Pages

Friday, June 2, 2017

Surya Apple Cider Vinegar dengan campuran Madu memang sedap !

Pernah tak minum Apple Cider Vinegar (ACV)? Eh korang tau ke tak apple cider ni? Cuka Epal. Macam pernah dengar je kan. Sama la aku dulu-dulu. Tak ambik pot sangat pun. Kalau yang biasa minum apple cider ni dia tau la khasiat dan kelebihan-kelebihannya. Apapun, sejak aku dah tau kelebihan-kelebihan apple cider ni, aku pun mula ambik pot. Aku mula mencari-cari, sebelum ni aku beli kat pasaraya je, apa brand pun aku hentam je masa tu. Janji nama apple cider. Haha yela baru nak try kan. 

Aku sebenarnya pun baru amalkan minum Apple Cider awal tahun ni dan aku baru ni aku dapat Apple Cider lagi baik punya. Haha.. Sebelum aku share pasal Apple Cider Vinegar yang baru aku dapat ni, meh aku share sikit khasiat dan kelebihan-kelebihan Apple Cider ni.

Antara kelebihan-kelebihan dan Khasiat Apple Cider Vinegar (ACV)

1. Weight loss
Okeh pertama skali, tujuan aku beli apple cider ni sebab aku nak turunkan berat badan. Menurut kebanyakkan sumber, apple cider ni antara formula terbaik untuk turunkan berat badan. Mengurangkan ketagihan gula dan meningkatkan detoksifikasi. Mengurangkan kadar kalori dalam makanan berkhabohidrat tinggi.

2. Detox

Haa bagus ni, untuk detox gak. Tak semestinya blend buah-buah ke sayur ker, minum apple cider pun boleh jadi detox. Membantu mengimbangi pH badan  dan merangsang rangsangan kardiovaskular, usus motilitas dan saliran limfa. Antara punca-punca utama pedih ulu hati adalah pH perut tidak seimbang dan kekurangan enzim dan probiotik. Apple cider cuka penuh dengan semua nutrien ini. Elok sangatlah amalkan apple cider ni.

3. Boleh membunuh Candida (Yis) and Boost Probiotik
Berjuta-juta orang di seluruh dunia berjuang dengan candida dan yis. Kesan-kesan sampingan boleh menjadi nafas berbau, kekurangan tenaga dan isu-isu pencernaan. ACV mengandungi probiotik dan sejenis asid yang menggalakkan pertumbuhan probiotik yang membantu membunuh candida. Mengambil 1 sudu apple cider cuka tiga kali sehari sebagai sebahagian daripada membersihkan candida.

Apa plak Candida ni ? Dikenali juga sebagai CandidiasisCandidiasis ni sejenis penyakit bawaan kulat ataupun yis yang menyebabkan jangkitan di tubuh manusia.

4. Mengimbang gula dalam darah dan memperbaiki Diabetes

Penyelidikan perubatan dah membuktikan bahawa asid asetik yang terdapat dalam cuka epal cider boleh mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin dan maklum balas insulin

5. Tekanan darah rendah
Dalam satu kajian 12 minggu tahun 2009, mereka mendapati bahawa memakan epal cider cuka menurunkan trigliserida dan tekanan darah dengan ketara.

Surya Apple Cider Vinegar (ACV)
Surya Apple Cider Vinegar ACV
Okeh, ni la stok baru Apple Cider Vinegar aku. Stok lama dah abis, tu aku cuba yang lain pulak. Surya Apple Cider Vinegar dengan campuran madu. Serius yang ni lebih sedap dari yang aku beli sebelum ni. Bagi aku light sikit sebab ada madu. Kalau rasa sedap macam ni aku rasa nak amal hari-hari takde masalah. 2 sudu besar untuk secawan air suam, tak puas minum. Hehehehe... Yang sebelum ni bukan tak ok, mungkin aku tak tahan kot. Kaw sangat. Lambat aku nak abiskan haha. Jadi kejap minum kejap tinggal.
Surya Apple Cider Vinegar ACV
Surya Apple Cider Vinegar (ACV) memang sesuai amal time bulan puasa ni. Makan berbuka tak sedar diri punya. Haha at least lepas berbuka minum secawan Apple Cider ni, Insha Allah dapat menuetral atau balancekan kandungan PH dalam badan. Sebab tu aku mention awal-awal kelebihan-kelebihan apple cider ni. Senang la korang faham kesinambungannya. 

Surya Apple Cider Vinegar ACV
Sedikit info tentang Surya Apple Cider Vinegar ni adalah buatan tempatan, terbaeklahhh, mendapat Certified dari HACCP, bahan yang digunakan tanpa pengawet dan tiada gula ! Guna madu asli plak tu.. Nice!.. Dan yang paling penting, ada sijil Halal. Dan tak perlu was-was nak minum. Kebanyakkan Apple cider yang aku jumpa kat pasaran ni banyak brand dari luar negara. Jadi faham-fahamlah.. 
Surya Apple Cider Vinegar ACV
Jadi jom la amal sama-sama, bukan nak turun berat badan je, tapi nak kekal sihat dan bertenaga. Lagi-lagi bulan puasa ni, nak kejar ibadah, tenaga kena tiptop gak kan..  Nak cari kat mana ? Senang je nak cari Surya Apple Cider Vinegar (ACV) ni. Kat Watson ada jual. Harga kat watson RM21.00 . Nak beli online pun banyak, LAZADA pun ada... Kalau nak tau lanjut boleh tengok terus kat FB dan IG bawah ni.. 


#SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu #SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu
#SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu #SuryaACV #RasaSayangSemanisMadu

9 comments:

  1. baru tengok botol je dah terbayang apple cider ni sedap..belum rasa lagi.ke sebab puasa..emm..bagus produk macam ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. Memang sedap rasa ACV ni..nanti nak beli lagi

    ReplyDelete
  3. Dah try...dapat hilangkan rasa sebu di perut selepas terlebih makan.

    ReplyDelete
  4. Banyak khasiat dia, nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  5. wahhh ade jual kat watson ke... nice...

    ReplyDelete
  6. wah banyak yer kelebihan cuka apple ni..boleh try

    ReplyDelete
  7. Banyak khasiat dia , mmg sedap kalau buat air

    ReplyDelete
  8. himalaya rm31.70 buy 2.

    ReplyDelete