Friday, October 5, 2012

Canopy Walkway | Taman Negara Pahang

Aktiviti Teambuilding day 2: Canopy Walkway

Canopy walkway ni berjalan atas titi gantung. Biasa nya kalau nak menyeberang sungai baru naik titi kan. Tapi yang ni atas pokok. Dari pokok ke pokok. Bukan monyet ok. Titi ni ada jaring takde la gayat sangat. TAPI...ada tapi k, kalau bagi orang yang gayat, memang sangat mencabar.
 Get ready untuk  memulakan aktiviti. Merah-merah semuanya..
First Entri point. Canopy Walkway ni berketinggian 40 meter dan jarak sehingga 500 meter. Tinggi tu.. Dan menjadikan canopy walkway ni antara yang terpanjang didunia. Tapi hari tu buka sampai 260 meter je. Bolehla dapat merasa. Mat Salleh pun ramai gak ni. Usha....
Ni gambaran dari atas canopy walkway. Kena tunggu turn, jarak antara 2 orang kena 10 meter. Takleh nak dekat dekat yer. Yang rasa datang couple tu pisahkan lah kejap. Heheh.. Taklari mana pun. Yang putus cinta jangan datang sini k..
 
 Apa macam, tinggi tak? Tak sangat kan.. :p Try la for fun.

4 comments: