Pages

Saturday, June 10, 2017

Teh Ais Madu Bazaria Pantai Dalam memang sedap..

Terus terang cakap, aku sebenarnya tak gemar pergi bazaar ramadan. Bukan tak suka tapi aku kadang-kadang tak suka crowded. Penat-penat balik kerja pastu nak bersesak-sesak. Tapi aku pergi gak sekali skala kalau tak sempat masak, atau dah jemu tak tau nak makan apa. Aku bukan boikot ye.. Haha. 
Okey, antara makanan favourite aku kat bazaar ramadan. Urm, armm, urm.. serius aku takde idea apa favourite aku kat bazaar. Pelik, nak kata ayam percik ke, bubur lambok ke, roti john ke, murtabak ke tak jugak. Kalau beli pun bila dah pergi dan terbeli je. Pergi bazaar semata-mata nak cari makanan favourite tu memang takde lagi. Tapi kalau air minuman aku suka TEH AIS. Bukan sebarang teh ais.. Dari jauh kalau nampak tu perghh terliur. Itu pun sejak Ramadan tahun lepas, aku terjebak dengan teh ais kat bazaar ramadan Chandan Puteri, Kuala Kangsar. Along Teh Peng Pior ! Memang Kaw... Aku memang tertunggu-tunggu balik Kuala Kangsar, nak pergi tapau teh peng pior ni. Tapi aku tak sure tahun ni ada ke tak.

Belum sempat balik kuala kangsar, dah nampak pulak teh ais versi madu pulak kat KL. Aku terjumpa kat timeline Instagram aku. Member-member gak post kat ig. Memang takleh jadi ni. Tengok kat IG pun dah tak tahan. Maka merempit la aku mencari teh ais ni. 

Alhamdulillah, jumpa ! Berdebo-debo rasanya. wakakaka...Teh ais je pun.. Aku risau gerai tutup la. 
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand 
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
Kat mana jual Teh ais madu ni ? 
Okeh, lokasi Teh ais madu ni kat Bazaria Pantai Dalam. Kira-kira 20 minit dari Batu 9, cheras. 20 minit ni masa naik moto, kalau naik kereta lagi lama sikit. Jem.. Dah sampai korang cari la dalam bazaar ramadhan tu.. In shaa Allah ada sepanjang bulan Ramadan ni.. 
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
Fuhhh geram je tengok. Teh ais madu kaw punya.. 
Harga Teh Ais Madu..

  • Harga bekas kecik RM1
  • Harga bekas besar RM2
  • Harga dalam plastik RM3

Dah alang-alang datang aku tapau 2 bungkus plastik. Fuhh baru pegang pun terasa aura.. 
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
KAK IEKYN TEH AIS MADU | Original From Narathiwat Thailand
Setelah sekian lama tak minum teh ais sedap, akhirnya dapat gak aku merasa ! Fuhh nak cari teh yang pekat kelat kaw sedap ni bukan senang. Alhamdulillah selepas berbuka baru boleh komen. Jadi komen aku "Memang sedap" TAPI haa ada tapi-tapi.. yang tak syoknya, sampai rumah ais dah cair, kena topup ais lain. Maka ini menyebabkan hilangnya beberapa % dari rasa sebenar. Apapun teh ais ni sedap.. 

Kalau ada lagi Teh ais sedap kat area KL yang korang tau, roger-roger la. Yang jauh-jauh tak nak la.. Kalau kesempatan boleh gak terai.. Selamat membazaar...

3 comments:

  1. Sama la dengan ena, tak gemar sgt pergi bazaar tapi kat bazaar tula banyak makanan.. hahaha sedap pula tengok teh ais madu tu.. huaaaa

    ReplyDelete