Tuesday, February 5, 2019

Selesai urusan Passport anak-anak di Mini UTC Keramat

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Welcome to Daus Redscarz Channel.. jeng jeng jeng... 

Alhamdulillah selesai part Passport anak-anak (Aliah, Akif dan Faheem). Fuhh lega dapat selesaikan passport ni. Bukan apa, sebabnya kena bawa dorang sekali pergi imigresen, bersesak-sesak dengan orang ramai. Kali ni dugaan lagi, pergi UTC Sentul sebelum jam 12 tengahari, sekali nombor dah abis daaa !!! Alamak, penat-penat cari parking, nombor pulak abis. 

Pegawai Imigresen yang bertugas suggest pergi ke Mini UTC Keramat, sebab sana buka jam 1.00 petang. Alang-alang nak buat, kami terus ke UTC Keramat. Korang yang belum tau akan jadual waktu operasi baru UTC 2019 boleh baca disini. 

Tiba di UTC Keramat hampir jam 1.00 petang. Tudiaaaa barisan dah macam ular melilit, beratur siap dah.. Mau lebih dari 50 orang kat depan. Cepat-cepat masuk barisan takut tak dapat nombor nanti. Lama lagi nak tiba kaunter nombor ni.
Mujurlah kat Mini UTC Keramat ni ada perpustakaan komuniti. Wife berbaris, aku bawa anak-anak masuk perpustakaan, sambil menunggu boleh baca buku. Dalam tu banyak buku kanak-kanak, sejuk pulak tu. Kat luar tu bahang, panas ya amat. Anak-anak pun layan buku-buku dengan tenangnya.
Apa yang perlu bawa untuk buat passport anak-anak bawah 18 tahun ni. 

Akif 10 tahun & Faheem 4 tahun (belum ada mykad) - cuma perlu surat beranak (original & 1 salinan tiap sorang)
Aliah 13 tahun, surat beranak & mykad (original, 1 salinan surat beranak dan 1 salinan mykad)

dan,

Mykad Ibu/Bapa yang datang daftar (original dan buat 3 salinan untuk *3 orang, maksudnya untuk salinan seorang 1)
Bila tiba giliran, apa yang perlu dibuat di kaunter pendaftaran.

Daftar ibu jari di mesin elektronik (faheem tak perlu), ambik gambar on the spot kat kaunter, tak perlu lagi pergi ke kedai untuk ambil gambar. Faheem 4 tahun pun boleh gambar on the spot, janji boleh dok diam pandang kemera. Kemudian turunkan cop ibu jari. Selesai !! 

Dah selesai part daftar. Tunggu ke kaunter bayaran pulak. Tunggu turn bayaran tak lama. Kejap je. Okeh berapa kadar bayaran untuk anak-anak ni. 

Umur 12 tahun dan ke bawah RM100 untuk tempoh 5 tahun dan Umur 13 ke atas ialah RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Untuk 3 orang ikutkan RM400. Tapi alhamdulillah Aliah masih belum genap 13 tahun pada tarikh daftar. Masih dikira 12 tahun dan harga bayaran pun dikira RM100. Jadi jumlah untuk 3 orang RM300. Jimat RM100 boleh simpan untuk perkara lain-lain. 

Dah siap bayar, kena tunggu sejam untuk proses passport siap. Masa ni la korang nak pergi makan ke, minum ke, solat ke, balik rumah dulu ke, selesaikan apa-apa yang patut ke, jangan risau kalau nombor terlepas. Nanti datang je kaunter bahagian tebus passport tu tanya. 

Kaunter serahan/collection
Okeh, dah cukup masa nak collect tu, wajib bawa semua anak-anak yang daftar tadi. Tak boleh hantar wakil datang ambil. Kenapa ?? Sebab masa ambil passport siap tu nanti, anak-anak masing-masing kena buat pengesahan cop jari elektronik, dah sah (boleh semak buku passport, check nama, no kad pengenalan dsb) kemudian dah puas hati, kena cop jari pada passport. Haa faheem sambil tido cop jari kat passport haha..
Apapun, alhamdulillah selesai urusan passport.. Sekarang kita fikirkan perkara lain pulak. Tiket flight ? ke naik bas ? Tempat penginapan ? Lokasi tempat yang menarik untuk dikunjungi di Singapore ? Fuhh banyak lagi kena fikir. So stay tune untuk #RoadToUSS #DausRedscarzToUSS

Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ Channel ya. Ada macam-macam video untuk tontonan korang dalam tu. InshaAllah the biggest task kami akan datang yang Vlog to Universal Studio Singapore ni. Doa-doakan dipermudahkan urusan kami. 

Boleh baca persediaan perancangan awal kami di Daus Redscarz Channel bercuti ke Universal Studio, Singapore.

1 comment:



  1. PRRROOOOOOMMMOOOOOOOOO!!!!!
    PROMO PROMO PROMO....
    HAI GUYS AD KABAR GEMBIRA NI BUAT KALIAN - KALIAN YG SUKA MAIN GAME ONLINE
    DISINI KITA AD PROMO CASHBACH UNTUK MEMBER KHUSUS BULAN MARET INI LOHHH HEHHE
    PROMONYA NI,, EEEEIIIITTSSSSS !!!!!! LGSG SAJA KLIK WWW.FANSBETTING.CO
    NAH UNTUK INFO DAN BERTNY" YG LEBIH LNJUT SILAHKAN ADD KONTAK DI BAWA INI
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    ReplyDelete