Pages

Tuesday, June 11, 2019

Toyota Malaysia memperkenalkan VIOS baru 2019 dengan ciri-ciri Keselamatan diiktiraf 5 bintang oleh ASEAN NCAP

Assalamualaikum w.b.t


Welcome to Daus Redscarz Blog... (Jeng Jeng Jeng)

Yo Guys... akhirnya berpisah jua dengan si DUGONG (TOYOTA VIOS J Manual 2009) ni.. Hampir 10 tahun bersama, banyak jasa dan pengorbanan yang Dugong dah bagi. Perah keringat, bawa ke sana ke sini.. Dari utara ke selatan, barat sampai ke pantai timur dah redah. Tak pernah buat hal, melainkan kecuaian diri sendiri. Sebenarnya tahun lepas lagi cadangnya nak tukar, tapi belum rezeki lagi nak tukar. Mungkin ada lah hikmahnya tu. 

Alhamdulillah, tahun ni 2019 (Mei) rezeki dapat trade-in Dugong ni. Sayang memang sayang tapi yelah satu asbab tukar dugong ni sebab manual. Guna Manual dalam bandar metropolitan ni memang sedikit sebanyak menghadirkan stress! Jem tak usah kira, pagi, tengahari, petang, malam sampai la tengah malam. Kereta kat jalan tu ada je. Alhamdulillah dapat tukar kepada Auto.


TOYOTA VIOS G (A) 2019 pilihan kami. 
TOYOTA VIOS Variant G Automatic generasi ke-4 

Persoalannya kenapa Vios tukar dengan Vios ? Kenapa tak tukar dengan Toyota Wish ke, Toyota Estima ke, Honda HRV ke, Honda Civic, Toyota Altis ke. Kereta MPV ke paling kurang. UPGRADE la maksudnya. Persoalan dari Netizen biasanya. Kenapa aku pilih Toyota Vios ? 

Kejap ye sebelum aku jawab kenapa, meh aku nak terangkan dulu. Memang aku ada survey Toyota Wish, Toyota Altis, Honda Civic, Honda HRV, Mazda CX5, Nissan X-trail bagai. Toyota Wish dan Honda Civic siap test drive tu.. Dah buat calculation bank loan dengan monthly commitment memang lepas. TAPI.. ada tapi, bila fikir pasal maintenance kereta ni, bila fikir CC 1.8 ke atas, cukai Jalan (Roadtax) Insuran semua dah lain dah. Belum masuk tanker Petrol lagi. Kereta bukannya pakai setahun dua, loan kurang-kurang pun 9 tahun bai. Bola tanggung tu. Tak pasal-pasal kena smash. Jadi aku tanamkan dalam minda satu pepatah melayu "ukur baju di badan sendiri".. Kalau mampu apa salahnya. Kalau mampu aku pun tak cerita kat sini. 

Okeh, panjang pulak mukadimahnya.. Jadi kenapa aku pilih TOYOTA VIOS variant G (A) 2019.


1. Kemampuan bayaran bulanan (Monthly) 
Okeh perbezaan bayaran bulanan Dugong dengan Vios baru ni Rm100. Jadi orang kata tambah sikit. Dulu masa beli manual, ni dah auto. Kalau dulu beli auto mesti harga lebih kurang sekarang gak. Lagipun aku ada kelebihan sebab trade-in Dugong tu, boleh buat downpayment lebih sikit. 


2. Generasi baru (Generasi ke-4 tahun 2019) 
Toyota Vios 2019 ni merupakan Vios generasi ke-4. Dugong tu generasi ke-2 (Tahun 2009-2013) dan selepas tu keluar generasi ke-3 (tahun 2013-2018) berserta dengan Vios Facelift sehingga Generasi ke-4 2019- terkini

3. Ciri-ciri Toyota Vios baru 2019 
Toyota Vios baru nampak macam banyak ciri-ciri baru berbanding dengan Vios-vios generasi terdahulu. Aku sebenarnya tak tau pun vios ni ada generasi-generasi ni. Aku pergi Toyota showroom memang datang nak tengok vios je. Tiba di showroom, sale women yang entertain kami bagi tau, ni Vios baru. Dia explain la satu-satu. Aku pun tak tau nak compare macam mana sebab kalau nak compare dengan Dugong J aku tu memang jauh beza la. Apapun kalau aku ada tertinggal atau tersalah info, korang boleh la update dalam komen tu ya. Okeh, ni antara features baru yang ada pada Vios 2019. Perbandingan antara vios 2019 dengan vios-vios terdahulu. 

Ciri-ciri Keselamatan (Safety)

  • 5 Star ASEAN NCAP rating
  • Panoramic View Monitor (PVM) Variant G & E saja
  • 7 SRS Airbags
  • Blind Spot Monitor (BSM) Variant G & E saja.
  • Front Digital Video Recorder (DVR) Variant G & E saja
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Rear Digital Video Recording (DVR) Variant G & E pilihan tambahan 
Ciri-ciri Interior

  • Auto Air-conditioning
  • Optitron Meter with Multi-information Display (MID) Variant G saja.
  • Drive Mode Switch & Paddle Shifters (Eco/Sport/Normal Mode) Paddle shifters untuk tukar mode auto dengan manual. Variant G saja
  • Electrochromic Rear-view Mirror (Mengurangkan silau dari headlights kereta dari belakang) Variant G saja


Connectivity

  • DVD-AVX dengan USB monitoring - boleh connect dengan smartphone.
  • Audio- 6.8" Touchscreen Infotainment System with Screen Mirroring, Bluetooth, USB, HDMI, AUX and 6 Speakers
  • 2 USB port tambahan untuk penumpang belakang. 

Ciri-ciri headlamps 

  • Headlamps - Ciri Auto
  • Follow-me-home Function (Lampu akan terpasang beberapa saat sehingga kita buka pintu rumah)

Convenience notes 

  • Acoustic Front Windscreen, Auto-dimming Rear-view Mirror, Front Digital Video Recorder with Collision Warning and Lane Departure Warning

Okeh, itu je la list yang aku tau pasal ciri-ciri Toyota Vios baru 2019 ni. Mungkin ada yang aku silap tulis atau kurang info. Korang boleh direct ke website Toyota Malaysia untuk info lanjut. 

4. Design
Aku berkenan dengan design (facelift) Vios 2019 baru ni. Aku sebenarnya dah berkenan dengan previous viosX tapi rezeki dapat yang lagi latest. 

5. Harga
Walaupun pelbagai ciri-ciri tambahan pada Vios baru 2019, harga sama seperti vios-vios sebelum ni mengikut variant masing-masing. Harga tak jauh beza.

6. Warranty
5 tahun warranty dari mula register dengan unlimited mileage. (kebanyakkan kereta baru dah macam ni dah)

7. Roadtax & Insuran
Roadtax dan insuran masih lagi kekal untuk kenderaan CC 1.5 (masih lagi mampu compare dengan kenderaan CC1.8)

Jadi begitulah jawapan kenapa aku tukar Toyota Vios Dugong dengan Toyota Vios 2019. Ikut kemampuan dan bajet perbelanjaan keluarga. Tak dapat kereta besar, kecil pun jadilah. Dapat merasa kereta baru, pada niat asal nak tukar manual ke auto je. Lagi satu seperti sedia maklum, vios jimat minyak.


Jadi kepada mereka-mereka yang tengah cari kereta-kereta sedan Segment B ni, boleh la masukkan Toyota Vios 2019 dalam list tu. 

Review pertama aku untuk pemanduan dan penggunaan 1000 meter pertama ni, serius aku puas hati dan teruja. Korang jangan salah faham. Ni aku compare Vios J Manual Dugong aku dengan Vios G Auto 2019. Generasi ke-2 dengan Generasi ke-4 ni memang ketara sangat la perbezaannya. Sepatutnya compare Vios Generasi ke-3 dengan Vios 2019 baru padan. Apapun ini cuma penilaian subjektif dari aku sebagai pemandu kereta pemegang lesen D dan B2.

4 comments:

  1. Cash for Cars Hobart pay top money for your cars, vans, SUVs, Ute’s, buses, and trucks up to $9,999 and offer FREE pickup. We are also offering same-day car removal Hobart services, our tow truck driver will come to pick up your vehicle from your doorstep. We buy any make or model in any condition.

    scrap car removal

    ReplyDelete
  2. "Toyota Malaysia introduces the new 2019 VIOS with safety features recognized with a 5-star rating by ASEAN NCAP." This review implies that the latest VIOS model prioritizes safety, earning commendation from the ASEAN NCAP. The use of the term "diiktiraf 5 bintang" emphasizes the significant safety recognition bestowed upon the vehicle. This development underscores Toyota's commitment to delivering secure and reliable vehicles to the Malaysian market. The review suggests that the 2019 VIOS is not only a new model but also an advancement in safety technology, appealing to customers prioritizing safety in their car choices. Overall, it's a positive development for Toyota enthusiasts in Malaysia. mejores abogados de divorcio nueva jersey

    ReplyDelete
  3. Redscarz" is a dynamic platform that celebrates creativity and artistic expression, showcasing a variety of talents and styles. Its engaging content and community focus inspire artists and enthusiasts alike to connect and share their passions Traffic Lawyer Clarke VA This lawyer is highly professional and knowledgeable, providing clear guidance throughout the legal process. Their dedication to clients and strong advocacy make them an invaluable ally in any legal matter

    ReplyDelete
  4. RedScarz combines bold design with high-quality materials, creating standout apparel that makes a statement. Their unique styles and attention to detail appeal to fashion-forward individuals seeking to express themselves Reckless Driving Lawyer Appomatox VA

    ReplyDelete