Wednesday, July 5, 2017

Pengalaman pertama kali membakar lemang sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum, salam Syawal, maaf zahir dan batin. Macam mana raya ? Meriah ke so-so je ? Apapun semoga semuanya bergembira di hari mulia ni. Aku ? Ok je, biasa-biasa saja cuma tahun ni aku nak rakamkan kenangan pertama kali bakar lemang. Dah bertahun raya tapi belum pernah bakar lemang sendiri. Kalau teringin tu beli je..

Akhirnya tahun ni berjaya gak bakar lemang.. Walaupun penyediaan tu bukan aku yang buat tapi secara teori aku tau. So tugas aku bakar lemang.. 8 batang semuanya. 4 batang lemang biasa, 4 batang lagi lemang jagung.
projek raya bakar lemang
Bagi aku tugas membakar lemang ni lebih mencabar. Kena pandai bermain dengan api.. haha. Yang biasa main api ni mesti terror kan..

Seawal jam 2.00 petang, hari last bulan Ramadan. Bersiap-siap untuk bakar lemang. Cuaca panas terik, fuhh menduga gilerr.. kali pertama nak bakar lemang plak tu. Tapi serius cakap nak sediakan tempat bakar lemang lagi mudah dari tempat bakar ayam ke bbq ke.. Sekejap je aku pasang dah siap. Dengan api sekali petik terus menyala dan menyalaaa...
projek raya bakar lemang
Maka bermula proses mengemudi api.. Berpeluh-peluh aku, apabila bahang api dan bahang matahari bergabung.. Meletupp !! Tertengok plak anak kecik ni minum air sunquick sejuk.. Ya ampunnn sabar je la... 

Patut la bahang nak hujan rupanya petang tu.. 
projek raya bakar lemang
Siap berpayung lagi aku.. Syukur hujan renyai-renyai je, masih boleh la meneruskan #projeklemang ni. Haha...
Hampir 2 ke 3 jam meredah bahang, akhirnya siap dan terlajak siap lemang aku.. 
projek raya bakar lemang
Perghh yang rentung ada, keras macam batu pun ada, yang jadi pun ada.. 4 batang yang pertama tu kira cuba try testing la.. Suku batang je yang tak boleh makan. Bahagian atas tu boleh makan. 

Untuk 4 batang trip kedua tu menjadi semuanya, alhamdulillah.. 
projek raya bakar lemang
Lemang jagung
projek raya bakar lemang

Lemang biasa
Yang menjadi je aku tunjuk.. Bhaahaha yang tak jadi tu bagi ayam makan. Silap-silap tercekik ayam nak telan. Hahaha... 

Kesimpulannya, kalau beli lemang kat tepi jalan ke, harga sebatang tu RM15-18 tu, tak yah la nak minta kurang. Kau tak tau seksanya bakar lemang tu.. Fuhh terbako rasanya.. Tambah dorang bakar bulan puasa. 

Apapun #projeklemang mungkin akan diteruskan pada masa akan datang kemahiran tu tak pupus.. 

Okeh, selamat hari raya.. #rayakansebulan

5 comments:

  1. hehe, bagus ambik pengalaman bakar lemang ni, sebab ramai orang suka ambik pengalaman makan lemang je...termasuk la IQ. hehe

    ReplyDelete
  2. Siap berpayung lagik tu.. hehehe.. Menjadi lemang tu.. Berjaya nampaknya..

    ReplyDelete
  3. lemang jagung sedapnya... xde rezeki sy nak bakar lemang tahun ni

    ReplyDelete
  4. wahhhh selalu beli je hehe...tp kalau dpt experience cun jgk

    ReplyDelete
  5. serius...bukan mudah nak bakar lemang tau..kena penuh dengan kesabaran ..tapi bila dah menjadi tu hilang penat...kipidap untuk 2018..hehehe

    ReplyDelete