Friday, August 17, 2012

Mee Udang Ipoh Mali

Semalam bermulalah perjalanan balik kampung. Tak jauh pun, dari KL ke Kuala Kangsar je. Aku gerak pukul 3 petang. Buget konon-konon sampai sebelum waktu berbuka.. Sekali kul 7 petang masih kat simpang pulai lagi. Mana taknya nak kuar dari KL jem, pastu hujan lebat sepanjang highway. So aku redah exit ipoh cari kedai makan untuk berbuka. Cari punya cari jmpa lah satu kedai.. SSI Corner bersebelahan dengan bangunan JKR. Apa lagi..Terjah...
Menu special kat sini Mee Udang
Mee Udang RM8.50. Udang boleh tahan la besarnya. Puas hati gak.
Selain itu ada menu special yg lain iaitu nasi goreng udang. Skali sampai mak aihhh, nasi tak nampak. Udang penuh kat atasnya.. Terbaek gak. yang ni aku tak sure harga. Dlm lingkungan RM8 gak kot.

Sebelum balik memandangkan makan mee udang tu mcm ringan je, so larat lagi nak tambah menu. Dessert la kononnya.. Hahaha.. Yong Tau Fu.. Nyum.... Ramai gak pelanggan kat sini, rata-rata menu sama. Famous kot kat sini. Apa pun ada gak hikmahnya sampai lambat tadi. Dapat gak singgah makan mee Udang. Ipoh mali...

2 comments:

  1. boleh tnya kedai nie kat mna ea??? dlm town ipoh ke???

    ReplyDelete
  2. blah luar sikit kot. lepas stesen keretapi. ada sblm bgnan jkr.

    ReplyDelete