Apa tu Miang Kham ?
Miang Kham ni sejenis makanan dari Siam @ Thailand. Baru ni member aku balik dari Utara tapaukan Miang Kham untuk aku. Idok la aku tau macam mana nak makan benda ni. Dah alang-alang dia belikan aku kena makan gak la. Rugi oo tak makan.
Rupa-rupanya Miang Kham ni memang famous kat Siam, Thailand. Kalau kat Siam, Miang Kham ni dinikmati sebagai pembuka selera. Korang tengok bungkusan kat bawah ni. Ni la Miang Kham. Ini yang kita tapau la, kalau makan kat kedai tu lain la cara hidangan dia.
Apa yang ada dalam bungkusan Miang Kham ni :-
Daun Kaduk
Bawang merah
Cili padi
Kacang tanah goreng
Limau
Kerisik (Kelapa)
Udang kering
Halia
Sos Miang Kham (Wajib ada)
Daun Kaduk
Bawang merah
Cili padi
Kacang tanah goreng
Limau
Kerisik (Kelapa)
Udang kering
Halia
Sos Miang Kham (Wajib ada)
Tengok macam pelik je kan. Makan mentah-mentah gitu je. Tapi selepas aku rasa, perghhh sedappp. Rasa macam tak cukup je sepeket ni. Cara nak makan Miang Kham ni, korang ambik daun kaduk tu, lepas tu letak semua bahan-bahan atas daun kaduk, kemudian lipat-lipat daun kaduk tu. Pastu makan !! Macam makan sirih.. Jom tengok aku buat food tasting kat youtube. Kat situ leh tengok cara makan Miang Kham ni. Layann...
Nampakkan betapa sedapnya mengunyah Miang Kham ni... Korang cuba la, tapi nak kena cari kat Restoran Thai la. Itupun kalau ada jual. Kalau takde tengok je la. Hehe..
Apapun jom support dan SUBSCRIBE Channel Youtube aku, tinggalkan komen dan Share video kalau menarik.. banyak lagi video-video akan datang. So stay tuned !
Youtube Channel : Daus Redscarz
Youtube Channel : Daus Redscarz
Youtube Channel : Daus Redscarz
alaaaaa...fav SA ni....sedapnyaaa
ReplyDeletenak cuba la
ReplyDeletePernah cuba sekali ..boleh tahan jugak rasanya..semua rasa ada
ReplyDeletealahai, tengok step2 letak bahan, lepas tu last skli mula la terliur tengok makan miang kham..hehe
ReplyDeletexpernah makan.. maybe bila de peluang nnt boleh try la
ReplyDelete