Friday, February 16, 2018

SMALLTREE SDN BHD DILANTIK SELAKU PENGANJUR WORLD MISS UNIVERSITY PERINGKAT NASIONAL DAN ANTARABANGSA YANG KE 29

Putrajaya, Malaysia, 12 Februari 2018 – World Miss University Peace Service Corps Foundation telah melantik Smalltree Sdn Bhd selaku Penganjur Program World Miss University Peringkat Nasional dan Antarabangsa bagi kali yang ke-29 di Upacara Mendatangani Perjanjian Persefahaman yang diadakan hari ini di hotel Le Meridian, Putrajaya. 
Di majlis tersebut, MoU Persefahaman telah di tandatangani diantara Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, Dr. Dzulfakar Abdullah dan Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps, Seungmin Lee. Di majlis itu juga menyaksikan Smalltree mengumumkan secara rasmi tentang penganjuran mereka terhadap program yang bertaraf dunia ini – World Miss University 2018

Dr Dzulfakar Abdullah, selaku Pengerusi Smalltree Sdn Bhd, yang juga merangkap Pengerusi World Miss University Malaysia National Organizing Committee menyatakan, “Kami amat berbangga kerana telah dilantik selaku penganjur rasmi eksklusif dari Yaysan World Miss University Peace Service Corps untuk menguruskan penganjuran program World Miss University edisi ke 29. Acara yang bakal melibatkan pelbagai pelajar universiti seluruh dunia ini bertujuan untuk menyebarkan mesej keamanan dan kecintaan di seluruh dunia dan ianya memberi peluang untuk masyarakat global menghargai keamanan sedunia dan mempromosikan persefahaman sejagat. Kami amat berbangga dan terharu diberi peluang bekerjasama dengan organiasi yang dikenali di medan antarabangsa ini. “ 

Sementara itu, menurut Pengerusi Yayasan World Miss University Peace Service Corps pula, “Kami juga berasa teruja dengan kerjasama yang kami telah meterai bagi penganjuran di sini untuk kali pertama seumpamanya di Malaysia. Program ini adalah acara untuk memupuk sikap cintakan keamanan dan dijalankan setiap tahun oleh pelajar universiti wanita dari universiti universiti terkemuka dunia yang menggabungkan kebijaksanaan, sikap terpuji dan tahap kesihatan yang maksima. Matlamat untuk program ini adalah untuk mencapai keharmoniaan dan menghormati perbezaan agama, ideologi, bahasa, warna kulit, kebudayaan dan perkara perkara lain juga.

Melalui perjanjian persefahaman ini, kami mengharap untuk lebih berjaya menarik minat dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai kumpulan sasar wanita yang hebat di luar sana untuk turut serta dalam program ini”.

Turut serta di dalam Majlis tersebut adalah Park Keum Rye, Pengerusi World Miss University Korea, Bak Du-Ik, Penasihat World Miss University Malaysia, Hussaidi Hussin, Pengarah Urusan Smalltree Sdn Bhd dan Claudia Moras Baez, Pemenang Utama World Miss University ke-28.
L-R: Sao Tomrongpich, 3rd Runner Up (Cambodia), Daniela Gods Romanovska, 2nd Runner Up (Latvia), Claudia Moras Baez, Winner (Cuba), Denise Huerta, 1st Runner Up (USA), Katarzyna Weronika, 4th Runner Up (Poland)

Pencarian untuk wakil Malaysia yang akan bermula pada bulan May ini akan menjadi program yang pencarian World Miss University peringkat Malaysia yang pertama. Kemuncak program bagi mencari pemenang bagi negara Malaysia akan berlangsung pada 26 Julai 2018. Program ini bakan menyediakan platform terbaik untuk syarikat syarikat tempatan yang berminat dengan program melibatkan pengukuhan wanita memandangkan program ini mengiktiraf and menonjolkan bakat, kebijaksanaan selain kecantikan pelajar pelajar universiti di Malaysia yang bakal mendapat pengalaman di tahap antarabangsa. 

Di sepanjang penganjuran program ini, dijangka lebih dari 100 pelajar wanita dari universiti seluruh dunia akan bertanding bukan sekadar kecantikan luaran sahaja tetapi lebih penting kemahiran intelektual mereka, personaliti yang menarik disamping nilai nilai kemanusiaan yang tinggi. Pemenang dari pertandingan ini kelak akan diberi penganugerahan dan menjadi duta kepada World Miss University Peace Corps, dan menjadi wakil di dalam mewujudkan persefahaman masyarakat sedunia dan wakil keamanan di dalam menyebarkan mesej keamanan dan kesejahteraan global 

Kemuncak bagi Program World Miss University Peringkat Antarabangsa yang ke-29 akan berlangsung pada 28 November 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai World Miss University ke-29, boleh layari www.wmu.malaysia.com

1 comment:

  1. Tahniah Dr Dzulfakar dan tahniah Malaysia, tanggungjawag besar menanti dangan imbuhan yang besar

    ReplyDelete