Friday, August 18, 2017

Percutian 3 Hari 2 Malam di Hotel Ramada Phuket Devana, Patong Thailand

Sawadikappp !! 
Bermula percutian 3 hari 2 malam di Phuket Thailand, travel ke-2 aku ke luar negara tahun ni. Tak sangka sampai juga akhirnya di bumi Thai ni. Plan asal nak ke Krabi, last-last ke Phuket. Apapun Phuket juga antara destinasi tumpuan dan terkenal di Thailand. Ramai pelancong-pelancong asing datang melancong ke sini... 
#redscarzXphuket
Sebelum ni aku ke Perth Australia berdua, kali ni kami bertiga. Aku, Abah Careno (Blogger Viral the making) dan Faizal Fredley (Travel Blogger No. 1 Malaysia) Berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menaiki pesawat Malindo Air. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Untuk info korang, waktu kat Thailand lewat sejam. Jangan lupa setting jam. Kalau kat smartphone biasa automatik.
#kembarakbba9 di Phuket
Alhamdulillah tiba di Phuket International Airport, Thailand dengan selamat. Penerbangan selesa dan smooth. Selesai imigresen dengan bagasi terus ke balai ketibaan. Sungguh unsangkarable ketibaan kami di sambut oleh pihak hotel di lobi airport. Terasa macam VVIP rasanya hehe.. Next destinasi kami nak pergi Check-iN hotel dulu. Mana ? Hotel Ramada Phuket Deevana, antara hotel mewah di Phuket. Hotel terletak di 45/1 Raj‐U‐Thid 200 Pee Road, Patong, Kathu District Phuket. Okeh nak ke hotel Ramada Phuket Deevana ni mengambil masa lebih kurang sejam gak dari airport. Sapa-sapa plan nak ke arah Patong nanti better ambik flight awal. Sampai airport pun dah kul brapa pastu nak ke Patong lagi. Abis masa dalam perjalanan je nanti. 
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Hotel Ramada Phuket Deevana
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Tiba di Hotel Ramada Phuket Deevana, kami disambut lagi oleh receptionist hotel. Bukan takat sambut je, siap kalung bunga lagi.. Wowww terharunya.. Hilang terus rasa penat haha.. Staff-staff hotel memang peramah dan mesra. Kejap-kejap "Sawadikap"...
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Kenapa kami pilih Hotel Ramada Phuket ?


Lokasi hotel berdekatan dengan Pantai Patong | Patong Beach dan Bangla Road. Dua-dua ni antara tempat menarik di Patong. Berjalan kaki dari hotel lebih kurang 8-10 minit saja. Sepanjang perjalanan ada banyak kedai-kedai tepi jalan. Bukan kawasan yang sunyi. 

Hotel Ramada Phuket Deevana Room Type

Selama 3 hari 2 malam aku menginap di hotel ni, aku boleh described yang aku sangat selesa. Bukan takat bilik yang selesa tapi dengan fasiliti yang diberikan mencukupi. First skali wifi la, wifi laju giler.. Portable wifi yang kami bawa pun untuk guna kat luar je. Persekitaran pun bersih. Antaranya fasiliti yang disediakan seperti cafe, gym, swimming pool, spa, kid's club, transport dan lain-lain. Entri kali ni aku citer lebih kepada pengalaman menginap kat hotel ni serta fasiliti. 

Nak tengok tak bilik tempat kami stay? 
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Deluxe Room Type
Haa, ni la bilik kami. Bilik Duluxe, ikutkan bilik 1 Queen Bed saja, tapi as per request kami dapat sorang satu katil. Bahaya kalau tido sekatil ni, bukan apa kang ada yang mengigau nanti haha.. 
Kat Hotel Ramada Phuket Deevana ni ada 4 type bilik. Salah satu bilik yang kami stay tu Deluxe Room Type. 
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Standard Room Type
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Premier Room Type
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Suite Room Type
Cantik-cantik kan bilik, apa yang pasti setiap bilik yang kita stay ni mempengaruhi mood percutian. Betul tak? Dapat bilik lawa dan selesa seronok bercuti. Hilang rasa penat. Jangan banding pulak dengan travel backpackers, tu lain, backpackers tak kisah pun nak tidur mana, asal ada tempat tidur pun dah memadai. Tak efek mood dorang pun. Hehe.. 

The Cafe, Ramada Phuket Deevana

Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Selain bilik aku teruja dengan Cafe, bukan takat makanan banyak pilihan tapi yang lebih menarik, hotel menyediakan makanan halal (served halal food). Fuhh lega rasanya, pilih makanan tanpa was-was. Boleh rasa menu macam-macam.. 
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Logo Halal pada menu
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand

Lunch di Hotel Ramada Phuket Deevana

Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Main Menu
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Dessert
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Air minuman
Breakfast di Hotel Ramada Phuket Deevana
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Sedap-sedap makanan kat sini. Kalau nak tengok lagi lanjut pasal apa yang kami lunch dan breakfast kat hotel ni boleh klik sini | Hotel Ramada Phuket Deevana Served Halal Food

Fasiliti-fasiliti di Hotel Ramada Phuket Deevana

Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Swimming Pool
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Kid's Club
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Gym 
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
Percutian di Hotel Ramada Phuket Deevana Phuket Thailand
SPA @ Massage 
Rasa macam malas je nak kuar hotel haha, nak lepak hotel je. Tapi tu la kan, dah datang tempat orang takkan nak dok hotel saja haha.. Jadi kesimpulannya, aku puas hati dengan bilik, layanan yang diberikan, dan apa yang paling aku suka, served HALAL food. Memang aku syorkan | recommended for Muslim traveler atau pelancong Muslim untuk menginap di sini. Okehh la nak pergi berjalan-jalan dah... 

Korang boleh tengok maklumat lanjut kat bawah ni.


Website : Ramada Phuket Deevana

Alamat : 45/1 Raj‐U‐Thid 200 Pee Road, Patong, Kathu District Phuket
Facebook : Ramada Phuket Deevana
Instagram : Ramada Phuket Deevana

No comments:

Post a Comment