Hari ketiga :: Bamboo Rafting (Rakit buluh) kat Sungai Taman Negara.
Hari ni kami nak main sungai. Berakit rakit ke hulu berenang-renang ketepian, jom main rakit hahaha..
Dari jeti nak bertolak ke lokasi rafting. Possing baeknya.. Bos-bos yang cukup spoting. (Bodek-bodek) Haha.. Ehemm.
Inilah rakitnya, tak siap lagi. Kata bamboo rafting tapi mana buluhnya. Nampak pelampung je. Huh kalau rakit buluh betul-betul silap tak siap la jawapnya. Ni kira nak shortkat lebih senang, cepat dan selamat. Ada pelampung tayar kat bawah.
Apa apa pun sebelum thrill bermula, kita ada briefing dan water confident. Water confident ni nak tengok keberanian kita semasa berada dalam air. Ada 2,3 orang gak yang takut air ni so kita training dulu, kasi confident. Briefing pasal keselamatan, kalau jatuh rakit macam mana? Apa nak buat? Life jacket sangat penting.Yakin pada jacket yang anda pakai, anda pasti selamat. Pastu diajar teknik kayuhan pendayung. So here we are...........
Tengok muka-muka dorang ni dah penat mendayung. Makan angin dulu sambik menikmati alam semulajadi. Ada 3,4 jeram yang agak mencabar. Semua berjaya melepasi jeram. Alhamdulillah semua selamat sampai. Team aku siap berlumba lagi, penat seyh kalau mendayung tempat air yang tenang. Kalau ada arus boleh gak tolong-tolong.
Gambar ketika trill jeram takde la. Takde sapa berani bawa kamera, main air kan. Hmm takpelah, gambar kat atas tu menceritakan.
Lepas ni boleh la merancang water rafting yang lebih mencabar. Dengar kata banyak tempat yang mencabar..
**credit to camera kalis air bos..
baru nak tanya... brani betul ambk gmbr gune samsung ko tu...
ReplyDelete