Thursday, January 31, 2019

Jadual Waktu Operasi baru UTC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

#RoadToUSS
#DausRedscarzToUss

Hari ni dah masuk 30 Januari 2019. Kurang 2 bulan lagi trip nak ke USS. Passport aku tak buat lagi. Aku rancang nak buat passport seawal yang mungkin. Tak nak kalut nanti.  2 hari lepas (28 jan) kami sekeluarga ke Jabatan Imigresen Jalan Reko, Kajang kira-kira jam 4 petang, pergi kaunter, pegawai kaunter cakap nombor dah abis dan sistem tengah tergendala. So aku decide buat kat UTC la. Maka pergi la kami ke UTC Sentul, Sepanjang jalan jem, kena plak time orang balik kerja. Kajang nak masuk KL.

Tapi aku tak kisah sangat sebab seingat aku UTC ni buka sampai malam. So rileks je la, enjoy jalan jem. Nak stress pun bukan boleh sampai cepat. 

Maka sampai la kami di parking UTC Sentul, bersiap-siap nak kuar kereta. Datang pakcik guard sapa, tanya nak pergi mana. Aku cakap nak pergi imigresen, pakcik tu cakap dah tutup. Dalam hati aku bisik, aikk takkan dah tutup. Mungkin tutup petang jap lagi malam buka balik kot. Aku kurang puas hati, aku turun sorang naik ke level imigresen. Yela dah lalui jem bagai takkan tutup. Sah memang tutup, lengang kawasan tu. Yang ada pun gerai makan je buka. Maka misi buat passport gagal untuk hari tu. 

Balik rumah dah aku update facebook status tanya, ada perubahan jadual operasi ke kat UTC ni. Akhirnya aku dah dapat jawapan. 

Rupanya waktu operasi UTC seluruh negara telah dipinda / ditukarkan. Korang tengok waktu operasi UTC terbaru 2019 yang berkuatkuasa 22 Januari 2019. Tengok betul-betul jadual dibawah ni.... sebab termasuk sabtu ahad dan ada yang beroperasi bermula jam 1.00 petang.
Waktu operasi UTC bagi Kangar Perlis, Sungai Petani Kedah, Ipoh Perak, Pudu Sentral Kuala Lumpur, Sentul Kuala Lumpur, Bandaraya Melaka, Pasir Gudang Johor.
Waktu operasi UTC Kota Kinabalu Sabah, Keningau Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau Sabah.
Waktu operasi UTC Alor Setar Kedah, Johor Bahru Johor, Kota Bharu Kelantan, Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu operasi UTC Kuching, Miri dan Sibu, Sarawak.


Perghh memang baru sangat ni.. Kerugian satu masa dan ketika aku hari tu. Nak kena cari satu masa baru untuk pergi imigresen ni. Sebab nak buat untuk satu family. Passport aku hidup lagi, masih valid sampai 2020. 

Oklah, jangan lupa share kat kawan-kawan semua. Peringatan sekali lagi, semak betul-betul jadual operasi UTC 2019 yang baru kat atas ni. Kang penat-penat datang tengok UTC tutup.

Subscribe Daus Redscarz Channel untuk follow video-video terbaru kami.

Gambar sumber dari Google. 

UPDATE : Selesai urusan passport anak-anak di Mini UTC Keramat

Saturday, January 26, 2019

Jom Bercuti di Universal Studios Jepun USJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Travel ? Merancang travel biar awal. Boleh simpan duit, boleh dapat tiket murah booking awal. Aku sebenarnya telah merancang satu percutian ke Universal Studios Singapore pada Mac nanti. Sebagai langkah permulaan untuk Vlog Channel kami. Kalau sukses nanti kami akan cuba untuk pergi jauh lagi.

Selain USS Singapore ada lagi USJ. Bukan USJ yang Sime Darby punya tu tapi Universal Studios Japan (USJ). Kalau ada rezeki boleh melancong ke sana pulak. Bawa satu family berjalan-jalan, spend quality time dengan keluarga, isteri & anak-anak dengan melancong ke satu tempat best untuk anak-anak. Anak-anak seronok, mak pak mestilah seronok kan. Fuhh tak salah dream big. 

Sebenarnya aku baru tau ada USJ kat jepun ni. Korang mesti terkejut yang USJ kat Jepun pun dah ada. Korang tau tak Dengan Traveloka Malaysia korang boleh usha macam-macam tourist attraction yang best!

Selain tu, korang jugak boleh book cheap Universal Studios Japan tickets so dapat memudahkan korang nanti. USJ Admission Pass boleh juga dibeli semasa berada di Japan iaitu di Lawson dan sebagainya. Aku prefer korang beli pass ini melalui Japan Travel Bureau | JTB Malaysia awal-awal untuk elak beberapa perkara seperti tukaran matawang yang lebih mahal, masalah komunikasi dan sebagainya. Tiket untuk dewasa ialah Yen 12,800 dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas ialah Yen 8620.  Oh ya,  USJ Admission Pass dari JTB Malaysia ini dalam bahasa Jepun. Kalau korang tiada masalah bahasa since boleh membaca dalam bahasa Jepun dah kira okay la tu tetapi agak sukar untuk korang yang tak boleh berbahasa Jepun. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah semak dengan pihak JTB Malaysia. Tu pasal, better korang beli dari sini lagi..

Semak sama ada kunjungan korang pada waktu cuti awam, Golden Week atau cuti sekolah. Elakkan ke USJ pada musim ini. Confirm sesak. Bila sesak, waiting time untuk ride akan lebih panjang. 2 hari memang tak cukuplah. Beli Admission Pass dari JTB Malaysia siap-siap, print 2,3 set untuk elak keciciran. Kalau korang nak beli di Lawson pun boleh, tapi pastikan korang minta tolong dari staf diorang. Guna ayat ini masa nak minta tolong diorang belikan, “Yuu Esu Jee no chikeeto wo kaitain desuga..”. Melainkan korang cekap Nihongo, boleh beli sendiri.


Lagi satu dilarang bawa makanan atau minuman masuk ke USJ. Sama juga seperti di kebanyakkan theme park sekarang ni. Tapi boleh consider untuk makanan anak kecil. Pandai-pandai lah sorok kat mana-mana celah dalam beg tu. Download apps “Universal Studios Japan” Apps ini boleh digunakan bila korang berada di USJ. Guna apps ini untuk rancang kembara korang dalam USJ. Boleh nampak waiting time untuk setiap ride di sini. So bolehlah pilih yang paling cepat untuk elak pembaziran masa. Belilah Express Pass bila perlu. Makanan HALAL ?? Agak mencabar untuk mencari kedai makanan halal di USJ. Kalau nak buat alas perut, popcorn ada hehe..

Untuk pengetahuan kat dalam USJ tak ada prayer room khas untuk solat. Wudhu' ambik kat dalam toilet. Alternative lain, korang maybe boleh minta kebenaran untuk solat dalam baby room (kat dalam 'Universal Wonderland'). Agak mencabar actually kat USJ ni, tapi korang kena tabah sebab yang penting dalam kesusahan semua tu korang dapat tukarkan yang negatif kepada postif. Barulah percutian yang kita plan ni dapat mencapai matlamat nanti. Semua orang travel memang ada dugaan. Boleh handle atau tak boleh handle. Bawa anak-anak pasti lagi mencabar.



So sebenarnya Jepun ni best and ada banyak tempat yang korang boleh pergi selain USJ nanti so sebab itu pentingnya korang stay lebih lama kat sana dan beli siap-siap tiket dari sini so kat sana nanti takdelah kelam kabut. USJ ni sebenarnya salah satu tempat yang agak magikal aku boleh cakap. Antaranya dengan Disneyland susah untuk bandingkan mana yang lagi power sebab sama-sama best. So yang penting sekali ialah macam mana korang spend time dengan family korang. Haa, itulah matlamat dan objektif aku nak pergi travel dengan family.

Make sure yang anak-anak happy dan puas masa bercuti kat sana nanti. Jangan lupa dengan pasangan korang sekali. Elakkan stress semasa kat sana nanti. Layankan aje. Budaya mungkin berbeza tetapi sebagai rakyat Malaysia kita perlu adaptasikan mengikut kesesuaian tempat itu. So guys dont forget untuk book cepat-cepat tau, taknak lah nanti korang dapat flight yang mahal dan takde tempat tinggal sebab peak season. And guys please take note dengan cuaca tau. Kat sana ada 4 jenis musim. Good luck.

Jangan lupa Subscribe DAUS REDSCARZ channel untuk mengikuti perkembangan persediaan kami ke Universal Studios Singapore dan seterusnya.

Thursday, January 24, 2019

Persediaan Daus Redscarz Channel pergi bercuti ke Universal Studio Singapore USS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Didoakan semua sihat-sihat saja. Okeh sebelum memulakan perenggan seterusnya, aku mulakan dengan Bismillahirahmanirahim.. 

Kejap je masa berlalu. Sekarang dah nak abis Januari 2019. Okeh kali ni bersemangat nak tulis entri sebab aku merancang nak pergi bercuti. (ini semua rancangan, kita hanya mampu merancang. Jadi tak jadi itu kemudian kira) Terus terang cakap tahun-tahun sebelum ni aku jarang ambil port pasal cuti sekolah sebab kalau bukan cuti sekolah pun ada gak berjalan-jalan time weekend or public holiday. Tahun 2019, jiwa besar, aku nak REWARDkan anak-anak, nak merasa hasil dari channel youtube kami | DAUS REDSCARZ aku nak bawa dorang berjalan-jalan masa cuti sekolah penggal 1 nanti. Kita pilih destinasi yang dekat-dekat dulu. 

Destinasi : Universal Studio Singapore | USS
Tarikh : Expected Mac 2019 (Cuti Sekolah)


Walaupun dekat, banyak perkara juga nak kena prepare.  Salah satunya sebab oversea, kedua sebab first time nak bawa satu family ni pergi oversea ni. Bukan pergi sorang-sorang or pergi honeymoon dengan wife or travel dengan kawan-kawan. Pasti dugaan lagi mencabar. Aku kena study lebih ni.

Antara persediaan dan perkara yang aku kena buat sebelum travel nanti. 

1. Passport
2. Penginapan
3. Tukaran wang asing
4. Transport
5. Itinerary 

Mungkin korang pernah ada pengalaman berjalan-jalan luar negara boleh suggest atau advice apa yang perlu tambah atau tak perlu. Lagi satu nak buat travel bajet. Aku hanya ada tempoh kurang dua bulan untuk buat persiapan atau persediaan. Doa-doakanlah semoga dipermudahkan urusan kami. 
Jangan lupa SUBSCRIBE Daus Redscarz Channel untuk mengikuti perkembangan terkini daripada kami. 

#RoadToUSS #DausRedscarzToUSS #DausRedscarzChannel
Daus Redscarz Universal Studio Singapore Vlog

Tuesday, January 1, 2019

Smartphone Oppo A3s Malaysia harga mampu milik

Assalamualaikum guys, okeh aku nak share sikit pasal Smartphone OPPO A3s yang baru aku UNBOXing beberapa hari lepas. Oppo A3s ni baru keluar lebih kurang pertengahan 2018. Kalau ikutkan masih baru lagi la walaupun dah beberapa bulan di pasaran. Aku sebenarnya nak suprisekan Aliah. Jadi alang-alang dah dapat phone baik aku unboxing skali, dapat la 2 video skali untuk content youtube Daus Redscarz.

Antara spesifikasi Smartphone OPPO A3s yang aku punya ni, 

6.2" Super Full Screen, 
Dual Camera Rear 
Rear Sensor 13-megapixel + 2-megapixel
Front Sensor 8-megapixel
Aperture
Front:f/2.2
Rear: f/2.2 + f/2.4


2GB RAM Qualcomm Snapdragon 450, 
16GB Storage, 
Battery 4230mAh. 

Jom tonton video unboxing Oppo A3s Smartphone bersama Daus Redscarz Channel.

Okeh juga tonton video suprisekan Aliah. Hadiah untuk Aliah Oppo A3s.

Okeh, kenapa aku kat mampu milik, harga sekitar RM599 dah boleh dapat smartphone yang canggih. Ketahanan bateri 4320maH tu.. Skrin besar pulak tu. Nak main game best, nak tengok youtube pun best. Sebenarnya Oppo A3s ada versi yang 32GB, 3GB Ram. Yang ni harga mahal sikit dalam RM799 kalau tak silap. 

Apapun korang tonton la video kami di Youtube Channel atau klik link di sini. DAUS REDSCARZ CHANNEL dan jangan lupa SUBSCRIBE channel kami untuk video-video menarik akan datang.