Tuesday, August 21, 2012

21 Ogos 2005

7 tahun lepas,
84 bulan yang lepas, 2556 hari termasuk (1 hari tahun lompat) yang lepas,
61344 jam yang lepas,
3680640 minit yang lepas, 220838400 saat yang lepas......
Di surau kecil, kampung pakri, bukit kerajaan, kuala kangsar....
Dengan sekali lafaz " Aku terima nikahnya....."

Dengan itu maka sahlah aku menjadi suami kepada isteriku. 7 tahun berlalu dikurniakan sepasang cahaya mata. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang sempurna. Pelbagai rintangan ditempuhi bersama-sama. Angka 7 tahun ni masih kecil lagi. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam perhubungan ini, masih banyak lagi perkara yang perlu ditempuhi. Semoga Allah sentiasa berada disamping kami, memudahkan segala urusan kami, panjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, memberikan kesihatan yang sempurna kepada kami sekeluarga. Amin. Doakan kebahagiaan kami jugak. "Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-7, wahai isteriku. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah."

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments: