Pages

Monday, February 26, 2018

Pertandingan Foto Dan Video Pendek KEMPEN #SAYANGMALAYSIA | Promosi PELANCONGAN Negara Tahun 2018

PUTRAJAYA, 23 Februari 2018 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) meneruskan Pertandingan Foto dan Video Pendek di media sosial dengan subtema kedua iaitu #MyDestination mulai 1 Mac hingga 30 April 2018. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu menghantar foto atau video pendek kreatif berkaitan keunikan dan kepelbagaian lokasi-lokasi /tempat-tempat percutian yang menarik atau lokasi yang kurang diketahui umum menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagi menyertai Pertandingan Video Pendek, orang ramai perlu memuatnaik video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyDestination. 
Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati. Antara hadiah yang disediakan berupa tiket penginapan percuma di destinasi popular terpilih dalam negara, tiket percuma taman tema terkenal, baucer beli belah di pusat beli belah terkenal dan banyak lagi. 

Pertandingan ini dianjurkan bersempena Kempen Media Sosial #SayangMalaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dan kebudayaan yang terkemuka serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada Malaysia. 

Sepanjang tempoh Kempen Media Sosial #SayangMalaysia ini, orang ramai berpeluang menyertai enam pertandingan foto dan video pendek sepanjang tahun 2018 dengan memperkenalkan tiga (3) subtema baru iaitu #MyShopping bagi Julai hingga Ogos, #MyHeritage mulai September hingga Oktober.dan #MyKampung bagi November hingga Disember. Berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan berkenaan: 

i. #MyCuisine - Januari hingga Februari 
ii. #MyDestination - Mac hingga April 
iii. #MyCulture - Mei hingga Jun 
iv. #MyShopping - Julai hingga Ogos 
v. #MyHeritage - September hingga Oktober 
vi. #MyKampung - November hingga Disember 

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu www.motac.gov.my/sayangmalaysia

Kempen Media Sosial #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta. 

Friday, February 23, 2018

Jangkitan Influenza A | Kenali simptom-simptom, cara mencegah dan merawat Influenza

Awal bulan feb 2018, Faheem demam dan selsema. Sometimes diselit-selit dengan batuk dan kurang selera makan. Mulanya kami ingat demam biasa jadi hantar ke klinik biasa. Macam biasa lah kalau klinik biasa ni dia takde check darah selagi kita tak request. Jadi hasil dari klinik, dapat la ubat demam, antibiotik, selsema dan batuk. 


Faheem punya demam ni kadang-kadang pelik gak, kejap ok kejap tak ok, lepas tu siang elok je, malam datang panas badan. Dekat 2 minggu gak trend dia. Kami nekad bawa Faheem pergi check pakar. Mula-mula nak pergi ke Hospital KPMC, sampai situ kami ke Poliklinik Ideal (Sebelah KPMC)


Doktor suggest check darah Faheem risau denggi. Check darah result semua Ok. Negetif denggi, jadi doktor syak jangkitan influenza. Wife aku dah risau dah. Aku masih cool lagi. Doktor suggest buat test Influenza. Result Influenza POSITIF. Aku ? Masih tertanya-tanya apa tu influenza. (Maafkan aku) Bila wife aku explain cakap Influenza ni ketegori H1N1 terus kerisauan aku naik mendadak. Cuak oo aku dengar H1N1. 

Kategori Influenza
Influenza terbahagi 3, Influenza A, B dan C. Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Faheem positif Influenza jenis A. Memang lagi cuak dengar. Kalau tak silap Faheem kena jangkitan H5N1. Doktor kata better pergi check pakar untuk rawatan lanjut. Abis tu yang aku jumpa tu tak cukup pakar ke? Mungkin maksud doktor tu suruh aku pergi refer Hospital buat rawatan di hospital. Aku suruh doktor buat surat refer dan dapatkan copy result test tadi. 

Yang paling dekat dengan Poliklinik Ideal ni, Hospital KPMC lah tapi bukan panel insuran. Jadi kami pergi ke Hospital KPJ Kajang sebab dekat dah dengan lokasi kami. Dah sampai KPJ Kajang macam biasa, kena lalui procedur dulu. Jumpa dengan doktor dulu. Setelah pengesahan doktor, confirm Faheem kena admit warded. Nak tak nak kena masuk wad. Yela kat situ nak pantau ubat senang.

Alhamdulillah 3 hari 2 malam di hospital KPJ Kajang, Faheem dah boleh keluar. Tengok pun dah selera makan dan ceria seperti biasa. Drip air dalam 3 botol gak. Continue ubat dan kena kuarantin Faheem kat rumah. 2 minggu juga la nak betul-betul sihat (termasuk warded).

Apapun aku nak share sedikit info yang dapat dari whatapps pasal Influenza. Simpton-simptom, cara mencegah atau mengelak serta rawatan-rawatan yang berkaitan.

" Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-simptom Influenza A adalah

  • Demam dan menggigil
  • Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
  • Sakit kepala dan otot 
  • Sakit tekak dan batuk
  • Selsema
  • Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. 
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
  • Sesak nafas
  • Nafas laju
  • Demam tinggi yang berpanjangan
  • Kulit kelihatan kebiru-biruan
  • Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
  • Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (lampin kering, menangis tiada air mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah 
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Kebingungan
  • Muntah-muntah yang berpanjangan
  • Selsema berkurang tetapi demam dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah
  • Rehat di rumah 
  • Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
  • Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
  • Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
  • Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh
  • Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar 
  • Jangan menghantar anak-anak yang sakit ke sekolah, taska, tadika, nursery dan sebagainya, kuarantin di rumah
  • Tutup mulut ketika bersin dan batuk 
  • Cuci tangan dengan kerap 
  • Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
  • Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah 
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
  • Bayi 
  • Kanak-kanak kecil
  • Warga emas
  • Wanita hamil 
  • Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 
Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA 

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
Sumber :
1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm "

Fuhh memang menakutkan. Harap-harap dapat membantu mengelak dan mencegah sebelum penularan Influenza A ni. 

Jika korang rasa ada simptom-simptom kat atas ni, korang boleh buat Influenza test kat klinik-klinik swasta. Baru ni aku sendiri dah contact klinik yang ada buat influenza test ni. 

2 List klinik yang buat influenza test takat ni aku tau.
  • Poliklinik Ideal Kajang
  • Poliklinik An Nur Bandar Tun Hussein Onn
Better korang call dulu sebelum pergi klinik ni. Sebab aku penah call kata stok Influenza Kit habis. Harga kat Poliklinik An Nur sekali test untuk influeza RM60 tidak termasuk consultation dan ubat. 

Last skali doa yang baik-baik untuk kita semua. Semoga dihindari dari musibah-musibah sebegini. Aminn.. Kalau rasa ada manfaat boleh la share artikel ni. 

Friday, February 16, 2018

Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar

Sebut laksa je, Kuala Kangsar (kualer) antara yang terkenal dengan makanan laksa ni. Laksa kualer kome.. Aku sendiri dah experience banyak tempat kalau nak pekena laksa kat kualer ni.. Antara yang aku pernah pergi dan citer dalam blog, Laksa Lubuk Merbau Kuala Kangsar dan Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Yang lain aku macam kat Lori Laksa Zimbo, kat pusat penjaja bawah lembah tu aku belum cerita lagi. 
Jadi kali ni aku nak cerita Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar. Fuhh dah berkurun aku peram dalam draft tak setel-setel lagi mengarang haha. Terletak sekitar Sayong Kuala Kangsar, tak jauh dari Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Tudiaa, ini la Laksa Deris Telur Goreng (telur dadar) Kuala Kangsar. Fuhhh mantap gak ada kelainan, aku yang bukan peminat tegar laksa ni pun boleh abiskan sepinggan laksa ni. Kuah pun kaw, itu yang aku suka. Perghh terliur pulak tengok Laksa ni.. rasa macam nak repeat je. 
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Sekitar kawasan kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar.
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Laksa Deris Telur Goreng dan Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar
Kedai sangat simple dan klasik. Tengok dari luar macam takde orang tapi masuk dalam ramai orang rupanya haha.

Lempeng Pisang Laksa Deris Kuala Kangsar

Apa yang menarik lagi kat kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni, ada lempeng pisang. Perghh lempeng pisang ni memang laku abis. Brapa kali pergi asyik abis je. Asal lambat je abis, asal abis je mesti lambat sampai la tu haha.. Antara Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar ni. Tebal padat dengan isi kelapanya lagi..

Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Lempeng Pisang Kuala Kangsar
Tudiaaaa memang terangkat la. Makan pulak panas-panas kat sana. Korang tau kenapa laku abis, bukan sebab sedap je, harga baru RM1 je sekeping ni. Lambat melepas la yop.. 
Minuman signature kat Laksa Deris ni, Air cincau gula hitam special.. 

Okeh macam biasa, possing dulu sebelum makan. Bhahaha.. Jemput makan ya semua.. Okeh kalau rasa teringin nak cuba korang boleh waze Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni. Atau korang tengok video bawah ni. Aku ada buat short vlog dalam Channel Youtube aku kalau nak pergi makan laksa deris ni. 
Waktu operasi aku lupa nak tanya. Tapi kalau tutup tu sebelum Maghrib la. Kalau lambat-lambat nak datang, risau abis je. Selain laksa dan lempeng pisang ada Char Kuey Teow. Tunggu nanti nak aku try Char Kuey Teow tu pulak. Okeh selamat mencuba..

Jangan lupa Subscribe Channel Daus Redscarz untuk video-video akan datang. 

SMALLTREE SDN BHD DILANTIK SELAKU PENGANJUR WORLD MISS UNIVERSITY PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA YANG KE 29

Putrajaya, Malaysia, 12 Februari 2018 – World Miss University Peace Service Corps Foundation telah melantik Smalltree Sdn Bhd selaku Penganjur Program World Miss University Peringkat Nasional dan Antarabangsa bagi kali yang ke-29 di Upacara Mendatangani Perjanjian Persefahaman yang diadakan hari ini di hotel Le Meridian, Putrajaya. 
Di majlis tersebut, MoU Persefahaman telah di tandatangani diantara Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, Dr. Dzulfakar Abdullah dan Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps, Seungmin Lee. Di majlis itu juga menyaksikan Smalltree mengumumkan secara rasmi tentang penganjuran mereka terhadap program yang bertaraf dunia ini – World Miss University 2018

Dr Dzulfakar Abdullah, selaku Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, yang juga merangkap Pengerusi World Miss University Malaysia National Organizing Committee menyatakan, “Kami amat berbangga kerana telah dilantik selaku penganjur rasmi eksklusif dari Yaysan World Miss University Peace Service Corps untuk menguruskan penganjuran program World Miss University edisi ke 29. Acara yang bakal melibatkan pelbagai pelajar universiti seluruh dunia ini bertujuan untuk menyebarkan mesej keamanan dan kecintaan di seluruh dunia dan ianya memberi peluang untuk masyarakat global menghargai keamanan sedunia dan mempromosikan persefahaman sejagat. Kami amat berbangga dan terharu diberi peluang bekerjasama dengan organiasi yang dikenali di medan antarabangsa ini. “ 

Sementara itu, menurut Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps pula, “Kami juga berasa teruja dengan kerjasama yang kami telah meterai bagi penganjuran di sini untuk kali pertama seumpamanya di Malaysia. Program ini adalah acara untuk memupuk sikap cintakan keamanan dan dijalankan setiap tahun oleh pelajar universiti wanita dari universiti universiti terkemuka dunia yang menggabungkan kebijaksanaan, sikap terpuji dan tahap kesihatan yang maksima. Matlamat untuk program ini adalah untuk mencapai keharmoniaan dan menghormati perbezaan agama, ideologi, bahasa, warna kulit, kebudayaan dan perkara perkara lain juga.

Melalui perjanjian persefahaman ini, kami mengharap untuk lebih berjaya menarik minat dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai kumpulan sasar wanita yang hebat di luar sana untuk turut serta dalam program ini”.

Turut serta di dalam Majlis tersebut adalah Park Keum Rye, Pengerusi World Miss University Korea, Bak Du-Ik, Penasihat World Miss University Malaysia, Hussaidi Hussin, Pengarah Urusan Smalltree Sdn Bhd dan Claudia Moras Baez, Pemenang Utama World Miss University ke-28.
L-R: Sao Tomrongpich, 3rd Runner Up (Cambodia), Daniela Gods Romanovska, 2nd Runner Up (Latvia), Claudia Moras Baez, Winner (Cuba), Denise Huerta, 1st Runner Up (USA), Katarzyna Weronika, 4th Runner Up (Poland)

Pencarian untuk wakil Malaysia yang akan bermula pada bulan May ini akan menjadi program yang pencarian World Miss University peringkat Malaysia yang pertama. Kemuncak program bagi mencari pemenang bagi negara Malaysia akan berlangsung pada 26 Julai 2018. Program ini bakan menyediakan platform terbaik untuk syarikat syarikat tempatan yang berminat dengan program melibatkan pengukuhan wanita memandangkan program ini mengiktiraf and menonjolkan bakat, kebijaksanaan selain kecantikan pelajar pelajar universiti di Malaysia yang bakal mendapat pengalaman di tahap antarabangsa. 

Di sepanjang penganjuran program ini, dijangka lebih dari 100 pelajar wanita dari universiti seluruh dunia akan bertanding bukan sekadar kecantikan luaran sahaja tetapi lebih penting kemahiran intelektual mereka, personaliti yang menarik disamping nilai nilai kemanusiaan yang tinggi. Pemenang dari pertandingan ini kelak akan diberi penganugerahan dan menjadi duta kepada World Miss University Peace Corps, dan menjadi wakil di dalam mewujudkan persefahaman masyarakat sedunia dan wakil keamanan di dalam menyebarkan mesej keamanan dan kesejahteraan global 

Kemuncak bagi Program World Miss University Peringkat Antarabangsa yang ke-29 akan berlangsung pada 28 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai World Miss University ke-29, boleh layari www.wmu.malaysia.com

Tuesday, February 13, 2018

Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Shopee antara carian online paling top di Malaysia

Aku antara pengguna tegar Shopee. Semakin hari semakin mudah beronline dengan Shopee ni. Kenapa ? Cari je apa yang nak, 98% ada. Transaction pun mudah dan senang. Baru ni dilaporkan carian dalam talian (online) di Platform Shopee meningkat sebanyak 32% sempena Perayaan Tahun Baharu Cina ni saja. Wow..

Nampaknya pengguna Shopee makin meningkat sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari lepas yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobile & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. Aku banyak dalam kategori permainan kanak-kanak. Baru ni order baju dengan mainan budak-budak. 
   
No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobile & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:


No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas

Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Time gaji plak tu, fuhhh pasti ramai boleh join ni.. 

Tunggu apa lagi cepat muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee