Friday, September 29, 2017

Viral Aisy Faheem umur 2 tahun hafal nama Dinosaurs

Viral Aisy Fahem yang umur baru 2 tahun dah boleh hafal nama-nama Dinosaur. Baru ni saja test Aisy Faheem teka nama-nama dinosaur ni sebab dia minat sangat Dinosaurs ni. Fuhh, sekali rakam je dia boleh bagi tau nama-nama dinosaur ni. 

Sebenarnya bukan semua dinosaur dia hafal tapi dalam 6 ekor gak tu. 6 tu pun dah kira hebat. Nama-nama dinosaur ni dah la panjang-panjang, pastu tergeliat lidah nak sebut. Haha korang tengok la video ni..


Jangan lupa SUBSCRIBE youtube channel kami di DAUS REDSCARZ CHANNEL. Kalau menarik kasi LIKE & SHARE..

Sunday, September 24, 2017

Showroom.car Apps cara mudah untuk survey kereta secara Online

Toyota Wish idamanku.. Belum apa-apa dah berangan haha.. Senang cerita, sekarang ni aku pakai Toyota Vios. Tahun ni masuk tahun ke-8 dah pakai Vios ni. Tinggal setahun lagi abislah loan. Fuhh lega.. Tapi belum abis dah berangan, bila nak abisnya. Okeh kenapa aku berangan.. 

Keluasan dan keselesaan
Anak 3 orang, 2 dah bersekolah, sorang lagi baru 2 tahun. Bukan tak muat tapi kadang-kadang sempit bila time pergi berjalan atau balik kampung. Beg saja dah berapa, bawa pula stroller si kecik tu terus penuh bonet. 

Manual vs Auto
Vios aku pakai sekarang model J manual, jadi agak terkesan gak bawa bila berjalan asyik jem je. Tau la kan jem kat Kuala Lumpur ni macam mana. Even sekarang ni pun kalau perjalanan jauh masuk highway pun selalu jem. Stress oo jem kat highway. Asal sangkut je, mula lah cakap nak tukar auto nak tukar auto.. 

Value
Kenapa aku berangan nak tukar awal-awal? Kenapa tak tunggu lama lagi. Okeh, bukan apa value kereta ni makin lama makin turun. Kalau aku tunggu lagi lama silap-silap takde harga kereta aku nanti. Kalau tempoh tahun depan ni aku rasa masih ada value dan duit tu la aku nak buat downpayment nanti. Bayar downpayment tinggi sikit, dapat la kurangkan bayar bulanan. 

Survey kereta Kat mana nak survey kereta recon ni ? Sebenarnya aku pun tak tau nak survey kat mana sebelum ni. Sama ada aku mungkin akan tanya kawan-kawan atau pergi survey sendiri kat showroom atau kat premis jual kereta terpakai. 

Aplikasi Showroom.car
Sampai la aku diperkenalkan dengan apps showroom.car ni. Memang senang sangat nak survey kereta idaman pakai apps je. Tak perlu susah-susah cari kedai dulu. Meh aku tunjuk sikit cara nak guna apps showroom.car ni. 

Cara nak guna apps showroom.car
1. Download Apps Showroom.car di Google Play atau Play Store dan Install
2. Select Condition(All, New, Used, Recon) Select Car Make, Select Model, State, Max Price dan search..
3. Untuk more spesifik klik pada Advanced Search. Kat situ boleh choose year, mileage, range price dan lain-lain.
Showroom.car apps
4. Results search dah kuar. So pilih la mana-mana.. 
5. Contoh pilihan 2011 Toyota Wish 1.8 harga RM102,000 then boleh check details lagi..
6. Check Dealer's Profile, contact dealer. 
Tu je, senang kan pakai apps. Cari je nak kereta apa. Nanti apps tu akan filterkan mengikut apa yang korang nak. Aku dah nampak dah sikit-sikit bayangan. Korang boleh tonton video bawah ni. 
Ada tutorial dalam video ni. Kalau tak boleh play korang klik sini. Cara paling mudah nak survey kereta secara online. Tunggu apa lagi download apps showroom.car di Google Play dan App Store, jimat masa dan jimat tenaga. Doakan aku murah rezeki, dapat drive kereta idaman.. Amin.. 

Friday, September 15, 2017

Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif Vs Aliah

Pernah dengar permainan Crocodile Dentist tak ? Kalau translate ni macam doktor gigi buaya  !! Haa biar betul permainan ni. Tukang cabut gigi buaya eh ? Tak la, ni permainan je dengan toy dia. 

Main crocodile dentist ni senang je.. Buka mulut buaya tu, pastu tekan gigi dia. Sapa salah tekan kena gigit.. Ouchhh... Kalau nak main ni kena ada partner baru best. Pastu kena create rules masing-masing untuk sapa yang kena gigit. Baru la rasa gementar nak tekan gigi tu.. 
Kali ni Akif dan Aliah akan buat Crocodile Dentist Challenge dengan beberapa rules yang simple. Challenge kali ni aku bagi denda yang simple, mungkin akan datang buat lagi mencabar baru la best.. 
Boleh saksikan full video Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif Vs Aliah di Youtube
Okeh jangan lupa SUBSCRIBE, COMMENT dan tinggalkan LIKE pada video. Terima kasih.. Banyak lagi video akan datang.. 

Wednesday, September 13, 2017

Special Thai Cuisine from kitchen | The Cafe Ramada Phuket Deevana

Masa menginap di Ramada Phuket Deevana Hotel tempoh hari, kami berpeluang merasai beberapa menu special masakan Thai yang disediakan khas oleh Chef Hotel untuk makan malam kami. Seperti yang aku maklum sebelum ni, hotel Ramada ni menyediakan makanan halal. Jadi kurang la bebanan memikir nak cari tempat makan halal tu. 
The Cafe Ramada Phuket Deevana
The Cafe Ramada Phuket Deevana 
Lebih kurang jam 7 malam, kami turun ke Cafe. Segalanya dah siap hidang. Fuhhh memang hidangan special lah. Yang aku tunjuk ni baru food tasting, belum lagi buffet dinner malam tu. Banyaknya nak makan. haha.. Yang seafood lover memang makanan dia ni...
The Cafe Ramada Phuket Deevana
 Tex Mex Tuna Pizza
The Cafe Ramada Phuket Deevana
The Cafe Ramada Phuket Deevana
 Seafood Phermidor
Gabungan udang, sotong, ketam, mussels.. Macam lasagna pun ada. Fuhh mantap sekali.. 
The Cafe Ramada Phuket Deevana
 Mushroom Soup
The Cafe Ramada Phuket Deevana
Vanilla Prawns
Udang tepung salad fruit. Sedappp !!
The Cafe Ramada Phuket Deevana
The Cafe Ramada Phuket Deevana
Alhamdulillah kenyangnya.. semua pakat senyap je, menikmati makanan haha. By the way, selain dari menu special ni, ada je buffet dinner macam kebiasaan hotel-hotel. Kalau tak silap aku, hotel ni selalu tukar menu-menu buffet. Haa, macam tu la best, takde la makan menu yang sama je.

Kalau korang berkesempatan menginap di sini, jangan lupa try masakan-masakan ni. Puas hati.. 

Alamat : 45/1 Raj‐U‐Thid 200 Pee Road, Patong, Kathu District Phuket
Instagram : Ramada Phuket Deevana

Sunday, September 10, 2017

Terokai sejarah The Round House, Fremantle Perth Australia

Dari Kailis' Fish Market, Waterfront kami ronda-ronda ke sekitar Fremantle. Fremantle ni sebuah bandar pelabuhan di Australia Barat juga merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan Perth. Terkenal dengan sejarah maritimnya juga seni bina Victoria. Antara tempat bersejarah yang sempat kami singgahi kat Fremantle, iaitu The Round House
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Dibina sekitar tahun 1830 tahun dulu. Antara bangunan tertua di Perth, Australia. Perghh lama dah tu tapi struktur bangunan masih kukuh lagi. Bangunan ni pernah dijadikan sebagai lokap polis atau penjara satu ketika dulu. Juga dikenali The Round House Prison.
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Precinct, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
Flags Flown
The Round House Fremantle, Perth
The Fremantle Time Ball & Time Gun

Pemandangan di dalam The Round House, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Well
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Curfew Bell
Fuhh seram sejuk rasanya masuk dalam ni. Peninggalan sejarah untuk tatapan pelancong asing mahupun penduduk tempatan. 

Pemandangan dari luar dan atas The Round House, Fremantle, Perth Australia
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Pemandangan lautan biru menawan hati dengan angin yang bertiup dingin.. Fuhh rasa macam nak repeat dua tiga kali.. 
The Round House Fremantle, Perth
The Round House Fremantle, Perth
Fremantle Tram 'Hop-On-Hop-Off'
Actually my bad. Ada beberapa kelemahan entri ni. Masa ni memang datang tengok-tengok, possing-possing je, tak terfikir pun nak tanya penjaga bangunan pasal sejarah The Round House ni. Bila nak buat entri ni baru macam "Alamak, kenapa aku tak ambik tau pasal benda ni, tak ambik gambar ni"... Banyak tergantung, sebab bila google sana sini untuk dapatkan info, macam menarik je kisah The Round House ni. Ada fungsi tersembunyi tentang struktur bangunan tu, ada tujuan tiang bendera tu dibina, apa fungsi meriam tu dan banyak lagi. 
Apapun, kelemahan ni aku jadikan lesson learn untuk diri aku sendiri untuk improve dan semoga pengajaran ni juga berguna untuk reader-reader yang baru nak belajar travel macam aku.
Maka selesai persinggahan sebentar di The Round House, Fremantle, Perth Australia. Next ada lagi tempat menarik sekitar Perth untuk dilawati. Tunggu yaa.. entri slow sikit.. Haha..


Boleh baca perjalanan dari mula sampai ke Perth dan tempat-tempat yang dah aku pergi sebelum sampai ke sini. Percutian ke Perth Australia.

Lunch di Kailis Fish Market Waterfront Fremantle, Perth Australia

Lepas dari Caversham Wildlife Park, singgah sebentar untuk makan tengahari di Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle. Antara tempat makan terkenal dan famous di Perth. Bukan tarikan dari kalangan penduduk tempatan je, malah pelancong-pelancong luar pun datang makan kat sini. Fuhh memang ramai orang kat sini dan tempat pun menarik. Sebelah jeti je. Boleh nampak bot-bot dan kapal-kapal layar berlabuh. Serius nampak real macam kat obersea.. Wakakaka... 
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Ala-ala fast food gak. Most seafood. Ada banyak pilihan tapi pilih lah yang paling murah sekali kalau nak berjimat. Haha Sekadar merasa bak kata orang.. Kalau ada bajet terpulang la.. 
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Fish n Squid
Aku order Fish n Squid memang sedap dan harga pun sedap. Harga cuma AUD$16++ Tapi kalau convert ke Ringgit Malaysia hmm.. Makan sambil menitis air mata.. Sebatang fries pun tak boleh tinggal. Kena habissssskan.. 

Makan-makan gak, kalau ikut trip kena makan cepat sikit. Boleh ambik gambar pemandangan kat sini. Tempat ni sangat cantik, korang siap-siap la camera korang, jangan miss pemandangan cantik sekitar Kailis Waterfront Fremantle ni.. Kalau lambat-lambat lagi, kena jerit dengan tour guide haha..
Kailis' Fish Market, Waterfront Fremantle
Cantik kan tempat ni dengan laut biru.. Rasa macam nak repeat je.. Apapun kenangan yang tak leh lupa kat sini, 'makan sambil ingat belen duit'... nangess.. 


Lepas lunch kami santai-santai sekitar Fremantle, antaranya tempat bersejarah The Round House Prison

Boleh baca percutian ke Perth Australia 5 hari 4 malam.

Thursday, September 7, 2017

Watsons Syok Sale Carnival sempena Ulangtahun Ke-7 Watsons VIP Card !

Watsons Malaysia meraikan Ulangtahun Ke-7 Watsons VIP Card pada 5 September 2017 baru ni di MyTown Shopping Centre, Cheras. Watsons Syok Anniversary.. 
Tahniah Watsons Malaysia atas ulangtahun ke 7 ini. 

Sapa tak kenal Watsons, tempat paling mudah nak dapatkan personal care dan aku salah seorang pemegang Watsons VIP Card ni. Okeh, kalau nak tau berkenaan dengan Watsons VIP card ni, mula diperkenalkan pada tahun 2010 lagi, sekarang dah anniversary yang ke 7 VIP Card ni.

Watsons VIP Card Milestone
Info milestones 
Korang tengok sendiri milestone atas ni, pemegang-pemegang Watsons VIP Card ni meningkat setiap tahun. Sekarang ni dah mencecah angka 4 juta lebih. Wowww hampir 15% daripada rakyat Malaysia ada Watsons VIP card. Fuhh hebat-hebat.. #watsonsmalaysia #watsonsrewards

Watsons Syok Sale Carnival
Sempena sambutan ulangtahun ke-7 ini, Watsons Malaysia turut meraikan pemegang-pemegang Watsons VIP Card ni dengan mengadakan Watsons Syok Sale Carnival yang akan berlangsung bermula 5 September sehingga 2 Oktober 2017 di beberapa tempat iaitu :

One Utama Shopping Centre 
Ground Floor Centre Court
6 - 10 Sept 2017, dan

Sunway Velocity Mall
Vanity Atrium
26 Sept - 1 Oct 2017



Sempena Karnival Syok Sale Watsons ni, pemegang Watsons VIP Card akan menikmati pelbagai kadar diskaun menarik serta giveaway baucer shopping dari Watsons. Korang boleh shopping sakan di karnival tu nanti. Sambil bershopping kumpul lagi Watsons VIP points.


Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang sediakan sepanjang karnival ni untuk pemegang Watsons VIP Card ni, antaranya bertemu dengan selebriti-selebriti Watsons, korang disajikan dengan pertunjukkan tarian zumba, pertandingan mewarna, pertunjukkan memasak, beauty workshop pun ada, pemeriksaan kesihatan secara percuma, boleh la datang buat health check dan last but not least peluang bertemu dengan pelakon popular TVB, Sharon Chan dan Elaine Yiu yang turut hadir memeriahkan karnival Syok Sale pada 10 September nanti. 


Ada berita baik untuk pengguna Grab sepanjang bulan September ni, Watsons Malaysia dengan kerjasama Grab memberi berpeluang menikmati rebate menaiki Grab melalui promo code.  Kod promo "GRABWATSONS" sebanyak RM15 rebate menaiki Grab. Boleh redeem 2x tu. Jimat-jimat !!! Tertakluk kepada pengguna baru Grab dan 5000 penebusan yang pertama saja. Jangan lupa Download Grab Apps untuk redeem promo code tu.. 


Kempen "Spot and Win".. Haa, kalau korang terserempak denga Grab dengan sticker Watsons. Cepat-cepat pergi snap dengan Grab tu post kat Instagram, mana tau gambar korang terpilih jadi pemenang. 10 gambar paling banyak LIKE akan mendapat sejumlah 1,000,000 points Watsons ! Perghh banyak tu.. #watsonsmalaysia #watsonsrewards

Fuhh tunggu apa lagi cepat sign up Watsons VIP Card..

Benefit atau kelebihan Watsons VIP Card
  • Keahlian seumur hidup
  • Tawaran hebat lebih 1000 #watsonsrewards di merhcant terpilih
  • Dapat 1 mata setiap RM1
  • Bayar guna mata, 200 mata bersamaan dengan RM1
  • 2x mata untuk semua produk Watsons Brand
  • 5x mata berbelanja pada bulan kelahiran
  • 5x mata bila bayar guna Kad VIP Watsons
  • Diskaun Ekslusif untuk produk kesihatan
Selain dari 8 kelebihan Watsons VIP Card, untuk pelanggan yang sign up VIP Card ni, korang activate kad secara online korang akan dapat 500 mata ganjaran, Baucer Watsons bernilai RM300 dan Reward vouchers bernilai RM5000. Wow menarik !!

Sekitar majlis ulangtahun Watsons VIP Card di MyTown Shopping Centre.
Sesi Photo Watsons Malaysia dengan kerjasama penaja-penaja rasmi.
Acara tiup kek pun ada.. Turut hadir di sambutan ulangtahun ni, selebriti-selebriti Watsons Amber Chia, Thanuja Ananthan, Arja Lee dan Sasha Saidin. 
Congratulations Watsons on 7th Anniversary VIP Card
Untuk maklumat lanjut tentang Watsons VIP Card atau promosi boleh klik link bawah ni. 
#WatsonsMalaysia #WatsonsRewards
Website : Watsons Malaysia
Facebook : Watsons Malaysia
Instagram : Watsons Malaysia 
#WatsonsMalaysia #WatsonsRewards
Jangan lupa #WatsonsMalaysia #WatsonsRewards