Thursday, August 31, 2017

Huawei P10 merupakan pilihan smartphone aku !

Teknologi smartphone sekarang ni tumbuh bagai cendawan. Belum sempat nak godek-godek phone sendiri, dah kuar pulak model baru. Fuhh laju giler. Baru-baru ni aku terserempak dengan member aku, dah pakai Huawei P10. Giler smart. Mmmbooii cepat je dia sambar. 

Macam biasa la, kalau dah member pakai smartphone canggih, satu hari bercerita pasal phone pun tak abis. Bukan apa paling banyak sembang pasal gambar je.


tudia try selfie sikit..
Kalau nak tau Huawei P10 ni antara smartphone paling latest sekali. Terjebak aku dibuatnya.. Apa lagi aku terus google la survey. Nak tengok gak spesifikasi, apa teknologi dia pakai. Mana tau mampu milik. Harga pun mesti meletup gak ni. Hehe.

Aku kalau bab phone ni, yang aku paling cerewet bab camera, storage dengan bateri. Gambar nak cun meletup pastu nak storage besar haha.. Demand tak ? Haha..


Meh aku nak share sikit hasil dari survey aku. Beberapa spesifikasi yang memang nampak "wow"...
Dynamic Illuminination
 1. Dual Camera 
Pertama sekali bab camera, perghh pakai dual lens tu front dengan rear. HUAWEI P10's Leica Dual Camera 2.0 dua SUMMARIT-H lens dengan F2.2 aperture. 4K shooting, 20 MP+12MP sensors, ada Optical Image Stabilisation ( mengurangkan kadar gegaran) , Superior low-light photography. Semuanya buat gambar korang lebih jelas dan cantik.
Leica front camera
Front camera sehingga 12MP tu. Aku punya sekarang baru 5MP je. Rear camera P10 ni pulak 20MP.. Memang terbaiklahh..

2. Storage
Dengan Huawei P10, boleh dapat storage sehingga 64GB untuk internal memory dan support MicroSD card sehingga 256GB. Tudiaaa memang puas hati la storage besar. Takde la time nak ambik gambar kena delete gambar lain sebab "Memory out of space"... Haha...
Kirin 960
3. Platform & Processor
OS : Android 7.0 (Nougat)
Chipset : HiSilicon Kirin 960
CPU : Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A73 & 4x1.8 GHz Cortex-A53) Chipset Kirin 960 ? Lajuuuu tu.. Nak generate apps, main game, browsing lepas ni laju la. Digabung pula dengan HUAWEI Ultra Memory Tehcnology yang dapat menguruskan compression memory, recycles serta load apps dengan cepat. "Speed of life" katanya..

4. Bateri & Fast Charging
Bateri 3200mAh dan fast charging. Tang bateri bagi aku, standard. Yang penting boleh fast charging. Phone ni kalau pakai lasak memang bateri phone tak tahan tapi tu la, kalau boleh fast charging, ok sangat dah.

Smart Touch
5. Display
Display Huawei P10 ni IPS-NEO LCD, 16M colors,
Size phone ni 5.1 inches (~71.2% screen-to-body ratio)
Resolution sehingga 1080 x 1920 pixels (~432 ppi pixel density) Corning Gorilla Glass 5

6. Rekabentuk 
Rekabentuk P10 memang sangat menarik dan kelihatan exclusive. Ada 8 pilihan warna untuk Huawei P10 yang exclusive iaitu Ceramic White, Dazzling Blue, Dazzling Gold, Prestige Gold, Graphite Black, Mystic Silver, Rose Gold dan Greenery.

7. Harga RM2000++ 
Harga aku dah kata dah, memang boleh tahan gak. Tapi pada aku, kalau tengok spesifikasi dengan keupayaan Huawei P10 ni memang sangat-sangat padan. Phone ni canggih kot. Lagipun phone terkini ni bukan kita nak pakai sekejap je. Aku sebagai pengguna hardcore, aku anggap sebagai satu pelaburan. Alah membeli, menang memakai.  

Haa kenapa aku tak stick harga tetap? Aku letak ada ++ tu.. Sekarang ni korang try servey harga online. Macam-macam harga keluar. Ada RM2300, ada Rm2200 bawah RM2000 pun ada. Tengok harga bawah RM2000 terkejut. 

Fuhh dari spesifikasi yang aku survey ni, memang sesuai dengan trend sekarang. Gaming, photography, media sosial, online transact, apps lain-lain lagi.  

Haa, aku tanya la member aku beli kat kedai mana. Dapat harga murah ker ? Dia cakap beli online je.. Dia mention sekarang ni banyak website online yang trusted. Adakah anda pernah beli online? Jika ada kongsilah pengalaman anda ya :


4 comments:

  1. Menarik tertarik tengok spec dia..tang harga tu yang lemah..hihi

    ReplyDelete
  2. saya pakai vivo v5 siti nurhaliza je. murah je rm1299.

    ReplyDelete
  3. seronok tengok hp canggih2 ni, tapi rege pun canggih lahai

    ReplyDelete