi atau balik tu terpulang pada masing-masing tapi kena ingat polisi maksimum 7kg sahaja untuk hand luggage. 

ENTRANCE FEE
Tiket masuk ke Caversham Wildlife Park ($28 Aud) dan 
The Pinnacles View ($7Aud)

Tu je yang tak termasuk. Membeli belah ke apa ke tu duit poket sendiri la.. Haha 

Meh nak tunjuk sikit tempat-tempat menarik kat Perth.. Bakar line sikit ! 

Dan banyakkkkk lagiii.... tunggu nanti aku up lagi story pengalaman kat sana. Overall aku sangat berpuas hati dengan Pakej Percutian 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia bersama Ayden Averroes TravelDari segi persiapan, servis agen, penginapan, tentative perjalanan aku boleh bagi 9/10. Yang tengah merancang-rancang tu jangan teragak-agak lagi. Kalau nak travel bajet, pakej melancong mampu milik, aku syorkan Ayden Averroes Travel. Realisasikan impian korang.. 

Sebelum pergi melancong nanti, korang boleh baca tips persediaan percutian keluar negara. In Shaa Allah boleh bantu korang nanti. Tak banyak, sikit pun jadi la. 

15 comments:

  1. Wahhh bleh byr ansur2.. Jom g tmpt lain lak... Heheh

    ReplyDelete
  2. Menarik betul boleh buat ansuran. Nanti nak contact mereka.

    ReplyDelete
  3. Fuhhh..cantiknya Perth....menarik juga pakej yang ditawarkan ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh boleh bayar secara ansuran, menarik ni!

    ReplyDelete
  5. Cantiknya perth! pakej pun menarik :)

    ReplyDelete
  6. bestnya....rasa nak pergi lagi lah.... murah gak pakej ni..

    ReplyDelete
  7. Klu utk pakej di sana berapa ye tiket flight kami dh ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM....SY ADA KWN BUAT SEWA HMSTAY KAT SANE..MURAH JE DPT... BOLE KNTEK SY

      Delete
    2. NK CONTACT NO HOMESTAY TU

      Delete
  8. ADA KE UNTUK TARIKH 20-24 DEC 2018.
    HOW MUCH???

    ReplyDelete
  9. As Salam... Boleh arrange untuk 6 hari 5 malam ke

    ReplyDelete
  10. Lebih kurang 10 peserta

    ReplyDelete
  11. Saya plan nk pgi pd 11-15 ogos 2019 sekeluarga 6 pax. Boleh tlg arrange x?

    ReplyDelete
  12. Salam ada tak pakej antara tarikh 23-30 mac 2019 ni?

    ReplyDelete