Pages

Thursday, November 30, 2017

RIDEASY Platform Sewa dan Pinjam Kereta dalam Talian yang Pertama di Malaysia

Memiliki 2 buah kereta untuk satu isi rumah ni dah jadi perkara biasa dah kat Malaysia ni. Percaya atau tak? Cuba check kawasan tempat tinggal korang sekarang, jiran-jiran korang tu. Mesti ramai kan. Tambah-tambah kalau pasangan suami isteri bekerja. Namun persoalannya, dorang ni guna tak kedua-dua kereta setiap hari ? Ataupun guna salah satu je, yang satu lagi jadi jadi penghuni tetap di parking kereta. Silap-silap ada yang sampai terbengkalai, terbiar begitu saja. Padahal dorang sedar tiap-tiap bulan loan jalan gak. Cukup tahun renew insurans plak. Memiliki 2 buah kereta last-last mendatangkan masalah bukan meringankan. Hmm

Apapun sebuah syarikat telah diwujudkan pada Ogos 2016 untuk mengkaji beberapa permasalahan sebegini  dan dorang telah come out dengan satu solusi yang luar biasa. Solusi ni aku rasa cukup menarik, sangat memberi manfaat dan benefit untuk korang. Maka berkenal-kenalanlah dengan Rideasy | Sebuah platform dalam talian yang mesra pengguna, selamat dan komprehensif.
Apa Rideasy
Merupakan sebuah website perkhidmatan perkongsian kereta dalam talian yang pertama di Malaysia. Malaysia’s first online car sharing service provider. Senang cakap perkhidmatan sewa kenderaan dua hala. Macam mana ? Kat bawah aku citer. 
Baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran web pembekal perkhidmatan perkongsian kereta dalam talian iaitu Rideasy.My yang dirasmikan oleh CEO Rideasy sendiri, En. Nizran Kudus dan rakan, En. Rizal Mukti. Majlis pelancaran telah dilangsungkan di APW Bangsar.
Apakah benefit atau kelebihan rideasy
Berbalik kepada persoalan perkhidmatan sewa kereta dua hala. Rideasy menyediakan platform untuk korang meminjam kereta atau meletakkan kenderaan korang untuk disewa. 
Berdasarkan permasalahan kereta yang tidak diguna di atas, apa kata korang yang ada kereta lebih tu korang buat sewa. Dapat gak extra income ? Macam menarik je  kan. Serius boleh buat duit. Dapat cover separuh monthly kereta tu pun jadi.  Kalau dapat lebih lagi bagus.. Tidak semestinya ada lebih kereta, kalau ada sebuah kereta pun boleh, janji available untuk dipinjam. Masuk je dalam website Rideasy.My untuk info-info lanjut.

Sebagai peminjam kenderaan
Kalau jadi peminjam pun korang guna Rideasy.My Korang masuk website dan menempah kereta yang available dan mengikut pilihan korang masing-masing. Dengan Rideasy, peminjam akan mempunyai pelbagai pilihan kenderaan untuk dipilih, seperti sedan, MPV, SUV dan kenderaan mewah, semuanya dengan harga yang berpatutan sehingga 30% lebih murah daripada harga pasaran biasa. Nak pergi bercuti beramai-ramai, nak pindah barang tak muat kereta, nak balik kampung sehari dua bawa angkut barang-barang besar boleh sewa kenderaan besar... Kenderaan yang korang rasa bersesuai dengan situasi. #easygiler.. 
Antara kereta-kereta yang terdapat dalam website Rideasy.my Banyak lagi pilihan. 
Setiap pilihan kereta yang dipilih telah ditetapkan detail yang lengkap untuk penyewa mengenal pasti kondisi kereta tersebut. 

Siap dengan keselamatan lagi. Ini mengelakan kereta korang di curi atau disalahguna. Untuk keselesaan dan ketenangan, kenderaan yang dikongsikan ini dilindungi 24/7 oleh syarikat insuran Allianz dari segi bantuan kerosakan dan kemalangan peribadi. Fuhh tenang rasa pinjam kereta kalau macam ni. Kadang-kadang kita tak tau bila kerosakan ni akan berlaku. 

Banyak lagi kelebihan Rideasy.My ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh baca di 
Facebook : Rideasy.My
Website : www.rideasy.my

Customer Service : 03-20119878
#easygiler #rideasy

1 comment:

  1. Hey, I like your website layout so much and the articles too. But it will be great if you share your posts in simple language so that everyone can understand. Thank You!

    ReplyDelete