Assalamualaikum
korang semua, dah ada perancangan untuk pergi bercuti ? Korang tau tak ada tips untuk bercuti dengan lebih menguntungkan? Ni aku nak bagitau ni, selain cari
hotel yang murah, korang juga perlu bijak mencari promosi-promosi yang
mengancam macam promosi yang tengah hangat dijalankan oleh Traveloka. Bayar murah tapi puas hati.
Ada yang merancang nak pergi Langkawi tak ? Pada korang
yang teringin atau merancang pergi berjalan ke Langkawi, pulau yang paling terkenal dan popular di
Pantai Barat Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi yang
paling menguntungkan. Bukan setakat hotel, sekali dengan penerbangan diskaun
sebanyak RM188. Korang yang tak pernah sampai tu, masa ni la rebut peluang sementara harga promosi.
Promosi
Traveloka kali ini menawarkan diskaun sebanyak RM50 (jangan lupa masukkan kupon
SEAFLYLGK) dengan harga flight minimum sebanyak RM150. Lepas dah beli tu korang
akan dapat email kod potongan harga hotel pula sebanyak RM138 dengan minimum
harga hotel sebanyak RM300 untuk 2 malam.
Boleh
la korang plan percutian sepanjang 3 hari 2 malam ke Langkawi dengan jumlah
potongan harga sebanyak RM188. Perghhh jimat kan!
Lain-lain
syarat untuk potongan harga hebat Traveloka ni.
- book penerbangan ke Langkawi hanya
menggunakan Traveloka App
- Booking period ini hanya untuk
masa terhad je!
- Booking period flight :
21 Julai (Jumaat) - 23 Julai (Ahad)
- Booking period (hotel): selepas
terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb
Julai.
- Travel period : Anytime!
Book dulu, travel anytime.....
Best ke pergi Langkawi? Mestilah best. Banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat kat sana walaupun dah pergi berkali-kali. Keindahan pantai, keunikan pulau-pulau yang ada di sekitarnya dan air laut yang jernih yang menjadi tarikan pengungjung dari dalam dan luar negara.
Best ke pergi Langkawi? Mestilah best. Banyak aktiviti yang menarik boleh dibuat kat sana walaupun dah pergi berkali-kali. Keindahan pantai, keunikan pulau-pulau yang ada di sekitarnya dan air laut yang jernih yang menjadi tarikan pengungjung dari dalam dan luar negara.
Bagi
orang Malaysia, aku rasa memang suka shopping coklat, pinggan mangkuk, gamat
dan lain-lain sebab Langkawi pulau bebas cukai. Tapi banyak lagi tempat-tempat
menarik yang korang boleh explore dekat Langkawi.
Antara
aktiviti lain yang korang boleh buat ialah island hopping. Aku suggest korang
ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Payar. Pulau Payar ni antara pulau terbesar
di Langkawi. Pulau Payar ni adalah salah satu syurga snorkeling bagi peminat
hidupan laut. Selain menikmati pemandangan yang cantik, kat sini la aku rasa
korang dapat tengok baby shark berenang-renang di kaki korang. Kat pulau-pulau
lain boleh nampak jugak tapi korang kena berenang dalam sikit. Kat sini
tepi-tepian pantai je dah boleh tengok.
Pulau Dayang Bunting ni ada tasik yang sangat cantik. Kononnya, jika ada masalah
kesuburan, mandi-manda kata sini sebagai cara untuk berubat. Macam-macam versi
cerita yang aku dengar.
"Salah satu yang aku ingat, pasal seorang puteri kayangan nama Mambang Sari dan Mat Teja yang jatuh cinta pada puteri tu. Demi memikat Mambang Sari, Mat Teja kena dapatkan air mata duyung dan sapukan pada muka dan leher (dah macam minyak pengasih pulak). Mambang Sari ni melahirkan anak, tapi anak dia tak panjang umurnya. Mambang Sari semadikan dekat tasik ini. Lepas tu Mambang Sari balik ke kayangan semula, tapi sebelum tu dia sempat bacakan jampi untuk penawar kepada sesiapa yang mempunyai masalah mendapatkan anak. Itu mitosnya la. Percaya jangan, dengar boleh. Pulau ni juga jika dilihat menyerupai bentuk seorang wanita hamil yang tengah baring. Apapun, pulau ni memang cantik dan tak rugi untuk datang tengok sendiri."
Bila ke
langkawi ni, jangan lupa juga untuk jalan-jalan tepi pantai yang cantik macam
Pantai Tanjung Rhu. Air yang jernih dan pasir pantai yang halus, sangat best
untuk bersantai-santai dan menikmati udara laut. Pantai Tanjung Rhu ini juga
dikatakan antara pantai tercantik oleh CNN.
Kalau
nak tengok matahari terbenam pula, pegi la ke Pantai Tengah. Kat sini tak
sesibuk Pantai Cenang dan banyak aktiviti sukan air macam jetski dan
parasailing sementara nak tunggu petang dan menikmati pemandangan matahari terbenam
yang cantik.
Nak mencabar lagi korang boleh naik kereta kabel atau cable car. Sebenarnya aku tak pernah naik lagi. Ni yang buat aku nak repeat lagi. Jom Langkawi, sapa nak teman aku..haha..
Nak mencabar lagi korang boleh naik kereta kabel atau cable car. Sebenarnya aku tak pernah naik lagi. Ni yang buat aku nak repeat lagi. Jom Langkawi, sapa nak teman aku..haha..
Jadi sapa-sapa yang ingin berjalan, melancong, short trip ke Langkawi,
cepat-cepat set reminder untuk dapatkan promosi yang menarik ni. Harga yang
ditawarkan di Traveloka jauh lebih murah, malah lebih murah dari Matta Fair. Traveloka
App adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan sebanyak 15million
muat turun. Download la Traveloka App sekarang atau layari laman web Traveloka untuk
promosi berbaloi-baloi ni
Taknak
ke Langkawi? Check je destinasi pilihan lain di https://www.traveloka.com/en-my
Langkawi memang destinasi pilihan. seronok!
ReplyDeletetak pernah sampai sana lagi .. one day la. bnyak betul kan pilihan pakai traveloka ni ..murah2 oih
ReplyDeletepernah book dengan traveloka tempah hotel..ok la not bad.
ReplyDelete