Saturday, September 8, 2012

Ber'Kira-Kira' dengan Astro

At last Astro menapak di rumahku. Setelah hampir 2 tahun sepi tanpa astro. Dulu aku pakai dah Astro tapi aku terminate sebab pindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain. Sementara tunggu rumah sendiri siap. Kalau nak upah orang pindahkan astro ke rumah lain tu charge lebih kurang pasang astro baru, baik aku tunggu pasang kat rumah sendiri je.
Dah pindah rumah sendiri pun aku tak pasang lagi, dekat setahun gak. Aku tengok anak aku layan je citer kartun kat tv9 tu. (Not on demand sgt) tapi aku plak tak tahan, asyik miss je game Manchester United. Nak tengok kat mamak, in my dream lah. Apa barang, kata minat MU tapi tak tengok game, tengok update kat twitter, kat facebook je. Panas pun ada. Apa pun aku kesian pulak kat anak-anak aku balik-balik dari taksa "Oh, my English".. Rancangan kat Astro tu. So hari ni astro dah ada.

So aku nak main kira-kira jap.

Secara kasarnya. RM70 x 24 bulan = RM1680. Penjimatan wang aku selama 2 tahun. Untung ke rugi? Aku untung Astro tetap untung. Setakat aku je tak pakai tak rugi pun Astro.. Hhaahhaha.. Ni dah start pakai balik, blanja pun lebih la. Dia syorkan aku pilih superpack RM125 belum tax, semua pakej ada berbanding dengan aku ambik family+1 mini+ sport ni Rm74++. Dia cakap untung superpack tu semua ada. Suka hati aku la nak yang RM74 ni. By now aku takde teruja lagi dengan movie-movie ni. Keutamaan aku pada sukan. Aku jimat lebih kurang RM50.
Culculation setahun secara kasarnya termasuk tax . Superpack RM130 x 12 = RM1560
Pakej aku Rm78x12 = RM936 Beza RM624 setahun bak ang. Tapi ikutlah masing-masing. Aku mungkin masa ni pakej ni je sesuai tapi mana tau masa akan datang aku minat movie pulak. HD la katakan. Sekarang ni pergi kerja balik kerja tak sempat tengok tv pun. Manage ikut keperluankan. Kan.

2 comments:

  1. Umah ai ada family+mustika aje... hikhihik.. Takde astro, gmbr tak cantik.. terpaksa je ni.......... huhu

    ReplyDelete