Monday, September 10, 2018

Program Teambuilding 2 Hari 1 Malam di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum w.b.t, bertemu lagi dalam Daus Redscarz Blog. Entri kali ni aku nak share pengalaman aku sertai Teambuilding baru-baru ni. Bertahun dah tak join teambuilding ni. Rasa-rasa macam 5,6 tahun jugak lah. Okeh, baru ni dapat invitation dari Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya untuk sertai program teambuilding 2 hari 1 malam. Aku memang excited nak join tambah lagi yang join ni kawan-kawan gak. Mesti lagi seronok. 

Mula-mula aku dok fikirkan pasal lokasi Cyberview Resort & Spa ni. Kat mana nak buat teambuilding ni ? Macam tak nampak padang or hutan ke.. Bila dah sampai sana terus rasa macam wow. Nampak dah tapak-tapak gelanggang, kolam dan sebagainya.. Teambuilding ni merupakan tarikan terbaru Cyberview resort. Lepas ni kalau nak buat teambuilding tak perlu pergi jauh-jauh kalau tinggal sekitar Lembah Klang ni. Cyberview Resort & Spa ni merupakan resort bertaraf 5 bintang di Cyberjaya oii !!!!  

Hari Pertama

Sesi pendaftaran. Semua yang hadir tepat pada waktu yang ditetapkan. Breakfast dulu sebelum memulakan program teambuilding. Cukup time kami ke bilik khas untuk memulakan program. Seperti mana-mana teambuilding sebelum ni akan dimulakan dengan ice breaking dulu. 

Ice Breaking
Sesi berkenalan dengan trainer dan krew-krew teambuilding. Trainer teambuilding ni bukan calang-calang orangnya, bekas tentera ooo.. 

Dikenali sebagai Sarjan Idris.. Sarjan Idris akan mengemudi teambuilding kami sepanjang 2 hari 1 malam ni. Yang pasti aku sangat kagum dan salute dengan background trainer kali ni. 

Task-task pertama yang kami.
1. Dibahagikan kepada 2 team
2. Namakan team
3. Buat logo team
4. Visi dan Misi
5. Makna warna pada logo
6. Tagline
7. War Cry
8. Presentation

The X Team
Inilah team aku. The X Team. Masa yang diberikan tak sampai 2 jam namun kami berjaya siapkan task-task ni. Memang terbaeklah. Semua participate melancarkan aktiviti. Manakala team rival kami Buddies Blogger
Buddies Blogger

Selepas presentation, kami buat aktiviti menguji minda. Antaranya menyusun 8 biji paku atas botol air tanpa menggunakan sebarang tali atau dawai. Kemudian melontar bola kepada rakan sebanyak 5 pusingan dalam masa beberapa saat. 

Boleh lihat Galeri gambar ice-breaking teambuilding

Sesi petang

Indoor dan outdoor permainan strategi. Aktiviti kami bersambung semula dan berkumpul dalam satu dewan untuk indoor game. 

1. Monkey walk

Dalam team masing-masing. Kami beradu bermain monkey walk dengan mata bertutup. Permainan ni menguji kepercayaan kita kepada yang memberi arahan. Susah oo dengan mata berbalut pastu dengar member bagi arahan ke kiri, ke kanan ke depan dan belakang. Apapun untuk game ni X-Team menang !!

2. Main Giant Dice (Dadu Gergasi)
Yang ni setiap member dalam team tu kena ikat tali pada kaki kecuali seorang tukang baling dadu. Pembaling dadu akan menentukan pasukan mara ke hadapan atau berundur ke belakang. Dapat nombor genap mara ke depan dapat nombor ganjil berundur ke belakang. X-Team tewas game ni. 

3. Mengimbang bola pingpong atas paip
Kali ni semua kami bergabung. Permainan ni betul-betul menguji minda dan mental.

Setiap sorang kena pegang satu tali dan bagaimana nak bawa bola pingpong atas paip tu mengelilingi dewan. Cukup mencabar weh.. Dah la kena imbang lepas tu nak kena fikir macam mana nak keluar dengan pintu yang kecik tu. Penat oiii samapi keluar peluh jantan haha.. Secara teorinya kami berjaya menghabiskan pusingan namun jika mengikut pada syarat asalnya kami gagal. Ada kelonggaran pada syarat hehe.

4. Mengeluarkan bola ping pong dalam batang paip tanpa sentuhan.
Okeh nampak senang tapi tak sangka ia ambil masa jugak untuk completekan task ni.

Caranya hanya masukkan air dalam batang paip dan bila penuh bola ping pong akan keluar dengan sendirinya. Cabaran sebenar kat batang paip tu ada lubang kecil merata-rata tempat. Ahli dalam pasukan kena tutup lubang-lubang tu supaya air boleh penuh. Tak disangka-sangka saat hampir penuh bocor pulak.. Haha.. 

Boleh lihat Galeri Gambar Indoor & Outdoor Strategy Game

Water confidence

Ini bukan sukan air ke snorkerling tapi ini panduan keselamatan. Trainer akan mengajar bagaimana nak handle situasi kecemasan semasa berada dalam air.  
Cara-cara kita terjun ke dalam air sama ada dari tempat rendah atau tempat tinggi.
Tempat rendah atau boat rendah
Tempat tinggi atau kapal
Brief mengenai ketahanan life jacket yang ada. Ada life jacket yang mampu bertahan sejam, 6 jam mahupun 24 jam. 

Apa yang perlu lakukan semasa berada dalam air sementara menunggu bantuan tiba. Bagaimana nak meminta pertolongan jika berada dalam air. Banyak tips yang dikongsikan oleh trainer. Serba sedikit memberi keyakinan kepada diri jika berlaku kecemasan. Kolam training ni dalam rupanya haha. Tak jejak kaki yang hujung ni. Aku dah la tak reti berenang. 

Teknik menjimatkan tenaga. Lagi ramai lagi bagus. 
Teknik penguncupan dan pengembangan untuk meminta bantuan. Lebih ramai lagi bagus. Banyak benda baru aku tau tentang water confidence ni. 

Boleh lihat Galeri Gambar Water Confidence Teambuilding

Lepas aktiviti Water Confidence ada lagi aktiviti !!!! Tapi malam la pulak. 

Night walk


Tepat jam 9.30 malam, pengembaraan kami bermula. Fuhh dengar kata kena lepas sorang-sorang nanti. Apapun redo jela.
Okeh team dah ready untuk night walk. 
Gambar tak brapa nak ada sebab dalam hutan keadaan gelap. Ada pun cahaya samar sang bulan. Takut nak kuarkan phone kang tercicir payah gak. 
Di snap ketika tengah jalan sorang-sorang.. Last skali jalan dalam hutan malam-malam ni ketika kecik-kecik dulu. Pergi mancing dengan kawan-kawan. Anyway pengalaman yang menarik dalam teambuilding kali ni.. 

Walaupun penat lepas night walk kami sambung pulak sesi bual bicara sambil menghirup air kopi. Bestnyaaaa... 

Okehlah nanti sambung hari kedua..

No comments:

Post a Comment