Pages

Wednesday, December 5, 2018

ISKARNIVAL MAIN-MAIN 2018 di ISKANDAR PUTERI, JOHOR

Assalamualaikum Guys, 

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua kan. Jadi apa plan korang ? Belum ada lagi ? Jom kita ke negeri Johor... Hujung minggu ni 8 & 9 Disember 2018 ni akan berlangsung karnival terbesar ISKARNIVAL 2018 dengan tema "MAIN-MAIN" 2018 yang bertempat di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, JOHOR. Karnival tahunan ni adalah anjuran UEM Sunrise Berhad yang merupakan Malaysia's leading property developer. Tahun 2018 ni merupakan anjuran tahunan ke-7.

Guys, ISKARNIVAL MAIN-MAIN ni menyediakan platform bagi memberi inisiatif dan bakat tempatan untuk meneroka, eksperimen berdasarkan idea dari tema "Main-main" bagi semua peringkat umur. Bukan sahaja mempromosikan insentif bakat kreatif tempatan tetapi juga untuk sempena memperingati ulangtahun pertama Bandar Iskandar Puteri. 

"The creative economy includes economic sectors such as architecture, arts and crafts, computer games, design, fashion, film, music, performing arts, publishing, R&D, and software production," said Kenny.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong Koon berkata bahawa ekonomi kreatif membentuk lebih banyak pencipta dan artis Malaysia dalam profesional yang akan menyumbang secara langsung ke arah kesejahteraan ekonomi keseluruhan negara.

Sepanjang ISKARNIVAL MAIN-MAIN 2018 ni berlangsung, lebih dari 50 persembahan dan aktiviti-aktiviti menarik diadakan. Antaranya persembahan music termasuklah Zee Avi - United States based singer-songwriter, Lyia Meta - penerima World Music Artist of The Year 2018 Josie Music Awards di United States, Joe Flizzow - pemenang Best South-East Asia Act di MTV Europe Awards di Spain.

Lyia Meta
Joe Flizzow

Selain itu turut hadir membuat persembahan, Indie Band Hujan, Rap dan R&B sensation, Zamaera, Man Bai serta Rahim Maarof. Fuhh kepada peminat-peminat musik tempatan jangan lepaskan peluang datang melihat persembahan mereka. 
Zamaera
Bukan saja ada persembahan music tapi ISKARNIVAL Main-main ada lagi persembahan Circus ! Menarik tu, import dari dari MOSCOW ?? Biar betul ! The Bolshoi dan The Nikulin. Lebih kurang 2000 tempat duduk disediakan untuk penonton circus ni. Dan fakta menarik lagi untuk Persembahan Moscow's Circus ni khemah yang dipasang tu merupakan khemah terbesar di Malaysia. Besar mana agaknya ?? Nak tau kena datang la !!


Wow, ada Dinosaur Kingdom pulak, ada lebih kurang 25 animatronic dinosaurs akan di tempatkan di ISKARNIVAL 2018. Ada live shows, games, interactive rides, serta booth-booth pameran untuk kid's educational. Mesti meriahhhh ni.. Semua aktiviti, persembahan, worksyop dan bazar-bazar akan beroperasi bermula dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 12.00 tengah malam untuk kedua-dua hari tu. Masuk adalah PERCUMA. 

Okeh guys, manakala di Sanrio Hello Kitty Town ada persembahan terbaru iaitu "Great Witch Musical" merupakan lagu dan tarian yang menakjubkan di sekitar taman tema. Kepada peminat Hello Kitty jangan lepaskan peluang korang untuk berhibur bersama-sama. Juga menanti pengunjung kanak-kanak di Thomas Town, bersedialah menikmati landasan terbaru. Dan korang berpeluang memenangi hadiah dari Thomas & Friends-themed dengan menjawab soalan-soalan trivia.
 
Last but not least, di sepanjang karnival nanti ada photo competition. Korang snap la ambik la gambar banyak-banyak. Jangan lupa #iskarnival2018 #mainmain2018

Jom datang beramai-ramai bersama keluarga, sahabat dan kenalan memeriahkan ISKARNIVAL Main-main 2018 di Iskandar Puteri, JOHOR.

ISKARNIVAL MAIN-MAIN 2018
8 & 9 Disember 2018
12.00 pm - 12.00 am


Iskarnival 2018 Festival Layout.

No comments:

Post a Comment