Thursday, January 16, 2020

Pengalaman Menaiki FlyScoot Airlines dan GRAB Car di Singapore | Explore tempat-tempat menarik di Singapore

Assalamualaikum w.b.t
Welcome to Daus Redscarz Blog.. (Jeng jeng jeng)

Alhamudulillah, kali ke-2 jejak kaki di bumi Singapore ni. Dulu pergi tahun 2011, pergi berdua dengan wife, tahun lepas (2019) bawa anak-anak sekali berjalan kat sini. Okeh, antara perkara yang aku survey sebelum travel ke Singapore ni ialah pengangkutan, penginapan serta tempat-tempat menarik di Singapore.

Entri kali ni aku nak share more kepada pengangkutan. Nak pergi Singapore pun banyak option sebenarnya, sama ada korang guna jalan darat (naik bas, keretapi atau kereta sendiri) atau pun transport udara, korang boleh naik flight. Aku pilih untuk naik flight. Kenapa ? Aku rasa macam ia lebih menyenangkan aku dan family serta menjimatkan masa. Mahal ? Kalau planning awal boleh dapat harga flight murah tapi kalau lambat memang mahal. Jadi aku dapat flight murah dengan FLYSCOOT dan first time kami naik flight FLYSCOOT. 

Apa itu FLYSCOOT?
Flyscoot ni merupakan syarikat penerbangan tambang murah. Lebih kurang Air Asia la, tapi yang ni Singapore punya. Departure dan arriving kat Malaysia ni di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) Buat masa ni segala urusan Check-in FlyScoot ni korang kena Check-in di kaunter, Web check-in hanya available jika depart dari Singapore, India, Berlin, Japan and Seoul. Web check-in belum available lagi jika depart dari KLIA2. Jadi pergi la awal ke airport ya. Kaunter Check-in Flyscoot di KLIA2 ni di Kaunter Z (Z1, Z2,Z3) Aku tak pasti la Z1 Z2 Z3 ni akan berubah-ubah. Korang ingat kaunter Z cukup la. Dekat skrin besar tu pun ada bagitau. 

Flight kami jam 1055 pagi, jam 8.30 pagi dah sampai KLIA2. Biar sampai awal dari kena tinggal haha.. Maklum la first time bawa anak-anak pergi luar negara ni. Risau kekalutan melanda. Flight berlepas tepat pada masa dan alhamdulillah tiba la kami di Terminal 2 Changi Airport seperti yang dijadualkan. Perjalanan mengambil masa sejam lebih je dari KLIA2. 


Memandangankan kami tiba tengahari, semua pakat lapar. Haha. Nak kena cari tempat makan tengahari. Pilihan pertama yang jumpa di Terminal 2 ni McDonals. McD pun Mcd la.. Makan 5 orang Gulpps S$20 (Singapore Dollars) Standard la kalau duit dorang. Tolong jangan convert nanti terkejut. Masa ni S$1 bersamaan dengan RM3. 

Okeh next pengangkutan dari Airport ke Hotel dan seterusnya dari destinasi ke destinasi yang dituju dalam Singapore ni. Okeh menurut kajian dan survey yang aku baca rata-rata website atau blog suggest naik bas atau MRT. Serius sharing mereka sangat membantu jika korang dah bersedia untuk guna MRT atau bas. Tapi aku tak bersedia lagi nak naik MRT atau bas. Jadi pengangkutan yang jadi pilihan aku ialah GRAB Car. 

Anggaran harga GRAB CAR di singapore. Aku akan + - S$2 untuk korang boleh buat bajet nanti. 
Okeh tambang Grab kami dari T2 Arriving Changi Airport ke Hotel 81, Bugis ialah S$18. Angaran sekitar S$16-S$20. So berehat la kami sebelum berjalan-jalan di kawasan sekitar. 


Okeh next tambang Grab dari Hotel 81 Bugis nak ke Universal Studios Singapore (USS) Pada keesokkan harinya kami ke Universal Studios Singapore menaiki Grab tambang S$16 (anggaran S$14 - S$18) waktu pagi ni bukan peak hours sangat so dapat la harga tu. 


Travel ke Universal Studio Singapore boleh sini..

Walaubagaimanapun, balik dari USS, kira-kira jam 8 malam waktu tempatan di Singapore, charge harga Grab naik mendadak iaitu S$18.98. Waktu balik ni kira peak hours, jalan agak jem so rate tinggi sikit. Tapi nak buat cam mana, itu paling senang dan mudah. Pick and drop je. 



NUVE HOTEL Bugis,

Sehari sebelum balik KL, kami tukar tempat tinggal pulak, kami checkin di Nuve Hotel. Kenapa ? Sebabnya nak dekat dengan Masjid Sultan, Arab Street dan Haji Lane. Ni antara tempat-tempat menarik di Singapore, antara-antara street walk yang menarik di Singapore. Sebenarnya jarak antara Hotel Nuve ni dengan Hotel 81 Bugis tu lebih kurang 2 km je. Jalan kaki pun boleh. Saja nak tukar angin merasa tempat lain-lain. Berangkutlah kami ke Nuve Hotel menaiki Grab S$6.00 kalau tak silap. 

Sekitar Jalan Pisang, Singapore

Haji Lane - Famous street walk, street art in Singapore

Masjid Sultan Singapore
Masjid Sultan, antara Masjid yang terkenal di Singapore, juga merupakan tempat menarik di Singapore. Aku dan Akif berpengalaman solat Jumaat di sana. MasyaAllah..

Waktu malam antara kemuncak kemeriahan pelancong dan penduduk sekitar di Arab Street ni. Pelbagai restoran dibuka sekitar antaranya makanan dari Serata dunia,Middle Eastern, Morroco, Lebanon, Istanbul dan banyak lagi.. Kedai-kedai dessert, souvenir pun ada. 
Aku sempat la makan di Restoran Kampung Glam. Masakan ala-ala melayu. 

Ramai gais orang kat sini. Tapi yang menariknya.. banyak kedai tutup seawal jam 10-11 malam. Awalnyer.. Macam tak puas jalan-jalan sekitar tempat ni. Bagi aku kalau nak pergi tempat ni saja kena stay 2 malam kot baru puas haha..

Tips
Kalau nak photoshoot area Haji Lane or Arab Street ni aku suggest pergi pagi-pagi. Kalau nak suasana lengang la. Kalau nak photoshoot crowded lepas tengahari cun. Sebab banyak kedai-kedai street tu dah buka. 


Okeh itu saja perkongsian 10 dalam 1 entri. Haha.. 

Boleh baca artikel: 

No comments:

Post a Comment