Jumlah kenderaan melalui lebuh raya PLUS semakin hari semakin meningkat. Sekarang ni bukan musim perayaan je sesak malah hujung minggu pun kenderaan banyak. Sapa pengguna lebuh raya PLUS, korang tau la kan keadaan macam mana. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sentiasa penuh, kalau singgah tu memang semata-mata singgah sebab mengantuk, singgah beli air tin, nak pegi tandas bagai kan. Kejap je rehat pastu sambung perjalanan. Kurang selesa barangkali..
Apapun, korang jangan terkejut pulak lepas ni R&R tiba-tiba makin meriah haha. Kenapa ? Okeh sejajar dengan rintihan dan permintaan pelanggan, baru ni PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman (F&B) sebagai satu langkah merevolusikan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya. Revolusi ni sebagai memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan (untuk kita la yang guna lebuh raya ni, yang kuat komplem ni).
10 Top Major brands F&B ni ialah Starbucks, Krispy Kreme, Harold's Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear Nasi Kandar. Perghh bukan calang-calang F&B yang bakal mengisi R&R nanti. Dah macam shopping kompleks la pas ni. Banyak pilihan. Silap-silap setiap R&R nak berhenti nanti haha..
Kenny Rogers Roasters | Famous Amos
Krispy Kreme
Harold's Bread
Bukan setakat menambah jumlah F&B saja, PLUS juga sedang mentransformasikan R&R sebagai pusat atau hub komuniti di mana pelanggan boleh berkumpul dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Yela selalu travel dengan family or member nak jugak tempat selesa rehat-rehat kan.
PLUS juga akan melakukan penambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan R&R terpilih.
Projek pembaikan yang pertama telah dilaksanakan di R&R Rawang (Arah Utara) di mana kawasan rehat telah rekaan dalaman diubahsuai berkonsepkan minimalis. Dan banyak lagi revolusi dan transformasi akan berlaku di R&R nanti. Apa yang pasti ini semua untuk keselesaan pengguna lebuhraya PLUS.
Okeh lagi satu, PLUS telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi Aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) serta pembayaran tanpa sentuh menerusi Visa PayWave di R&R Dengkil (Arah Utara) Masih dalam projek perintis. Lepas ni pembayaran lebih mudah la serta menjimatkan masa.
Banyak lagi program perancangan yang akan direncanakan oleh PLUS pada masa akan datang. Semoga semuanya berjalan lancar. Ini semua untuk pengguna lebuh raya PLUS. Semakin meriah la lebuh raya nanti. Berhenti setiap R&R pun tak kisah kalau drive kat highway nanti.
Last but not least layan montage simple aku buat.
Last but not least layan montage simple aku buat.