Awal bulan feb 2018, Faheem demam dan selsema. Sometimes diselit-selit dengan batuk dan kurang selera makan. Mulanya kami ingat demam biasa jadi hantar ke klinik biasa. Macam biasa lah kalau klinik biasa ni dia takde check darah selagi kita tak request. Jadi hasil dari klinik, dapat la ubat demam, antibiotik, selsema dan batuk.
Faheem punya demam ni kadang-kadang pelik gak, kejap ok kejap tak ok, lepas tu siang elok je, malam datang panas badan. Dekat 2 minggu gak trend dia. Kami nekad bawa Faheem pergi check pakar. Mula-mula nak pergi ke Hospital KPMC, sampai situ kami ke Poliklinik Ideal (Sebelah KPMC)
Doktor suggest check darah Faheem risau denggi. Check darah result semua Ok. Negetif denggi, jadi doktor syak jangkitan influenza. Wife aku dah risau dah. Aku masih cool lagi. Doktor suggest buat test Influenza. Result Influenza POSITIF. Aku ? Masih tertanya-tanya apa tu influenza. (Maafkan aku) Bila wife aku explain cakap Influenza ni ketegori H1N1 terus kerisauan aku naik mendadak. Cuak oo aku dengar H1N1.
Kategori Influenza
Influenza terbahagi 3, Influenza A, B dan C. Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.
Faheem positif Influenza jenis A. Memang lagi cuak dengar. Kalau tak silap Faheem kena jangkitan H5N1. Doktor kata better pergi check pakar untuk rawatan lanjut. Abis tu yang aku jumpa tu tak cukup pakar ke? Mungkin maksud doktor tu suruh aku pergi refer Hospital buat rawatan di hospital. Aku suruh doktor buat surat refer dan dapatkan copy result test tadi.
Yang paling dekat dengan Poliklinik Ideal ni, Hospital KPMC lah tapi bukan panel insuran. Jadi kami pergi ke Hospital KPJ Kajang sebab dekat dah dengan lokasi kami. Dah sampai KPJ Kajang macam biasa, kena lalui procedur dulu. Jumpa dengan doktor dulu. Setelah pengesahan doktor, confirm Faheem kena admit warded. Nak tak nak kena masuk wad. Yela kat situ nak pantau ubat senang.
Alhamdulillah 3 hari 2 malam di hospital KPJ Kajang, Faheem dah boleh keluar. Tengok pun dah selera makan dan ceria seperti biasa. Drip air dalam 3 botol gak. Continue ubat dan kena kuarantin Faheem kat rumah. 2 minggu juga la nak betul-betul sihat (termasuk warded).
Apapun aku nak share sedikit info yang dapat dari whatapps pasal Influenza. Simpton-simptom, cara mencegah atau mengelak serta rawatan-rawatan yang berkaitan.
Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.
Antara simptom-simptom Influenza A adalah
- Demam dan menggigil
- Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
- Sakit kepala dan otot
- Sakit tekak dan batuk
- Selsema
- Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.
Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
- Sesak nafas
- Nafas laju
- Demam tinggi yang berpanjangan
- Kulit kelihatan kebiru-biruan
- Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
- Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (lampin kering, menangis tiada air mata)
Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Kebingungan
- Muntah-muntah yang berpanjangan
- Selsema berkurang tetapi demam dan batuk datang semula
Rawatan bagi Influenza A adalah
- Rehat di rumah
- Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
- Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
- Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor
Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?
- Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh
- Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar
- Jangan menghantar anak-anak yang sakit ke sekolah, taska, tadika, nursery dan sebagainya, kuarantin di rumah
- Tutup mulut ketika bersin dan batuk
- Cuci tangan dengan kerap
- Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
- Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah
Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
- Bayi
- Kanak-kanak kecil
- Warga emas
- Wanita hamil
- Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan
Sumber :
1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm "
Fuhh memang menakutkan. Harap-harap dapat membantu mengelak dan mencegah sebelum penularan Influenza A ni.
Jika korang rasa ada simptom-simptom kat atas ni, korang boleh buat Influenza test kat klinik-klinik swasta. Baru ni aku sendiri dah contact klinik yang ada buat influenza test ni.
2 List klinik yang buat influenza test takat ni aku tau.
- Poliklinik Ideal Kajang
- Poliklinik An Nur Bandar Tun Hussein Onn
Better korang call dulu sebelum pergi klinik ni. Sebab aku penah call kata stok Influenza Kit habis. Harga kat Poliklinik An Nur sekali test untuk influeza RM60 tidak termasuk consultation dan ubat.
Last skali doa yang baik-baik untuk kita semua. Semoga dihindari dari musibah-musibah sebegini. Aminn.. Kalau rasa ada manfaat boleh la share artikel ni.
Dah sembuh ekk Faheem? Alhamdulillah... Terima kasih buat entri ni. Lama dah tak dengar Influenza ni... huhu...
ReplyDelete