Pages

Monday, October 30, 2017

Hobi mengumpul duit syiling Malaysia Siri Parlimen dan Siri Bunga Raya

Asalnya aku nak collect duit syiling 5 sen,10 sen, 20 sen & 50 sen ni ikut turutan. Dari tahun 1967 sampai la yang terbaru masa tu. Duit syiling siri Parlimen dan syiling siri Bunga Raya. Tau tak syiling parlimen dan bunga raya ni ? Kalau tak tau, aku pun tak tau nak explain macam mana. Haha.. 
Okeh sumber mana nak dapat duit syiling ni ? Duit tabung dan baki duit syiling belanja hari-hari. Lama gak proses ni, sebab bukan senang nak dapat tahun berlainan tu. Tambah-tambah lagi syiling parlimen dah makin kurang. 

Lepas beberapa bulan sampai satu tahap tu aku stuck, tak jumpa-jumpa certain tahun. Ada member bagi tau ada tahun tertentu duit syiling ni tak dikeluarkan. Apalagi aku terus tanya la pakcik google, rupa-rupanya memang betul ada tahun-tahun yang syiling ni tak dikeluarkan dan ada yang dikeluarkan dengan kuantiti yang sedikit. Fuhh macam ni 10 tahun cari pun tak jumpa. Fuhhhh..

Dari situ la aku mula menggali lebih dalam pasal duit syiling Malaysia siri Parlimen dan siri Bunga Raya ni. Bila dah start menggoogle ni maka bertemu la dengan rantaian-rantaian yang berkaitan dengan syiling ni. Aku terjebak.. 

Aku mula memburu syiling-syiling yang dikeluarkan pada tahun tertentu dan kuantiti sedikit. Tahun-tahun di mana syiling-syiling dikeluarkan dengan kuantiti sedikit atau kurang dipanggil KEYDATE. Antaranya yang aku tau... 

Senarai Tahun Keydate Syiling Parlimen dan Syiling Bunga Raya

1 sen 1968, 1970
5 sen 1971, 1977, 1995, 1997
10 sen 1971, 1978, 1983, 1994, 2003
20 sen 1969, 1970, 1971, 1978, 1994
50 sen 1969, 1968, 1969, 1971, 1979, 1995 

Sesetengahnya sangat Rare, Hot item dan High Demand. Salah satunya 10 Sen 1971. Tahun ni keluaran 10 sen ni hanya 30K++ Mintage saja berbanding dengan tahun-tahun lain yang cecah ratusan ribu mintage. Ok btw, MINTAGE ni jumlah pengeluaran syiling mengikut tahun. 

Koleksi aku
Setiap tahun bilangan mintage tak sama. Bila dah start jumpa salah satu keydate tu, aku dah makin seronok dengan hobi ni. Yang aku jumpa tu bukan hot item sangat pun, tapi tu la bila dalam senarai keydate ni rasa teruja la dan tak semua orang ada. (bagi yang minat simpan barang rare)

Terus cari idea macam mana nak dapatkan sumber syiling-syiling dengan mudah. Antara cara yang paling digemari,  aku cari member-member yang ada menyimpan syiling tabung yang nak tukar dengan wang kertas. Aku sanggup kira sendiri lagi. Memang menjadi gak cara ni. 

Bila dah dapat stok syiling ni mula la proses "menyeken" atau "scan" atau senang cakap mengadap duit syiling tu cari syiling yang aku nak. Aku dah tak follow niat asal nak kumpul syiling ikut turutan dah, sibuk cari keydate. 

Serius cakap dalam beberapa tahun tu aku dah scan lebih 40k syiling. Hari-hari scan.. pantang ada masa lapang je scan.. Tapi terus terang aku cakap, walaupun aku dah scan berpuluh-puluh ribu syiling, masih ada lagi keydate yang aku belum jumpa lagi. Iaitu 1 sen 1970 dan 10 sen 1971. Mungkin rezeki belum sampai lagi. Gambar atas ni bukan hasil dari scan tapi dari sumber lain.. akan diceritakan nanti.. *kalau rajin.. 

Semakin memuncak hobi ni semakin dalam aku gali. Maka aku mula mengenali "coin error". Apakah pulak coin error ni ? Fuh dasyat la dorang ni bikin aku terjebak. Semakin dalam kau gali semakin banyak benda yang kau tak tau. Serius banyak benda yang aku buat masa mula-mula ni aku study kat google je. Nanti aku cerita lain la pasal coin error ni. **pun kalau rajin. hehe

Oleh kerana pengetahuan sangat beginner dalam bidang ni, aku join beberapa group facebook yang berkaitan dengan dunia numismatik ni. Antaranya kelab numismatik Malaya, kelab duit syiling dan lain-lain. Kalau takde pengetahuan asas tu, memang nganga je la. Belum masuk bab greding lagi, belum masuk bab versi lagi. Aku sampai sekarang tak reti nak greding syiling dengan mata kasar. Tapi apapun untuk rujukan peribadi, aku beli buku atau catalog coins dan banknotes Malaysia. Ada dijual. Kalau nak serius memang kena ada buku ni. 

Aku dah mula jejak kaki ke premis-premis jual beli duit syiling lama ni. Antara tempat yang famous Amcorp Mall, Berjaya Times Square, Jalan Pasar Pudu, ada satu kat Maju Junction dulu - sekarang dah pindah ke Amcorp Mall dan lain-lain lagi. Cuci mata weh, belum memiliki tapi dapat tengok pun puas hati. Di mata pengumpul a.k.a collector ni, setiap benda tu ada nilainya tersendiri. Ada la kenal 2,3 orang collector. Kadang-kadang ada rujuk dorang pasal syiling-syiling ni.

Bila dah pergi tempat-tempat ni, aku terjebak pulak dengan Koleksi Banknotes Malaysia. Argghh sudah.. By the way, banknotes ni wang kertas. Aku ada kumpul gak beberapa Siri lama Banknotes Malaysia. Sikit je, sekadar main-main saja. Itu pun nanti la aku cerita. Kalau rajin la. 

Okehhh.. cukup la sampai di sini dulu. Kepada yang nak serius dalam hobi ni, kena rajin explore, rajin bertanya dan join komuniti. 

Friday, October 20, 2017

Pendaftaran SEGERA untuk Fun Run KIDS ECO DASH 2.0

JOM datfar untuk KIDS ECO DASH 2.0 !!
"Bila ?? Bestnya, tak sabar nak lari. " Akif dah teruja dah bila aku cakap nak daftar dia join Kids ECO Dash. 
Yelah tahun lepas kan Akif pernah join Kids ECO Challenge, jadi ada la pengalaman sikit join event gini. Kids ECO Dash ni merupakan event FUN RUN terbuka untuk anak-anak yang berusia 4-12 tahun. Event ni telah disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi menggalakan anak-anak muda melakukan aktiviti outdoor dan menghargai persekitaran semulajadi.

Event ni akan berlangsung pada 28 Oktober 2017, bertempat di Taman Eco Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. 

Jom tengok program KIDS ECO DASH ni.. 

Fun Run ni terbuka kepada 3 kategori 
Caterpillar  4-6 tahun (0.8km)
Rabbit  7-9 tahun (1.8km)
Tiger  10-12 tahun (3km)

Yuran pendaftaran RM35.00 untuk semua kategori.  
Okeh, seperti biasa dah daftar nanti korang akan entitle untuk dapat RACE KIT. (Tshirt, Race Bib dan goodies bag) & Finisher Medal. 


Volunteer (Parents) Registration

Bagi memeriahkan aktiviti ni parents digalakkan untuk daftar sebagai volunteer. Penganjur akan assign parent untuk beberapa task pada hari event nanti. Untuk parents yang mendaftar nanti akan dapat T-shirts. Kita tunggu mungkin ada acara sukaneka untuk parents mana tau.. Hehe.. 


Okeh guys, lagi 3 hari lagi nak closing date ni. Jom daftar cepat sebelum 23 Oktober 2017


Korang boleh klik link ni untuk ke site pendaftaran. https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55 


Race Kit pick up !
Date: 27 Oct 2017, Friday
Time: 11am - 10pm
Venue: Malaysia Tourism Centre @ Matic Jalan Ampang 

Nota Penting !
NO RACE KIT COLLECTION ON RACE DAY. 
Boleh wakilkan sapa-sapa untuk collect Race Kit tapi dengan syarat bawa copy IC.

Sunday, October 8, 2017

Badminton Asia melantik E-PLUS sebagai Rakan Strategik

Pada 03 Oktober 2017 lepas, Badminton Asia telah menandatangani perjanjian dengan agensi pengurusan acara, E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus), melantik syarikat itu sebagai rakan strategiknya. 
Anton Aditya Subowo, President of Badminton Asia exchanging the contract with Andrew Ching, CEO of E-Plus Global Sdn Bhd.
Majlis penandatanganan antara Anton Aditya Subowo, Presiden Badminton Asia, dan Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus, menandakan satu kejayaan baru bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan jangkauan sukan serantau.

Badminton Asia, merupakan badan sukan badminton di Asia di bawah pimpinan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), adalah badan pertandingan badminton semua di Asia. E-Plus adalah agensi pengurusan acara (events management) yang terkenal kerana kemampuannya mempromosikan dan menganjurkan acara sukan antarabangsa di seluruh rantau ini.


"Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan bersama kami dalam membangunkan idea-idea dan program-program untuk memenuhi keperluan semua peringkat. Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu Persekutuan Negara dalam mengembangkan bakat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang. E-Plus dilengkapi pengalaman luas dalam mempromosi, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan, dan saya yakin pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai Konfederasi di Asia, "kata Anton.

Pelbagai program yang bermula dari peringkat akar umbi di sekolah-sekolah dan akademi ke peringkat junior dan kanan serantau serta pertandingan veteran dan elit akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Program peningkatan menyeluruh ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan badminton pada platform yang lebih luas.
(L-R) Brett Wightman, Principal of Populous; Koo Kien Keat, High Performance Director of Badminton Asia, Datuk Yee Tuck Sing, Group CEO of Seri Mutiara Development Sdn Bhd; Datuk Benny Hoe, Group MD of Seri Mutiara Development Sdn Bhd; Anton Aditya Subowo, President of Badminton Asia; Dato’ Sri Norza Zakaria, President of Badminton Association Malaysia; Greg Kim Hong-Ki, Secretary General of Badminton Asia; Andrew Ching, CEO of E-Plus Global Sdn Bhd; and Kenny Goh, COO of Badminton Asia.
Andrew menyatakan kegembiraannya dalam perkongsian strategik ini. "Saya dibesarkan dalam keluarga yang fanatik kepada badminton. Peluang membina komuniti di rantau ini, terutamanya dengan ranking dunia teratas yang didominasi oleh majoriti negara Asia, akan meningkatkan sukan itu secara eksponen. Kami berharap lebih banyak peminat dan penggemar akan terus menyokong program kami dan terus menjadikan Asia hub untuk mengamalkan badminton di semua peringkat. "
Beliau juga menyatakan bahawa sukan popular di Asia ini boleh dipermodalkan oleh syarikat dan jenama untuk meningkatkan pendedahan dan kesedaran. "Peminat Badminton di seluruh dunia akan melihat mereka dalam kejohanan ini. Syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang berminat untuk meneroka peluang-peluang untuk dikaitkan dengan sukan dan kegiatannya boleh menghubungi kami di enquiry@eplusglobal.com. "

Ditubuhkan pada tahun 2004, E-Plus sangat berkelayakan tinggi dalam mempromosikan, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan di Asia yang disetujui oleh Persekutuan Antarabangsa. Syarikat ini memegang hak untuk pelbagai portfolio genre sukan termasuk Duathlons, Marathon, berenang, trail run, bola tampar, sukan bermotor dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Badminton Asia di laman web www.badmintonasia.org atau E-Plus di www.eplusglobal.com

Aku tak lepaskan peluang selfie dengan Mr. Koo Kien Keat, bekas pemain bergu lelaki Malaysia kini dilantik menjadi High Performance Director of Badminton Asia. Tahniah Mr. Koo.. Sudah pasti kita Badminton Asia dan E-Plus akan merancang sesuatu yang lebih menarik dalam sukan Badminton pada masa akan datang.