Pages

Saturday, January 26, 2019

Jom Bercuti di Universal Studios Jepun USJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Travel ? Merancang travel biar awal. Boleh simpan duit, boleh dapat tiket murah booking awal. Aku sebenarnya telah merancang satu percutian ke Universal Studios Singapore pada Mac nanti. Sebagai langkah permulaan untuk Vlog Channel kami. Kalau sukses nanti kami akan cuba untuk pergi jauh lagi.

Selain USS Singapore ada lagi USJ. Bukan USJ yang Sime Darby punya tu tapi Universal Studios Japan (USJ). Kalau ada rezeki boleh melancong ke sana pulak. Bawa satu family berjalan-jalan, spend quality time dengan keluarga, isteri & anak-anak dengan melancong ke satu tempat best untuk anak-anak. Anak-anak seronok, mak pak mestilah seronok kan. Fuhh tak salah dream big. 

Sebenarnya aku baru tau ada USJ kat jepun ni. Korang mesti terkejut yang USJ kat Jepun pun dah ada. Korang tau tak Dengan Traveloka Malaysia korang boleh usha macam-macam tourist attraction yang best!

Selain tu, korang jugak boleh book cheap Universal Studios Japan tickets so dapat memudahkan korang nanti. USJ Admission Pass boleh juga dibeli semasa berada di Japan iaitu di Lawson dan sebagainya. Aku prefer korang beli pass ini melalui Japan Travel Bureau | JTB Malaysia awal-awal untuk elak beberapa perkara seperti tukaran matawang yang lebih mahal, masalah komunikasi dan sebagainya. Tiket untuk dewasa ialah Yen 12,800 dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas ialah Yen 8620.  Oh ya,  USJ Admission Pass dari JTB Malaysia ini dalam bahasa Jepun. Kalau korang tiada masalah bahasa since boleh membaca dalam bahasa Jepun dah kira okay la tu tetapi agak sukar untuk korang yang tak boleh berbahasa Jepun. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah semak dengan pihak JTB Malaysia. Tu pasal, better korang beli dari sini lagi..

Semak sama ada kunjungan korang pada waktu cuti awam, Golden Week atau cuti sekolah. Elakkan ke USJ pada musim ini. Confirm sesak. Bila sesak, waiting time untuk ride akan lebih panjang. 2 hari memang tak cukuplah. Beli Admission Pass dari JTB Malaysia siap-siap, print 2,3 set untuk elak keciciran. Kalau korang nak beli di Lawson pun boleh, tapi pastikan korang minta tolong dari staf diorang. Guna ayat ini masa nak minta tolong diorang belikan, “Yuu Esu Jee no chikeeto wo kaitain desuga..”. Melainkan korang cekap Nihongo, boleh beli sendiri.


Lagi satu dilarang bawa makanan atau minuman masuk ke USJ. Sama juga seperti di kebanyakkan theme park sekarang ni. Tapi boleh consider untuk makanan anak kecil. Pandai-pandai lah sorok kat mana-mana celah dalam beg tu. Download apps “Universal Studios Japan” Apps ini boleh digunakan bila korang berada di USJ. Guna apps ini untuk rancang kembara korang dalam USJ. Boleh nampak waiting time untuk setiap ride di sini. So bolehlah pilih yang paling cepat untuk elak pembaziran masa. Belilah Express Pass bila perlu. Makanan HALAL ?? Agak mencabar untuk mencari kedai makanan halal di USJ. Kalau nak buat alas perut, popcorn ada hehe..

Untuk pengetahuan kat dalam USJ tak ada prayer room khas untuk solat. Wudhu' ambik kat dalam toilet. Alternative lain, korang maybe boleh minta kebenaran untuk solat dalam baby room (kat dalam 'Universal Wonderland'). Agak mencabar actually kat USJ ni, tapi korang kena tabah sebab yang penting dalam kesusahan semua tu korang dapat tukarkan yang negatif kepada postif. Barulah percutian yang kita plan ni dapat mencapai matlamat nanti. Semua orang travel memang ada dugaan. Boleh handle atau tak boleh handle. Bawa anak-anak pasti lagi mencabar.



So sebenarnya Jepun ni best and ada banyak tempat yang korang boleh pergi selain USJ nanti so sebab itu pentingnya korang stay lebih lama kat sana dan beli siap-siap tiket dari sini so kat sana nanti takdelah kelam kabut. USJ ni sebenarnya salah satu tempat yang agak magikal aku boleh cakap. Antaranya dengan Disneyland susah untuk bandingkan mana yang lagi power sebab sama-sama best. So yang penting sekali ialah macam mana korang spend time dengan family korang. Haa, itulah matlamat dan objektif aku nak pergi travel dengan family.

Make sure yang anak-anak happy dan puas masa bercuti kat sana nanti. Jangan lupa dengan pasangan korang sekali. Elakkan stress semasa kat sana nanti. Layankan aje. Budaya mungkin berbeza tetapi sebagai rakyat Malaysia kita perlu adaptasikan mengikut kesesuaian tempat itu. So guys dont forget untuk book cepat-cepat tau, taknak lah nanti korang dapat flight yang mahal dan takde tempat tinggal sebab peak season. And guys please take note dengan cuaca tau. Kat sana ada 4 jenis musim. Good luck.

Jangan lupa Subscribe DAUS REDSCARZ channel untuk mengikuti perkembangan persediaan kami ke Universal Studios Singapore dan seterusnya.

1 comment: