Tuesday, April 10, 2012

Ketahui 7 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi


Hari ni tetiba nak share pasal tip-tips pengurusan kewangan peribadi. Aku sendiri pun tak terurus so sama-sama kita try. Ada 7 tips umum yang boleh kita gunakan untuk memperolehi kedudukan kewangan yang stabil & baik. Aku dapat tips ni pun dari internet jugak (credit kat tuan punya). Walau bagaimanapun ia cumalah pada pandangan peribadi aku secara umum, terpulang kepada korang dan aku untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa.
 
1.     Mempunyai simpanan dana kecemasan

Adalah amat penting untuk mempunyai 'emergency funds' memandangkan dunia ini penuh dengan ketidaktentuan seperti krisis ekonomi, kemalangan, sakit atau lain-lain yang tidak diduga sehingga menyebabkan kita tidak dapat 'perform' dalam kerja maupun bisnes sepertimana biasa dalam masa yang agak lama. Oleh itu simpanan dana kecemasan boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan kita. Lebih banyak lagi bagus dan ini seharusnya menjadi disiplin yang kuat utk mengekalkan dana kecemasan ini tidak sewenang-wenangnya diguna tanpa sebab yang munasabah. 'Emergency Funds' ini boleh juga disimpan di dalam ASB atau Tabung Haji yang kelebihannya 'liquid' serta mampu menjana keuntungan dividen tahunan.

 2.     Membayar bil, kad kredit & hutang tepat pada masanya

Ini penting supaya kita tidak dikenakan caj lewat bayar. Oleh itu buat financial to-do-list setiap bulan supaya kita tidak terlupa membayar mana-mana bil utiliti, Astro, kad kredit, pinjaman pendidikan serta lain-lain. Elakkan duit kita hangus akibat caj yuran lewat bayar atau caj yuran sambungan perkhidmatan Astro dan sebagainya. Aku cadangkan pembayaran semua bil & debt ini dibuat secara online banking tanpa perlu ke kaunter. Sebagai contoh aku menyelesaikan semua bil utiliti, pinjaman pendidikan, credit card di one-stop center Maybank2U. Ini juga satu bentuk penjimatan besar tanpa perlu beratur panjang. di kaunter Jika ia mampu dilakukan maka kita telah menjimatkan banyak duit & masa kita.

 3.     Spend Less Save More (not buy first think later)

Amalkan konsep penjimatan dengan apa jua cara yang mungkin boleh diperolehi. Sama ada bawa bekal breakfast & lunch dari rumah, berkongsi kenderaan atau naik pengangkutan awam. Beli barang semasa musim harga rendah (megasale promotion), tawaran penghabisan stok atau acara lelong. Malah boleh beli barang second hand yang masih elok dipakai dengan harga yang jauh lebih murah. Selain itu bersederhana dalam apa jua keadaan dan kita dapat 'save duit' tanpa perlu berbelanja lebih. Aku suka konsep penjimatan ini, ia merupakan salah satu seni dalam pengurusan kewangan. Dengan berbelanja kurang kita boleh menyimpan lebih banyak wang simpanan atau untuk lain-lain tujuan. Salah seorang member aku sanggup makan maggi seminggu semata-mata nak save duit beli handphone idaman beliau. Ini satu bentuk 'pengorbanan' yg boleh dilakukan tidak kira dalam apa jua bentuk. Aku pula lebih suka berjimat dalam membeli bukubuku ilmiah dan akademik semasa ada special discount di mana-mana Pesta Buku atau web shopping cart pengeluar buku seperti PTS & TelagaBiru. Selain itu ada juga discount coupon untuk pelbagai jenis web hosting dan domain yang amat bernilai untuk kita jual semula dengan harga yang tinggi. Ini salah satu seni dalam penjimatan dan perniagaan. Jika kita boleh 'spend less' sudah tentu kita dapat 'save more'.. :)

 4.     Track Your Spending & Identify Wasted Money

Ok, ini satu bentuk pemantauan. Jika kita boleh track segala perbelanjaan harian, bulanan & tahunan sudah tentu kita boleh tahu berapa banyak duit yang keluar. Kenkadang kita akan berbelanja lebih dari kemampuan kita apabila ada kad kredit. Oleh yang demikian jangan jadikan satu habit berbelanja dengan kad kredit melainkan jika kita mampu cover perbelanjaan itu sebaik mungkin. Semak kembali bil bulanan, resit mahupun online banking statement untuk melihat sejauh mana perbelanjaan harian kita. Perlu tahu cash flow in & out supaya kita tahu kedudukan kewangan tidak terlalu 'defisit'.. Mengenalpasti bahagian perbelanjaan yang tidak perlu dan membazir itu dihentikan serta merta. Misalnya merokok dgn sehari saja boleh hanguskan RM10.00 sekotak secara umumnya. Jika boleh minimumkan pembaziran ini dengan berhenti merokok maka ia sudah tentu lebih berbaloi untuk jalani hidup dengan lebih sihat & selamat (kurangkan risiko sakit dan bil hospital). Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan seperti road tax, insurans, web hosting/domain fees, income tax dan sebagainya perlu diurus sebaik mungkin. Dengan adanya pemantauan yang sistematik, sudah tentu kita boleh menemui ruang dan cara-cara untuk merancang berbelanja dengan bijak serta lebih efisien & selesa tanpa perlu membazir. 

 5.     Mengambil Polisi Insurans / Takaful

Mempunyai insurans atau takaful adalah satu keperluan masa kini yang amat penting. Kita perlu dilindungi dengan takaful dari segala mara bahaya. Di samping dapat perlindungan kita juga diberi pelaburan yang menguntungkan!
  
6.     Mempunyai ebiz / autopilot income

Tip yang keenam ini berkaitrapat dengan method passive income atau autopilot income melalui ebiz. Aku cuba jelaskan seringkas mungkin kerana ia cukup 'praktikal' di saat zaman Internet ini. Disebabkan ebiz semakin popular di pelbagai golongan masyarakat Malaysia yang sudah biasa dengan konsep pembelian online. Kita manfaatkan kelebihan ini untuk buat duit secara santai di Internet. Ada orang wat ebiz part time sahaja tapi income dia berpuluh ribu sebulan. Ini sudah tentu dapat membayar kesemua bil & hutang kita lebih pantas serta mencapai matlamat kebebasan kewangan. Aku sarankan saudara saudari mulakan dengan hobi atau minat sendiri. Misalnya orang yang minat menulis boleh buat ebook panduan atau tutorial sebagainya dan jual di internet sptmana Pakej Ebookjutawan. Konsep penulisan ebook ini mudah kerana x melibatkan kos percetakan besar sptmana penulisan buku biasa. Malah ia mampu kekal lama sebagai infoproduk digital yang amat menguntungkan. Manakala jika saudara suka seni grafik boleh jual cd atau video berkaitan grafik seperti mana yang aku buat di Pakej CD Grafik Malaysia, kos cd amat rendah dan keuntungannya lumayan jika dipraktikkan dengan sistematik. Ada banyak lagi hobi yang boleh dikomersilkan, malah ibu suri rumah juga yang suka memasak boleh buat duit dengan memasak sepertimana di mangkuktingkat.com Ada beratus jenis lagi hobi dan minat yang boleh kita 'monetize' dengan baik. Jika saudara tidak mahu susah-susah buat produk sendiri boleh guna produk orang lain melalui affiliate programme. Kita boleh dapat komisyen dengan menjual produk-produk ini di Internet. Boleh lihat pelbagai jenis peluang mudah melalui Direktori Affiliate Wangcyber. Ada banyak lagi teknik buat duit dengan ebiz secara passive income ini. Download ebook percuma Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet yang turut diberikan lesen jualan semula kepada korang. Boleh download dan jual atau sebarkan di web maupun blog korang semua. Konsep ebiz ini sudah semakin popular dan patut dipraktikkan sebagai salah satu penjanaan kekayaan peribadi paling mudah ! 

7.    Sentiasa menambah ilmu pengetahuan mengenai pengurusan kewangan peribadi

Disarankan untuk 'upgrade' pengetahuan dengan pelbagai jenis pembacaan buku/jurnal/artikel, seminar, bengkel, forum, web/blog etc. Ini kerana 'otak' adalah aset terbaik manusia yang sudah ada sejak lahir lagi. Jika kita manfaatkan kelebihan otak yang mempunyai minda/akal yang mampu mengeluarkan idea-idea buah fikiran yang hebat tidak kira dalam apa jua bidang termasuklah kewangan peribadi. Oleh itu banyakkanlah rajin membaca, isikan diri dengan pengetahuan supaya tidak membuat kesilapan besar sptmana orang lain. Sebagai contoh membaca artikel aku ini juga satu kelebihan mengetahui tip terbaik kewangan peribadi yang boleh dilakukan semua orang. Malah jika kita rajin bacalah buku mengenai financial management maupun mengenai money making technique sudah tentu kita dapat menguruskan kewangan dengan efisien. Jika kita tahu yang mana silap dan betul dalam pengurusan kewangan sudah tentu ia dapat memberi manfaat strategik pada diri kita. Ini yang spttnya dipraktikkan dari masa ke semasa. Ilmu yang baik akan menjaga kita, untuk menguasai dunia perlukan ilmu dan untuk merebut akhirat juga perlukan ilmu.

Bak kata slogan skolah aku dulu.. berilmu, beriman dan beramal... jangan lupa amal setelah mendapat ilmu yang berguna ! :) 

Kalau ada tips lagi sila tambah-tambah lagi... 

3 comments:

  1. tips bagus tp nak amalkan tu yg susahnya... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. tu la pasal. nak amalkan mmg payah...

    ReplyDelete
  3. disiplin itu perlu...
    kalau tak , memang tak menjadi...

    ReplyDelete