Menyertai skuad KUCHING dalam kejohanan Bolasepak Piala Ketua Menteri Sarawak @ Piala Taib. Buat kali pertama menyertai kejohanan tertinggi buat diri saya, sebelum ni cuma bermain peringkat sekolah.
Menyertai Akademi bolasepak Kuching setelah tamat tingkatan 5. Menjalani latihan serta pemilihan. Agak mencabar apabila pemilihan disertai skuad piala milo dan separuh pemain skuad presiden negeri. Namun usaha gigih 2 orang sahaja dari Akademi kuching yang terpilih, saya dan rakan saya. Yang lain semua dari pemain milo dan pemain presiden.
Kejohanan dilangsungkan di Sarikei, Sarawak. Walaupun bkn pemain utama, atau sub-sub utama namum masuk sebagai pemain gantian 10 minit terakhir pada satu(1) perlawanan cukup buat saya merasa bangga.
KUCHING juara Piala Taib 2001. Menjuarai piala dengan bergaya apabila tidak bolos semua perlawanan.
Pernah menyarung jersi ini pada tahun 2001. #13 Park Ji Sung (hehe)
Ada satu lagi warna biru, member pinjam selama-lamanya
... Ini lah medal saya..
No comments:
Post a Comment