Sunday, November 15, 2020

Prosedur kemasukan Negeri Sarawak SDMC | Rezeki bertemu keluarga selepas 10 bulan pandemik Covid-19

Assalamualaikum w.b.t

Kali terakhir balik kampung (Kuching) bulan Disember 2019. Hampir 10 bulan tak dapat berjumpa keluarga aku. Ditambah pula dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak Mac 2020, aku langsung tidak berpeluang nak balik kampung. Sebenarnya aku dah bercadang nak balik kampung bulan Oktober 2020 ni apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan bulan Jun 2020 yang lepas. Aku pilih bulan Oktober sebab nak bagi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan norma baru, lagipun biarlah pandemik ni reda dulu. By the way aku juga dah beli tiket flight mak dengan adik aku datang berjalan ke KL awal bulan Oktober ni gak. Plan asalnya aku balik kampung, pastu bila balik KL dorang ikut aku sekali.

Tapi malangnya, pandemik Covid-19 spike balik awal bulan Oktober tu. Mak dengan adik aku terpaksa cancel tiket flight datang KL atas faktor risiko. Mujur aku tak beli tiket balik lagi. Kalau tak dah burn dua-dua tiket. Tak lama pastu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pulak diumumkan di Selangor, KL dan Putrajaya dengan Kerajaan negeri Sarawak pula mengetatkan kemasukkan ke dalam negeri dengan mewajibkan 14 hari kuarantin jika tiada urusan rasmi sepanjang Oktober 2020 (belum tahu sampai bila)

Selang beberapa hari kemudian, aku dapat surat arahan bertugas rasmi ke Kuching Sarawak. Mula-mula tu perasaan aku berbaur gembira dengan hati berdebar-debar. Sangat berdebar bukan apa, sebab banyak prosedur nak kena buat sebelum travel. Risau tak lepas. Aku risau jika tak dapat pengecualian kuarantin 14 hari. Selagi tak dapat pengecualian tu, selagi tu tak tenang. Alhamdulillah rezeki tidak pernah salah alamat, kalau dah jodoh, pandemik ke, PKPB ke dapat juga balik terbang ke Kuching. Antara prosedur-prosedur yang kena buat :

Prosedur kemasukan ke Negeri Sarawak | Sarawak Disaster Management Committee (SDMC)

1. Mengisi borang kebenaran merentas negeri dari balai polis berdekatan (Borang Kebenaran Polis) Attach sekali dengan surat arahan kerja, salinan kad pengenalan dan salinan ittenery flight.

2. Menjalani Covid Swab Test (3 hari sebelum penerbangan di Klinik Kesihatan atau Hosital Kerajaan) Surat result akan diberikan dan diambil dari klinik tersebut jika dah dipanggil. Surat ni valid 14 hari saja dari tarikh swab test. 

3. Mengisi Borang Kemasukan Negeri Sarawak SDMC (Borang Enter Sarawak) Print Borang ni sebab ada barcode kat situ.

4. Mengisi Borang eHealth Declaration (Borang eHealth Declaration) Valid 12 jam saja jadi kena isi beberapa jam sebelum penerbangan. Print Ehealth ni, ada barcode kat situ.

Pastikan korang bawa semua borang-borang di atas semasa perjalanan. Surat polis tu pastikan tarikh pergi dan balik tu betul. Kalau salah tarikh tu mungkin satu hal pulak nak kena buat surat polis baru kat sana (Kuching). 

Tiba di airport Kuching pasukan petugas khas Imigresen dengan Kementerian Kesihatan dah tunggu kat sana. Cuak gak sebab yang jaga tu tegas-tegas gak tu. Dorang akan semak borang Enter Sarawak dengan Ehealth Declaration tu. Mereka tu akan scan barcode kat borang tu. Dan isi beberapa maklumat secara online (mobile)

Aku dapat pengecualian kuarantin 14 hari atas tugas rasmi tapi dengan syarat kena buat swab test 3 hari sebelum kemasukkan ke Sarawak. Jika tiada urusan rasmi korang automatik dipasang gelang putih dan dibawa ke pusat Kuarantin. Berita baik untuk rakyat Sarawak, Kerajaan Sarawak akan tanggung segala perbelanjaan sepanjang kuarantin ni. 

Selesai urusan di Airport, terus ke Hotel dan checkin. 

Pengalaman 6 hari 5 malam di Kuching. Satu pengalaman luar biasa bagi aku. Selama ni aku tak pernah menginap di mana-mana hotel sekitar bandaraya Kuching ni. Kalau aku balik Kuching pun aku akan balik rumah. Tapi kali ni lain ceritanya, aku bukan balik bercuti tapi aku datang bekerja jadi terpaksa menginap di hotel untuk melancarkan perjalanan tugas mengikut arahan semasa. 

Alhamdulillah rezeki, dapat balik Kuching, dapat juga bertemu dengan family di kesempatan yang ada. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalau dah tertulis jodoh pertemuan tu, maka bertemu lah. 

6 HARI KEMUDIAN

Maka berakhirlah tugas di Kuching untuk kali ni. Masa untuk pula ke Kuala Lumpur, selang beberapa hari kemudian, aku juga telah jalankan swab test di Dewan Komuniti Kajang Utama. Alhamdulillah result negetif. Okaylah sampai disini coretan kali ni, semoga bertemu lagi di lain hari, semoga pandemik ni segera abis.

Assalamualaikum. 

Sunday, November 1, 2020

Pengalaman makan di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

 Assalamualaikum w.b.t

Masih lagi cerita pasal tempat menarik di Negeri Perak. Kalau entri sebelum ni Pengalaman menginap di Teratak Riverview Tanjung Malim, kali ni pengalaman menjamu selera pulak di Nasi Bamboo Sungai Klah. Dah lama dah kewujudan tempat ni, cuma aku je belum sampai sini lagi. Nasi Bamboo Sungai Klah terletak di Kampung Buloh Telor, Sungkai Perak. Ni pun aku follow adik ipar aku. Dorang dah biasa dah pergi makan kat sini. Okeh gais terlebih dahulu sebelum aku bercerita lanjut, aku nak minta maaf siap-siap. Entri aku ni mungkin kurang info pasal tempat ni atau menu-menu apa yang ada. Aku cuma nak rakamkan pengalaman pernah sampai ke sini. Apapun mungkin jugak entri ni bisa menggambarkan serba sedikit apa ada di sini. 

Kami tiba di sini kira-kira jam 3.00 petang. Walaupun dah lepas waktu lunch, orang tetap ramai lagi. Parking penuh gais, masa ni masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Masing-masing mengambil kesempatan untuk berjalan, beriadah setelah sekian lama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

So gais, apa yang menarik kat Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah ni? Opkos la nasi bamboo dia.. Haha tu simbolik dia, nasi masak dalam daun, pastu sumbat dalam buluh. Tengok gambar bawah ni.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Menu-menu yang menarik di Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah

Okeh gais, antara menu-menu pilihan di Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Daging masak gulai lomak cili api, tempoyak patin, ada ikan keli bakar, siput sedut, kerabu sayur dan macam-macam lagi. Yang aku ingat yang ni jela sebab tu je gambar yang aku ada sebagai bukti. Ada pelbagai jenis lauk lagi sebenarnya. Aku sendiri tak terakam gambar masa tu. 


Tak pernah terfikir pun nak singgah sini kalau balik Kuala Kangsar. Yela sebelum ni tak tau, lepas ni mungkin boleh difikir-fikirkan haha. Biasa kalau balik tu malas nak menyingah-nyingah, jadi jauh rasanya. 

Hari tu jiwa aku berkobar-kobar, dah datang tempat famous ni kena la buat vlog mukbang makan di Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Tapi sampai sekarang vlog tak siap-siap. Haha biasa la bila footage tak lengkap dia jadi rasa tak puas nak edit video. Maka peram la dulu. Sebab tu la terhasilnya entri ni. Video takde tapi kita manfaat gambar yang ada. 

Jadi apa yang boleh aku simpulkan kat sini, sila rakam video atau capture gambar banyak-banyak untuk kegunaan vlog atau blog. Bukan takat dua platform tu je, FB, IG, Twitter dan lain-lain media sosial pun boleh guna. 

Orang-orang di Perak nun masih boleh lagi menikmati makanan di sini. Sebab kat sana masih PKPP. Harapan agar pandemik segera berakhir dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ni turut berakhir, aku akan repeat lagi tempat ni. Antara tempat makan yang menarik dan famous di negeri Perak. Sekian.

Assalamualaikum w.b.t

Thursday, October 29, 2020

Pengalaman menginap di Teratak Riverview, Tanjung Malim Perak | Masak Ala Survivor

Assalamualaikum w.b.t...

Pengalaman menginap di Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak beberapa bulan lepas masa PKPP. Masa ni baru lepas Hari Raya Korban boleh merentas negeri setelah sekian lama PKP. Dapat juga balik ke kampung berhari raya. Okeh ceritanya bermula masa nak balik KL. Konvoi 3 keluarga dengan ipar-ipar. 

Macam biasa la cuti musim perayaan jalan jem teruk. Time dah abis perayaan semua pakat nak balik KL. Oleh kerana jem teruk kami mula merancang cari pit stop untuk satu malam. Maka mencari la hotel-hotel murah, malangnya hotel semua penuh, cuti panjangkan masa tu. Oleh kerana minded dah set nak pit stop maka pulun juga kami cari tempat stay hari tu. 

Akhirnya terjumpa la satu tempat ni nama Teratak Riverview, terletak di Sungai Bernam, Tanjung Malim, Perak. Dia bukan hotel tapi macam chalet-chalet tepi sungai. Ada tempat perkhemahan ada dorm dan chalet. Berjumpa dengan owner teratak tu, akhirnya dapat la tempat menginap.

teratak riverview tanjung malim

Gambar dari Jambatan

Teratak Riverview ni lokasi dia agak terpencil sikit kerana terletak hampir 4km ke dalam hutan. Memang seram gak perjalanan masuk dalam hutan ni. Jadi kalau bercadang nak menginap sini pastikan korang beli siap-siap barang makanan atau keperluan. Kat dalam tu takde jual barang runcit. Kami dah terkena dah hari tu, maklum la main redah je kan. Apa yang ada pun hanya daging korban bawa dari kampung. Bukan boleh masak pun, api takde, periuk takde bahan bahan masakan takde. Haa tepuk..

Apapun, dah dapat bilik semua, lepas maghrib aku dengan biras kena keluar beli makanan dan barang keperluan. Semua dah pakat lapar malam tu. Senja weh jalan keluar dah gelap gelita. Seram sangat tapi hati kena kental. Hati-hati jangan salah masuk simpang. Mujur la biras aku ni terer ingat jalan. Alhamdulillah dapat sampai ke kedai di Pekan berdekatan (UPSI lama) Tapau makanan dan beli barang keperluan sekali untuk sarapan pagi esok. Kedai runcit tak banyak buka masa tu, jadi beli je la apa yang ada. (maggi, roti, telur, periuk, lighter, air mineral dan lain-lain)

Selesai semuanya, masuk semula ke dalam hutan, alhamdulillah sampai dengan selamat di lokasi penginapan. Maka makan la kami beramai ramai sambil ditemani bunyi air sungai deras yang mengalir. Lepas makan sembang-sembang dan masuk tidur. 

KEESOKKAN HARI

Nyaman sungguh tidur, semua tidur dengan nyenyak sekali. Maklum la semua letih semalam. Pepagi budak-budak dah turun sungai. Bapa bapa siapkan sarapan. Menu pagi ni roti sandwich telur rebus dengan maggi sup. Berbekalkan periuk yang beli semalam, maka dapat la masak-masak pagi ni. Tempat memasak atau bakar ada disediakan. 
teratak riverview tanjung malim

Gambar dari titi gantung

Teringat daging korban yang bawa semalam, aku terus terfikir nak masak sikit buat sup. Dengan bahan-bahan takde jadi aku nak masak dengan apa yang ada. Ala-ala survivor la konon. Aku ada terbeli bawang putih kat eco sebelum balik hari tu, ada dalam bonet. Memang berguna sangat la, lepas tu ada daun kunyit pun bawa dari kampung gak, nak buat tanam tapi memandangkan daunnya banyak boleh la ambik sehelai dua. Ada pokok serai ditanam oleh owner tempat ni. Dah minta izin, minta sebatang dua serai. Garam takde jadi aku guna perencah maggi ayam. Jom tengok aku masak. Sangat mudah tapi memang sedap sangat.

Memang syiok oo masak tepi sungai. Kalau ada bahan-bahan cukup memang lagi padu. Makan pulak tepi sungai memang nikmat. 

Pemandangan dan lokasi sangat cantik dan sangat menarik. Boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang luar biasa. Sungai sangat sejuk, jernih cuma agak deras sikit. Sila berhati-hati. Tempat ni biasa dijadikan tempat untuk aktiviti teambuilding, berkhemah dan aktiviti lasak. Kalau ada peluang nanti, aku nak repeat tempat ni dan aku pastikan persediaan lebih rapi untuk stay kat sini. Bawa dapur gas, periuk, garam gula dan sebagainya. Memang best. 

Tengahari checkout dan pulang ke KL. Sekian, semoga bertemu lagi di entri entri akan datang.

Friday, October 16, 2020

PKP 1. 0 Malaysia Kenangan Tahun 2020 yang tidak akan dilupakan | Wabak Coronavirus Covid-19

Kenangan Tahun 2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan . Nak simpan kat Blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Untuk aku baca di tahun tahun hadapan jika masih dipanjangkan umur  


FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh

Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 
Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 
Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 
Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 
Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 
Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 
Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 
Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
Taman permainan kanak-kanak ditutup.
Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
Rak-rak di kedai menjadi kosong.
Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 
Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu !

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome
#DudukRumah
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing