Tuesday, June 6, 2017

Susu Kambing Coklat Etsumell dengan campuran Oat | Tips anak-anak tahan berpuasa

Kejap je masa berlalu, hari ni lebih 11 hari dah berpuasa. Tahun ni Akif mula belajar berpuasa, tahun-tahun sebelum ni bukan tak belajar puasa tapi masih kecik lagi, main-main. Cuma tahun ni tahap serius tu tinggi sikit. Risau gak aku, kawan-kawan sebaya dah ada yang puasa penuh dah. Akif ni dah la badan keding je, risau gak aku makan tak cukup nanti pengsan ke apa. Hehe..

Sebelum puasa baru ni, ada sembang ngan member-member pasal tips nak bagi anak-anak tahan berpuasa. Ada yang kata makan tu la, makan ni la tapi Akif ni tak makan sayur, daging, telur, ikan pun pilih-pilih. Ada member syorkan kat aku, susu kambing tapi perisa coklat. Katanya siap ada campuran Oat. Dok fikir-fikir, susu kambing coklat ni dah pekat tambah pulak oat, padat la isi dia. Boleh kenyang ni. Lagipun bukan untuk kanak-kanak je susu ni, seisi keluarga boleh minum. Ibu mengandung, ibu tengah menyusu, warga emas pun boleh minum. So takde hal la kalau tiba-tiba Akif tak nak minum, aku pun boleh minum.

Etsumell Choc Goat Milk Plus Oat
Haa, ni la susunya. Etsumell Choc Goat Milk Plus Oat. Jadi aku dapatkan sekotak untuk stok bulan puasa ni. Aku dapat sebelum puasa tu lagi. Aku saja bancuh bagi Akif minum, alhamdulillah, Akif suka. Yes, lega la aku dia nak minum. Walaupun susu kambing tapi tak terasa pun, rasa coklat tu yang Akif suka. 

Sebenarnya kandungan dalam Susu Kambing Etsumell ni bukan sekadar susu kambing dengan serbuk koko dan oat je, tapi dorang menggabungkan beberapa bahan tambahan. Dan apa yang pasti bahan tambahan tersebut adalah makanan sunnah dan berkhasiat. 
Okeh, antara makanan tambahan yang terkandung dalam Susu Kambing Coklat Etsumell ni,
Seperti buah delima, kurma, kismis, madu, Manna gum, black seed, biji apricot. Fuhh memang padu lah.. Makanan-makanan sunnah tu... 

Jadi kesimpulan untuk beberapa hari minum susu dan berpuasa ni. Akif dah mampu untuk berpuasa. Cuma ada 2,3 kali tu je tertinggal sebab terlepas sahur dan tak sihat. Sian dia.. Hehehehe.. Meh nak tengok muka Akif bangun sahur.. Mengantuk ngat ehhh. Harus la paksa, kalau tak, macam mana nak belajar kan.. Tips untuk anak-anak belajar puasa. 

Etsumell Choc Goat Milk Plus Oat
Etsumell Choc Goat Milk Plus Oat
Susu Kambing Coklat Etsumell bukan takat mengenyangkan malah boleh meningkatkan tenaga. Puasa di siang hari, malam lepas berbuka, Akif rajin gak turun berterawih kat surau. Lepas terawih ingatkan dah penat, sambung pulak tengok tv. Huihh takpe la, biar la dia, takde la lewat sangat, tengok-tengok dah terlentang depan tv.

Kalau nak tau, ada kelebihan dan khasiat Susu Kambing Coklat Etsumell ni. Antaranya 
  • Membantu sistem penghadaman
  • Untuk ibu mengandung, secara tidak langsung merangsang hormon susu ibu dan sebagai milk booster
  • Khasiat Oat dan Kurma untuk kenyang lebih lama dan beri tenaga tambahan
  • Khasiat DHA, Kismis dan Madu membantu meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak-kanak.
  • Perisa coklat dapat membuka selera anak-anak
Dan banyak lagi sebenarnya. Kalau ada anak-anak yang baru nak belajar puasa tu, cubalah.. 

Apapun kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh dapatkan terus maklumat dari link kat bawah ni. Bagus susu kambing ni..

Instagram: @etsumell_hq
No. Telefon: 011-23451742

Haa lagi satu, pihak pengurusan Etsumell mengalu-alukan korang jadi stokis / buat dropship ke.. Boleh buat income lebih, nanti dapat lebih leh la berbelanja untuk Hari Raya... Cuba lah, katanya keuntungan dalam 25% ke 35% gak tu. Jangan tunggu lama-lama.. 

Okeh, selamat minum susu kambing dan selamat menjalani ibadah puasa... Assalamualaikum w.b.t

3 comments:

  1. Memang bagus anak² minum waktu sahur, bertenaga sikit mereka berpuasa.

    ReplyDelete
  2. sedap susu ni...sy suka minum pagi,kenyang sampai tengahari

    ReplyDelete