Pages

Tuesday, May 30, 2023

Tempat-tempat makan yang menarik di Sabah tapi jarang-jarang kita dengar !

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera gais, selamat datang ke blog Redscarz. Apa khabar semua? Didoakan semoga kita semua baik-baik saja dan semoga semua urusan kita dipermudahkan serta dimurahkan rezeki. 

Gais

Entri kali ni aku nak share kat korang, antara tempat-tempat makan yang menarik tapi jarang-jarang kita dengar di SABAH dan korang harus cuba. Baru ni aku travel ke Sabah atas urusan kerja, tapi dalam masa yang sama aku jadi food hunter haha. Memandangkan aku datang pun atas urusan kerja jadi hunting tu agak terhad. Apapun aku dapat hunting beberapa tempat makan yang famous kat Sabah. 

Lokasi food hunting yang aku sempat terjah ni adalah sekitar Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Korang boleh usha-usha video kat bawah ni ya. Aku sertakan sikit deskripsi dan alamat lokasi. Alamat lokasi ni aku follow alamat kat google map. Kalau alamat tu silap mohon betulkan ya. Kalau ada-ada nak tambah deskripsi, silakan komen. 

Food Hunter List & Link :

1. Kah Hiong Ngiu Chap Sandakan 2. The Hard Deck Hotel Elopura Sandakan 3. Kon Lou Mee Ayam Centre Point Kota Kinabalu 4. Bakso Senario Tawau 5. Dozo Nanyang Kopi House Tawau

***Rekod video pakai Insta360 One X2 dan Boya Wireless Mic ****

1. Kah Hiong Ngiu Chap, Sandakan Sabah.

Kah Hiong Ngiu Chap, Sandakan Sabah. Terletak di Lot 77 Bandar Utama Jalan Utara Ijm One Avenue 3 Sandakan. Kira-kira 5km dari Lapangan terbang Sandakan. Tempat famous masakan sup daging dan sup campur (perut, hati, limpa, meatball, urat, daging, stew) dengan pilihan mee. Kena sup panas-panas memang menyelerakan. 


2. The Hard Deck Hotel Elopura, Sandakan Sabah

The Hard Deck kepunyaan Hotel Elopura Sandakan. Tempat makan ni menarik kerana lokasi dia tepi laut. Makan atas laut, berangin gais. Kat sini ada beberapa booth makanan yang buka di keliling tempat ni menjadikan tempat ni nampak meriah. Aku syorkan korang cuba kuey teow seafood. Bagi aku memang sedap. Terletak di pusat bandar Sandakan. Waktu operasi lebih kurang jam 5 petang sampai 10 malam. Orang ramai boleh je makan kat sini tidak terhad kepada pengunjung hotel saja. Kalau datang ke Sandakan, aku suggest korang stay kat Hotel Elopura. Sangat recommended. Harga pun berpatutan. Lokasi tepi laut, Mall dekat, market sandakan pun dekat. Jalan kaki je, memang best ! 

3. Kon Lou Mee Ayam Centre Point, Kota Kinabalu Sabah


Kon Lou Mee Ayam Centre Point Kota Kinabalu. Kon Lou mee ni aku rasa merata je ada tapi aku terjumpa kat food court Centre Point ni. Kon Lou mee ni aku tengok macam mee  kolok je. Memang sedap dan kena dengan tekak aku. Korang kena cuba. Mula-mula aku tak nak rakam, skali first bite aku, terus aku on camera aku haha. 

4. Bakso Senario, Tawau Sabah


Bakso Senario, terletak di 542, Jln Bantu, Bandar Tawau. Banyak pilihan menu sebenarnya kat sini. Oleh kerana masa yang terhad aku kena cari la satu menu yang luar biasa. Aku pilih Bakso Lava. Bakso bebola besar oo lepas tu dia tuang kuah dia sampai berasap-asap. Aku makan tak abis, besar sangat. Aku terlupa nak order kulit ayam goreng huhu. 

5. Dozo Nanyang Kopi House, Tawau Sabah


Dozo Nanyang Kopi House terletak di TB 528, Jalan Haji Karim, Bandar Tawau. Antara tempat makan menarik di Tawau. Kalau tak silap aku, Dozo ni ada beberapa cawangan di Sabah. Ni antara salah satu cawangan la. Pilihan menu yang banyak dan rambang mata nak order. Kalau tengok pada menu, Dozo ni ada sajian breakfast, lunch dan dinner. Aku order SUP SERIES set, pilihan sour soup dengan kon lou mee dengan satu lauk. Aku ambik daging. Korang boleh add on ayam ke udang ke dan lain-lain dalam pilihan. Minuman aku order Kopi Kawin. Memang mantap ! Nak repeat lagi, aku nak rasa makanan lain pulak haha. (tak tau bila)


Ok gais, itu saja food hunting aku kali ni. Sambil menyelam minum air. Kalau ada yang nak pergi bercuti kat Sabah nanti boleh la singgah tempat-tempat yang aku share ni. Kalau korang suka tempat ni korang share la blog ni atau korang share video-video yang aku upload kat Youtube. Ok untuk link semua di atas aku masukkan dalam playlist. 

Terima kasih membaca semoga ada manfaat untuk semua. 


***Rekod video pakai Insta360 One X2 dan Boya Wireless Mic ****